Dec 31, 2012

#TolakPR : Mengapa Haji Hadi Ingin Keluar di TV1 dan TV3?


1. Satu lagi kisah lucu daripada Presiden PAS ini adalah meminta masa 1 jam untuk keluar di muka televisyen menerusi siaran TV1 ataupun TV3.

2. Bukankah sebelum ini beliau dan penganut-penganut PAS ini begitu kuat menyatakan bahawa semua media perdana adalah saluran fitnah dan alat kepada kerajaan?

3. Sekarang beliau pula memohon untuk ditayangkan penjelasan beliau kepada umum.

4. PAS sendiri mempunyai media yang dikatakan boleh menembusi khalayak lebih ramai daripada kerajaan.

5. HarakahDaily, MalaysiaKini, MalaysianInsider, Free Malaysia Today serta blog-blog pro-pembangkang masih lagi menguasai arus media maya. Malah media rasmi PAS, akhbar Harakah juga merupakan pedoman buat semua penganut-penganut PAS.

5a. Kerajaan BN tidak pernah melarang atau mengharamkan percetakan, penerbitan ataupun menutup laman web pro-pembangkang menunjukkan yang pembangkang masih mempunyai akses kepada media secara menyeluruh serta tidak ditapis oleh kerajaan BN. Maka mengapa tunggu TV1 dan TV3 untuk memberi penjelasan?

6. Di dalam Islam sendiri pun, telah dinyatakan bahawa sekiranya kenyataan seseorang itu tidak jelas, baik tidak perlu dikatakan. Jika tidak individu tersebut perlu menanggung dosa akibat daripada perbuatan orang ramai yang tidak faham sepenuhnya penjelasan tersebut.

7. Lebih-lebih lagi apabila individu tersebut berani-berani gelarkan kepada khalayak umum bahawa dia adalah Tok Guru. Besar tanggung jawabnya itu dan dia perlu menanggung kesalahan 'anak murid'nya kelak. 

8. Kerana itulah ramai ilmuan agama terdahulu begitu susah untuk menerima anak murid belajar di pondok-pondok mereka. Adakalanya perlu mengambil masa sehingga 2 atau 3 tahun barulah ilmuan agama tersebut hendak menerima seseorang yang akan memanggilnya Guru.

9. Tetapi tidak bagi PAS dan dua pemimpin tertingginya. Tanpa segan silu dan rasa tanggung jawab, Nik Aziz dan Haji Hadi senang-senang meletakkan pangkat Tok Guru atau Tuan Guru untuk digunakan oleh khalayak ramai.

10. Berbalik kepada kisah Haji Hadi yang ingin keluar di kaca televisyen. Sebenarnya ini bukanlah niat sebenar beliau untuk benar-benar jelaskan Amanat 'Mungkar' beliau itu.

11. Ini adalah satu cubaan provokasi kepada kerajaan  pada mana beliau tahu dengan jelas yang beliau tidak akan dibenarkan sama sekali untuk keluar ke kaca televisyen. Maka beliau akan gunakan isu tidak boleh keluar ke kaca televisyen ini untuk menghentam kerajaan kembali yang kononnya tidak adil dan tidak bebas serta mengukuhkan lagi bahawa TV1 dan TV3 merupakan alat peribadi buat kerajaan.

12. Dengan terang dan jelas di dalam Amanat 'Mungkar' Haji Hadi tersebut, beliau mengatakan 8 perkara di bawah ini:


  • Percaya bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang UMNO;
  • Percaya bahawa haram makan sembelihan orang UMNO,
  • Percaya bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadhi atau imam yang dilantik UMNO dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera
  • Percaya bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong UMNO
  • Percaya bahawa jenazah orang UMNO tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad
  • Percaya bahawa tidak boleh membenarkan orang UMNO melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/Islam. 
  • Percaya bahawa tidak boleh mengebumikan orang UMNO di tanah perkuburan Islam
  • Percaya bahawa ibadah orang UMNO tidak diterima Allah SWT. 
13. Dengan terang dan jelas, 8 Amanat 'Mungkar' ini, pada mana kesemuanya dimulakankan dengan perkataan 'percaya' jelas telah menunjukkan ini adalah Rukun Iman bagi penganut PAS.

14. Apa lagi yang beliau hendak jelaskan melainkan untuk mengkafirkan UMNO di hadapan seluruh rakyat Malaysia termasuk yang di luar negara. Apakah yang akan terjadi kepada imej Malaysia sekiranya kerajaan BN membenarkan ini berlaku?

15. Sudah tentu perkara ini akan menjadi bahan gurauan kepada Malaysia sekaligus menjejaskan integriti yang telah dibina di mata dunia.

16. Ramai cybertroopers pro-pembangkang telahpun giat memainkan isu keluar TV1 dan TV3 ini secara hebat di facebook, blog dan juga portal.

17. Sedar tak sedar juga, teralih juga perhatian rakyat Malaysia kepada kes ini daripada isu pemberian tanah Kelantan kepada Nga dan Ngeh.

18. Pandai PAS memainkan ilmu falasi yang dituntut daripada Anwar Ibrahim.

19. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

No comments: