Berikut adalah berita muka hadapan sebuah akhbar DEBAT RAKYAT
1. Tahniah diucapkan kepada Team Media Selangor kerana kempen #SamanKami telah disambut oleh sebuah akhbar di muka hadapan Debat Rakyat Edisi 9 baru-baru ini.
2. Berikut adalah laporan penuh rencana tersebut yang ditaip semula:
"How can you ask me, or
anyone… How can anyone really say,
Sorry, this only applies to non-Malays. It has to apply equally. That is the
basis."
Nurul Izzah telah mengeluarkan
kenyataan tersebut pada satu forum bertempat di Full Gospel Tebernacle (FGT),
sebuah gereja di USJ, Subang Jaya. Forum ini dianjurkan bersama oleh Oriental
Hearts and Minds Society Institute (OHMSI) dan Islamic Renaissance Front pada 3
November 2012.
Dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian,
Nurul Izzah telah memberikan satu janji kepada orang Melayu bahawa mereka
mempunyai hak untuk memilih agama. Kenyataan Nurul Izzah ini secara langsung
telah melanggar Perlembagaan Persekutuan menurut Perkara 3, kedudukan agama
Islam sebagai agama Persekutuan, Perkara 11 (4) larangan dakwah agama selain
Islam Kepada Orang Islam dan Perkara 161 (1) Tafsiran Melayu yang salah satu
daripada ciri-cirinya mestilah beragama Islam.
Ketiga-tiga perkara ini
terlindung secara sendirinya dengan Perkara 4 (1) yang menyatakan bahawa
apa-apa undang-undang yang digubal sekiranya berlawanan dengan Perlembagaan
Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
Malah Agama Islam di negara kita
ini diangkat dengan sebegitu tinggi sehinggakan yang menjadi benteng terakhir dalam
memelihara kedudukan agama Islam ini diamanahkan kepada Raja-raja dan
Sultan-sultan negeri masing-masing ataupun kepada Yang Dipertuan Agong bagi
pihak persekutuan dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan atau raja.
Maka, untuk Nurul Izzah mengeluarkan
kenyataan tersebut, belia secara langsung telah menyelar Perlembagaan
Persekutuan dan termasuk Raja-raja Melayu sekali. Nurul Izzah sepatutnya lebih
bertanggung jawab dan bertindak untuk menarik semula kenyataan beliau. Duli
Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga telah bertindak tegas dengan mengeluarkan
kenyataan beliau yang membangkang kenyataan Nurul Izzah tersebut serta Baginda
Sultan mengharapkan agar kenyataan-kenyataan sedemikian tidak berulang lagi
demi menjaga kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Di medan pentas alam maya, satu
inisiatif telah dimulakan oleh Team Media Selangor untuk memulakan kempen
#SamanKami iaitu memaksa Nurul Izzah untuk menarik semula kenyataan beliau atau
saman 'kami' yang merujuk kepada kumpulan bloggers Selangor. Kempen ini telah
disambut hebat dan ramai pengamal media sosial menyambut kempen ini serta
mengirimkan tweet kepada kempen #SamanKami.
Nurul Izzah dilihat telah
menyambung perjuangan 'papa' beliau sendiri yang hendak menterjemahkan fahaman
pluralisme dan liberalisme ke dalam masyarakat Malaysia yang mengamalkan ajaran
Ahli Sunnah Wal Jamaah. Agenda pluralisme yang menyatakan bahawa ajaran semua
agama itu adalah betul mengancam akidah umat Islam Malaysia untuk berfikiran
tidak mengapa untuk memilih agama atau tuhannya sendiri.
Murtad, iaitu memilih untuk
keluar agama Islam di dalam pengamalan Islam diberikan hukuman yang amat berat
iaitu hukuman bunuh sekiranya tidak bertaubat dan kembali ke jalan agama Islam.
Pengajaran yang boleh diambil di sini adalah kesalahan untuk keluar dari agama
ataupun menurut Nurul Izzah, bebas memilih agamanya sendiri ini adalah satu
kesalahan yang amat besar. Adakah Nurul Izzah ingin mengatakan bahawa melanggar
hukum Islam itu tidak mengapa atas dasar kebebasan ataupun hak asasi manusia?
Ramai masyrakat yang sedar akan
kesalahan Nurul Izzah tersebut, namun begitu PAS yang merupakan sepertiga
daripada pakatan pembangkang ini menganggap perkara ini kecil malah tidak perlu
dibincangkan semasa Muktamar PAS baru-baru ini. Yang menjadi agenda penting adalah untuk
menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.
PAS yang sepatutnya menjadi
sebuah parti yang bermatlamatkan Islam tidak lagi menjalankan fungsi mereka
yang terdahulu. Mereka tidak lagi menjadi satu unit pembangkang yang 'periksa dan
seimbang' kepada polisi kerajaan. Mereka menjadi satu unit pembangkang yang
terlalu menggilakan kuasa sehingga sanggup menolak agenda Islam demi menuju ke
Putrajaya. Seorang ahli PAS veteren di Muktamar baru-baru ini telah berkata,
"PAS tidak menjalankan amanah yang diberikan oleh Allah SWT sebagai
pembangkang di negara kita ini. Kita
(PAS) tidak lagi menasihati Kerajaan dalam soal agama Islam malah menyokong
tindakan 'sahabat' sendiri yang bersifat anti-Islam. PAS semakin lupa akan asa
penubuhan PAS asalkan dapat memerintah negara."
Rakyat kini semakin tidak percaya
kepada Pakatan Pembangkang. Dengan keadaan PRU-13 semakin hampir, semakin
banyak kesalahan-kesalahan parti pembangkang terdedah dengan sendirinya tanpa
diusahakan oleh parti lawan. Umpama perjuangan
UMNO dan Barisan Nasional ini dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment