Apr 11, 2013

#DAPConflict : Dr. Boo Akan Meletakkan Jawatan Selepas PRU-13


1. Nampaknya tidak dapat disembunyikan lagi tentang krisis DAP di Johor. Timbalan Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng telah mengakui bahawa DAP berpecah di bawah pimpinan Dr. Boo.

2. Pada hari Isnin yang lalu, Dr. Boo telah menyampaikan hasrat untuk meletakkan jawatan yang turut disertai oleh beberapa lagi pemimpin DAP Johor termasuk Norman Fernandez dan Tan Chen Choon.

3. Namun begitu, hari keesokkannya, Dr. Boo telah membuat penafian rasmi bahawa beliau tidak meletakkan jawatan.



4. Pada hari Rabu, timbalannya pula telah tampil ke hadapan mengakui bahawa Dr. Boo akan meletakkan jawatannya dan berlaku perpecahan di dalam parti tersebut.

5. Telah dijangkakan bahawa Lim Kit Siang telah 'membeli' Dr. Boo agar membatalkan hasrat beliau tersebut dan beliau telah akur.

6. DAP yang sejak dari pada dahulu lagi telah mengamalkan politik wang ini. Termasuk dengan pengerusi DAP Pulan Pinang Chow Kon Yeow yang telah 'dibeli' untuk menaikkan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.

7. Ahli-ahli parti yang berada di peringkat akar umbi sering kali rasa tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan kerana setelah mereka berhempas-pulas bekerja untuk parti, akhirnya orang luar yang diangkat ke atas.

8. Pengikut Dr. Boo pastinya akan merasakan begitu, tetapi dengan 'pembelian' Dr. Boo itu sendiri, Lim Kit Siang berharap agar pengikut Dr. Boo akan mendiamkan diri.

9. Adakah permainan ini akan berterusan sehinggalah ke PRU ke-14? Adakah kumpulan yang telah bekerja keras untuk parti akhirnya akan dikhianati oleh pemimpin parti itu sendiri? Adakah kumpulan ini akan berasa berpuas hati?

10. Semuanya itu akan dijawab oleh Lim Kit Siang dengan wang ringgit. Sekiranya ahli parti ini merasakan diri mereka bermaruah maka mereka akan tentang secara terus-terusan. Sekiranya wang ringgit boleh 'membeli' maruah mereka maka selama-lamanya keluarga Lim Kit Siang sahaja akan terus berkuasa di dalam parti DAP.

12. Kaum India di dalam DAP telah mula sedar akan peranan mereka di dalam parti sering kali tidk dipandang endah dan selalu diperkecilkan. Kaum India di dalam DAP samalah seperti Kaum Melayu kerana tujuan adanya mereka itu hanyalah sebagai memenuhi syarat bahawa DAP itu adalah berbilang kaum walaupun pada hakikatnya mereka tetap sebuah parti Cina yang rasis.

13. Ahli DAP Johor sekiranya masih lagi mempunyai maruah maka tetaplah dengan pendirian mereka bahawa calon untuk negeri Johor tetaplah anak tempatan Johor yang mengaturkannya dan membuat keputusan.

14. Gunakanlah Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

No comments: