Jan 9, 2017

#SPRM Siasat Skandal di Kerajaan Negeri Selangor?


1. 'Keganasan' SPRM menyiasat kes rasuah berprofil kini seharusnya dipuji ketika ini.

2. Namun, masih terdapat pelbagai persoalan tentang kesungguhan SPRM 'benar-benar' mahu kes rasuah di Malaysia ini dicegah dan diatasi.

3. Faekah Husin, bekas pegawai kepada Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengirim satu tweet berkemungkinan kes rasuah Dato' Arif ada kaitan dengan Nombor 1 Selangor.
4. Selang beberapa hari, SPRM mengeluarkan kenyataan yang diterbitkan di akhbar online kononnya mahu 'melawat' PKNS untuk menyiasat dengan lebih mendalam mengenai kes rasuah tersebut.

5. Yang peliknya, mengapa harus diwar-warkan 'lawatan' ini? Mengapa tidak terus sahaja 'terjah' seperti kes-kes sebelum ini?

6. Adakah SPRM mahu melindungi seseorang atau sesetengah pihak? Ataupun SPRM sebenarnya menyiasat secara terpilih?

7. Apa-apapun, seluruh rakyat Malaysia masih menunggu apakah kesudahanya dan bilakah pula SPRM hendak memasuki kerajaan di bawah pimpinan Pembangkang?


No comments: