Showing posts with label poyo. Show all posts
Showing posts with label poyo. Show all posts

Dec 17, 2014

Program Parlimen Belia Perlu Ditamatkan @KhairyKJ



1. Amat memalukan apabila tersebar di Facebook baru-baru ini seorang Ahli Parlimen Belia memperagakan emblem kereta 'Ahli Parlimen Belia'.

2. Barangkali Ahli Parlimen Belia ini sudah terlupa bahawa konsep Parlimen Belia ini adalah suatu bentuk program sahaja yang tidak mendatangkan apa-apa kelebihan perjawatan seperti mana yang diperoleh oleh Parlimen Malaysia.


3. Barangkali juga Ahli Parlimen Belia ini terlupa bahawa program ini juga boleh dianggap gagal kerana hanya lebih kurang 5% sahaja dari jumlah belia yang layak mengundi turun untuk mengundi mereka.