Showing posts with label Dewan Ulama PAS. Show all posts
Showing posts with label Dewan Ulama PAS. Show all posts

Nov 27, 2013

#MuktamarPAS : PAS Selepas Muktamar



SELAMA empat hari mulai Khamis lalu, sekitar Stadium Malawati, Shah Alam berubah wajah, ia menjadi tumpuan ribuan ahli dan penyokong Pas memandangkan di situlah berlangsung Muktamar Tahunan Pas Ke-59.

Mereka hadir dengan penuh semangat kerana menganggap apa yang mereka lakukan adalah satu jihad bagi menegakkan perjuangan Islam.

Tetapi persoalannya, sejauh manakah hasrat mereka tercapai? Adakah harapan mereka untuk melihat syariat Islam yang menjadi cita-cita perjuangan Pas terlaksana melalui langkah memperkasakan kedudukan ulama?

Bagaimana pula dengan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang, apakah parti itu berani bersuara untuk menjadi dominan atau sekadar 'pak turut'?

Berikut penulis paparkan beberapa rumusan selepas muktamar berakhir kelmarin.

Nov 25, 2013

#MuktamarPAS : Keputusan Pemilihan PAS Menyaksikan Golongan Ulama Semakin Dipinggirkan

APABILA kumpulan pro ulama dikatakan membuat kesepakatan untuk meletakkan seorang calon sahaja bagi kerusi Timbalan Presiden, ramai yang meramalkan penyandang jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu akan tumbang.

Andaian yang dibuat ialah pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-59 ini tidak akan berlaku pecahan undi bagi golongan pro ulama seperti tahun 2011 apabila Mat Sabu menduduki jawatan itu selepas menewaskan dua calon ulama iaitu, Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun jangkaan itu ternyata meleset, Mat Sabu kekal sebagai orang nombor dua Pas apabila berjaya mengetepikan pencabar tunggalnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah dengan majoriti 98 undi.

Populariti ternyata memberi kelebihan kepada Mat Sabu memandangkan Mohd. Amar dilihat pemimpin di peringkat negeri sahaja.

Biar pun 'diserang' habis-habisan dalam blog dan media sosial sehingga beliau menganggap inilah kali pertama beliau melihat kempen pemilihan paling buruk dalam Pas namun semua itu tidak menghalang Mat Sabu untuk mencapai kemenangan.

Nov 17, 2012

Rintihan Ahli PAS di Peringkat Akar Umbi Tidak Dilayan di Mukatamar PAS 2012.

Rintihan pertama ahli PAS: Mana Perginya Tema ISLAM?
"Artikel berikut disusun berdasarkan temubual bersama 213 ahli PAS di peringkat akar umbi pada Muktamar PAS ke-58"

1. Nampaknya Muktamar PAS kali ini telah menjadi lidah rasmi kepada Anwar Ibrahim mengenai Isu Nurul Izzah yang membolehkan Melayu bebas beragama.

2. Mananya tidak apabila sehinggakan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib sendiri mengatakan bahawa Isu Nurul Izzah adalah perkara kecil dan perkara yang lebih penting adalah untuk mendapatkan Putrajaya.

3. Persoalan demi persoalan yang timbul apabila PAS tidak lagi menyatakan pendiriannya tentang isu agama malahan mementingkan kuasa semata-mata.

4. Dan rata-rata pemimpin tertinggi PAS juga tidak mahu membincangkan perkara ini sama sekali.

5. Jelas ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim telah memberikan amanat beliau kepada pemimpin PAS ini untuk memberikan satu jawapan yang selaras untuk menutup kesalahan anaknya itu.

6. Ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi pula tidak berpuas hati dengan Muktamar kali ini kerana apa gunanya Parti Islam Se-Malaysia ini mempunyai perkataan 'Islam' di dalam nama parti tetapi tidak lagi membincangkan hal Islam itu sendiri.

7. Ke mana hala tuju PAS kali ini?