Dr. Boo Cheng Hau secara rasminya tidak lagi mengepalai DAP Johor apabila Liew Chin Tong yang datang dari negeri Selangor mengalahkan beliau di dalam pemilihan DAP Johor.
Berita ini tidaklah mengejutkan kerana sudah dijangka bahawa Lim Kit Siang bakal menguasai kepimpinan DAP Johor sebaik sahaja beliau memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU-13 yang lalu.
Lebih memeranjatkan apabila Liew yang menang tempat ke -14 daripda 15 AJK pusat dilantik sebagai pengerusi DAP Johor dan bukannya Dr. Boo yang mendapat tempat ke-10 dan memegang kerusi tersebut selama 8 tahun.
Undang-undang parti menetapkan 15 anggota jawatankuasa pusat itu akan memilih seorang ketua daripada kalangan mereka. Akhirnya, sembilan orang mengundi memilih Liew manakala lima untuk Dr. Boo. Satu daripadanya undi rosak.