Dec 20, 2012

#DAPConflict : @TeresaKok Sahkan Berlakunya Perperangan Di Dalam DAP


1. Masalah dalaman DAP bukanlah lagi satu perkara rahsia ataupun konspirasi daripada UMNO ataupun BN.

2. Teresa Kok sendiri telah mengesahkan bahawa memang berlakunya suatu bentuk perperangan politikal di dalam parti DAP terhadap beliau.

3. Di dalam kenyataan beliau yang dikeluarkan di blog beliau sendiri, Teresa Kok menulis 'He was referring to many lies, falsehood and the political attacks on me in the media over the last 2 months'.


4. Maka, benarlah bahawa wujud pertelingkahan dalaman di dalam DAP dan beliau turut menjadi sasaran. Persoalannya, dengan siapakah beliau bertelingkah.

5. Calon CEC DAP dari Selangor baru-baru ini memaparkan 2 'warlord' utama DAP Selangor iaitu Teresa Kok dan Ronnie Liu. Teresa Kok terpilih manakala mangsa korbannya pula adalah Ronnie Liu yang langsung tidak mendapat tempat.

6. Keputusan pula jelas menunjukkan bahawa antara Kem Ronnie Liu dan Kem Teresa Kok, kedua-duanya menerima padah yang amat teruk. Masing-masing menerima 'casualty' perang.

7. Di dalam kemelut memilih jawatan parti pula, posisi Teresa Kok dahulu yang lebih bermakna iaitu Natinal Organizing Secretary telah diberikan kepada Anthony Loke manakala beliau diberikan jawatan yang tidak memberi apa-apa makna iaitu Naib Presiden walaupun nama jawatan itu gah, tetapi tidak memberi sebarang bentuk kuasa kepada beliau berbanding jawatan yang terdahulu.

8. Di dalam parti Sosialis sebegini, yang paling berkuasa bukanlah presiden parti tetapi Setiausaha Agung iaitu tetap dipegang oleh Lim Guan Eng.

9. Maka apakah satu jaminan bahawa parti Chauvinis ini mampu memberikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat dengan masalah dalaman yang melanda parti DAP ini.

10. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

No comments: