Apr 10, 2013

#DAPConlift : Dr. Boo 'Dibeli' oleh Lim Kit Siang Untuk Tidak Letak Jawatan


1. Saya ingin meminta maaf atas pos saya sebelum ini yang mendakwa bahawa Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau telah meletakkan jawatan beliau.

2. Saya ingin meminta maaf kerana menyangkakan bahawa DAP Johor lebih bermaruah daripada DAP Pulau Pinang kerana tidak sanggup untuk dibeli oleh 'Maharaja' Lim Kit Siang.

3. Nampaknya wang ringgit dapat menggelapkan prinsip seseorang itu.



4. Dr. Boo telah menarik semula hasrat beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi DAP Johor.

5. Akhirnya, DAP Johor akan mengalami masalah yang sama seperti DAP Pulau Pinang kerana setelah berhempas pulas bekerja untuk parti, akhirnya Lim Kit Siang akan mengambil segala kredit untuk usaha tersebut dan mengenepikan Ahli DAP tempatan.

6. Seperti di Pulau Pinang, DAP negeri tersebut selama berpuuh tahun telah berusaha untuk mendapatkan sokongan kaum Cina tetapi pada tahun 2008, anak kelahiran Melaka pula yang dipilih. Ini akan dilihat berlaku di Johor juga.

7. Walaupun mustahil bagi DAP untuk menjadi Menteri Besar Johor, namun kedudukan Lim Kit Siang dilihat semakin kukuh untuk meninggalkan legasinya di Johor.

8. Sikap Lim Kit Siang yang telah bertanding 6 kawasan parlimen berbeza pada 6 penggal yang berbeza membuktikan sikap opportunis beliau untuk memastikan bahawa beliau akan terus berada di Parlimen dengan apa jua cara sekalipun.

9. Akhirnya, akan lengkaplah 'The Communist Belt' yang bermula dari Singapura sehinggalah ke Pulau Pinang. Untuk menguasai Selat Melaka dan menguasai ekonomi Malaysia.

10. Dr. Boo telah menafikan beliau meletakkan jawatan, namun harus diingat bahawa belum ada lagi penafian daripada timbalan beliau, Norman Fernandez dan juga setiausaha beliau, Tan Chen Choon.

11. Adakah mereka yang keluar ini akan dibeli juga oleh Lim Kit Siang ataupun tetap dengan maruah mereka untuk memperjuangkan prinsip dan kepercayaan mereka?

12. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

No comments: