Jan 25, 2017

Baca Kenyataan @LimKitSiang 34 Tahun lalu Mengenai #SkandalBMF



34 tahun yang lalu sewaktu di dalam sidang Parlimen, ahli parlimen Bukit Katil, Lim Kit Siang dengan secara tegasnya telah mendesak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai skandal BMF dan juga pembunuhan penolong pengurus BBMB, Jalil Ibrahim.

Lim Kit Siang turut membacakan 10 kenyataan atau tuntutan pengundi pilihanraya kecil Seremban 19 November 1983.

Berikut adalah 10 Kenyataan/Tuntutan tersebut:

Jan 19, 2017

#TaatSetia : Datuk @AKaprawi Menjawab Balas Kenyataan TS @MuhyiddinYassin


1. Datuk Aziz Kaprawi tidak membuang masa untuk meneliti dan menjawab balas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah dicabar untuk menyatakan taat setianya.
2. Perangkap Aziz mengena apabila Muhyiddin mengaku akan taat setia beliau kepada Tuanku Sultan dan Negeri Johor namun tetap menyokong pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir.
3. Ini secara jelas telah menunjukkan di mana letaknya kesetiaan Muhyiddin apabila langsung tidak menyokong titah Tuanku Sultan Johor malah memilih untuk bersetuju dengan tuduhan jahat Tun Dr. Mahathir itu sendiri.

Jan 18, 2017

Mengapa Projek Forest City 'Diserang' Media Barat dan Apakah Peranan Tun Mahathir?



1. Projek Forest City yang merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia, sebenarnya secara tidak disedari ramai sedang diserang oleh gergasi media ekonomi, Bloomberg.

2. Artikel Bloomberg yang digunakan oleh Tun Mahathir untuk menyerang Forest City mempunyai muslihat yang tersembunyi dalam usaha untuk menggagalkan projek tersebut.

3. Mengapa projek Forest City ini diserang?

4. Sebab utama adalah kerana ia merupakan pesaing utama sebuah lagi hub ekonomi terbesar di rantau ASEAN iaitu, Singapura.

5. Persaingan ini telah dianggap ancaman ekonomi terbesar kepada Singapura dan mereka menggunakan pengaruh media yang ada untuk memburuk-burukkan projek Iskandar Malaysia melalui ulasan ekonomi, artikel dan sebagainya.

6. Situasi ini hampir sama yang dihadapi oleh 1MDB apabila mereka diserang oleh media ekonomi sewaktu hendak menerbitkan IPO pada tahun 2013 yang lepas.

7. Sebelum itu, kita lihat dahulu siapakah yang menulis artikel Bloomberg yang bertajuk $100 Billion Chinese-Made City Near Singapore 'Scares the Hell Out of Everybody' yang diterbitkan pada 16 November 2016.

Muhyiddin Dicabar Nyatakan Taat Setia! @AKaprawi @MuhyiddinYassin #TaatSetia



1. Tan Sri Muhyiddin Yassin, anak kelahiran Johor Darul Takzim, ahli parlimen Pagoh, Johor Darul Takzim dan pernah menjadi Menteri Besar Johor Darul Takzim.

2. Apabila Tun Dr. Mahathir memilih untuk 'berentap' dengan negeri Johor, memberi maklumat yang dicedok daripada media Barat (yang dahulunya beliau anti dengan media Barat), Tun M mungkin tidak menyangka bahawa yang akan menjawab tuduhan beliau adalah Tuanku Sultan Johor sendiri.

3. Titah Tuanku Sultan jelas menunjukkan kemurkaan baginda terhadap tuduhan tersebut.

4. Namun, yang tersepit antara pertelingkahan ini adalah Presiden parti Tun M sendiri iaitu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini bisu seribu bahasa.

Jan 9, 2017

#SPRM Siasat Skandal di Kerajaan Negeri Selangor?


1. 'Keganasan' SPRM menyiasat kes rasuah berprofil kini seharusnya dipuji ketika ini.

2. Namun, masih terdapat pelbagai persoalan tentang kesungguhan SPRM 'benar-benar' mahu kes rasuah di Malaysia ini dicegah dan diatasi.

3. Faekah Husin, bekas pegawai kepada Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengirim satu tweet berkemungkinan kes rasuah Dato' Arif ada kaitan dengan Nombor 1 Selangor.

Jan 6, 2017

#Eksklusif : [GAMBAR] Anak Lelaki Tun Mahathir GAY, Anak Perempuannya Pula Minum Arak, Tomboy?!



1. Kecoh di Facebook hari ini apabila ramai mendedahkan tentang seorang individu bernama MAZHAR MAHATHIR yang secara terang-terangan mendedahkan gaya hidupnya sebagai seorang homoseksual dan mengaku di laman media sosial MySpace yang dia merupakan kaki minum.

2. Lebih memeranjatkan lagi apabila satu blog pro-pembangkang pernah mengeluarkan berita ini pada pertengahan tahun 2010 lagi.

3. Berikut merupakan gambar-gambar yang diperoleh daripada Facebook Mazhar Mahathir dan blog pro-pembangkang yang dipercayai anak bongsu kepada Tun Dr. Mahathir.

Bagaimana #BR1M Boleh Bantu Anda Jana Pendapatan Lebih Dari RM1,500 Sebulan.



Guna BR1M untuk beli Proton IRIZ 1.3 MT untuk meniaga UBER X secara separuh masa (53 jam seminggu).

***ANGGARAN PENGIRAAN***

Jan 4, 2017

Datuk Bahri 'SPRM' Boleh Didakwa Di Mahkamah?



1. Kenyatan penuh beremosi Datuk Bahri Mohammad Zin, bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM kelmarin telah memerangkap dirinya sendiri.

2. Ini kerana secara terbuka beliau telah mengeluarkan kenyataan mengugut kononnya jangan dicabar kerana dia kenal 'SEMUA' pemberi dan penerima rasuah.

3. Ini bermakna terdapat kes rasuah yang mana beliau sendiri sebagai kakitangan SPRM 'tahu' mengenainya tetapi tidak melaporkan kes tersebut atau membuka kertas siasatan.