Apr 10, 2013

#ManifestoBukanJanji VS #ManifestoBN #AkuJanjiBN


1. Setelah DS Najib Razak mengumumkan Manifesto BN yang dinamakan sebagai Aku Janji BN, pelbagai analisis telah dibuat samada dari pihak Pro-BN ataupun Pro-Pembangkang.

2. Namun satu persetujuan telah dibuat bahawa Manifesto BN pada kali ini adalah yang terhebat antara manifesto-manifesto sebelum ini.

3. Sampaikan pihak Pembangkang terutamanya Rafizi Ramli tidak mempunyai sebarang asas untuk menolak tawaran Barisan Nasional sehinggakan terpaksa menggunakan taktik untuk mengatakan bahawa Barisan Nasional meniru tawaran Pembangkang.


4. Namun begitu, harus dilihat kepada fundamental kepada tawaran-tawaran ini daripada sudut numerikal.

Perbandingan Bilangan Teras Dan Janji


5. Pada PRU-12 tahun 2008, Pembangkang secara keseluruhan telah menawarkan sebanyak 13 Teras dan 64 Janji. Namun begitu pada kali ini mereka telah menawarkan hanya 4 Teras dan 45 Janji sahaja.

6. Di pihak Barisan Nasional pula, ini adalah tawaran kali pertama DS Najib kepada rakyat. Beliau telah menggariskan secara keseluruhannya 17 Teras dan 150 Janji. Satu tawaran yang menyeluruh serta berani.

7. Mengapa Pembangkang mengurangkan teras dan janji mereka?

8. Ini kerana mereka sudah tidak berani untuk berjanji untuk kerana takut tidak dapat untuk tunaikan janji-janji tersebut seperti mana yang berlaku pada penggal yang lepas.

9. Di pihak Barisan Nasional pula, dengan berbekalkan pengalaman mengurus dan pencapaian-pencapaian yang dikecapi, BN tidak takut untuk berjanji kerana yakin dan mampu untuk menunaikannya.

10. Dan BN pula menepati segala janji-janji sebelum ini sehinggakan terlalu payah untuk pihak Pembangkang mencari janji yang tidak ditepati.

Keunikan Manifesto BN


11. Pada kali ini, tidak pernah dilakukan sebelum ini oleh mana-mana parti di dunia ini, Barisan Nasional pada setiap 17 Teras, BN telah membuat 2 segmen iaitu:
  • Dalam tempoh 5 tahun, kami berjanji untuk...
  • Setakat ini kami telah...
12. Berbanding dengan kenyataan Manifesto Pembangkang yang menyatakan bahawa "Sekiranya kami berjaya menawan Putrajaya, kami akan..."

13. Di situ jelas tertulis bahawa Manifesto Pembangkang tidak yakin dengan janji-janji meraka serta bersandarkan kepada "Sekiranya..."

14. Berbanding dengan Aku Janji Barisan Nasional, dengan penuh yakin, BN menyatakan "kami berjanji..." dan bukan setakat itu sahaja, BN dengan penuh yakin menyatakan "Setakat ini kami telah..." membuktikan pencapaian dan prestasi kerajaan BN setakat ini.

15. Jelas di sini Aku Janji BN adalah kerana BN Yakin dan Mampu untuk melaksanakan janji-janji mereka.

Perbandingan Ciri-Ciri Manifesto


16. Seharusnya perlu dilihat kepada ciri-ciri kedua-dua manifesto ini secara overview.

17. Terdapat 10 ciri-ciri yang telah dibandingkan dan pada akhirnya dapat dirumuskan bahawa Aku Janji BN adalah Yakin dan Mampu manakala Manifesto Pembangkang adalah Kalut dan Karut.

17 Perbandingan Antara Aku Janji BN dan Manifesto Pembangkang




18. Dengan meneliti maklumat di atas, didapati bahawa terdapat 4 bidang yang ditinggalkan oleh Manifesto Pembangkang yang tidak disentuh iaitu tentang:
  • Taraf Hidup Rakyat
  • Pembangunan Infrastruktur & Luar Bandar
  • Belia
  • Antarabangsa
19. Dibandingkan pula di bawah tentang 5 perbandingan utama tentang janji-janji ini.


 
 

Siapa Tiru Siapa?

20. Namun begitu, satu perkara yang perlu diulas adalah berkaitan dengan dakwaan Rafizi bahawa BN telah meniru Manifesto Pembangkang.

21. Sebelum ini telah disenaraikan 12 Janji-janji Manifesto Pembangkang yang meniru perlaksanaan Barisan Nasional (baca di sini) 

22. Tetapi, dakwaan Rafizi adalah khusus kepada 2 janji Barisan Nasional iaitu tentang penurunan harga kereta dan pemberian permit teksi.

23. Disenaraikan di bawah ini adalah 6 Janji Manifesto Pembangkang yang meniru perlaksanaan Barisan Nasional.




Kesimpulan 

24. Mudah untuk disimpulkan di sini bahawa Manifesto Pembangkang adalah terlalu lemah untuk dibandingkan dengan Aku Janji BN.

25. DS Najib dengan tempoh perkhidmatan hanya selama 4 tahun sahaja telah melakukan transformasi terhadap pertadbiran negara ini dengan begitu baik.

26. Perlu diingatkan bahawa wawasan Barisan Nasional adalah untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, segala perancangan telah dilakukan bermula tahun 1991 lagi.

27. Menurut kajian terkini, dengan prestasi kini, Wawasan 2020 boleh dicapai seawal tahun 2018. Ini adalah hasrat, harapan dan janji seluruh rakyat Malaysia.

28. Dan tempoh ini hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi.

29. Mengapa harus digagalkan usaha yang sudah berumur 22 tahun ini?

30. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!






No comments: