Mar 25, 2019

Railwaymen Union of Malaysia (RUM) Penghalang Kemajuan Industri Rel Negara?




Pasca Pilihan Raya Umum (PRU - 14) yang telah selesai hampir 10 bulan yang lalu, kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad sedang berusaha memulihkan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) bagi memastikan setiap GLC memberikan pulangan yang baik kepada kerajaan termasuk syarikat - syarikat dimana kerajaan adalah pemilik mereka. Salah satu dari syarikat yang dimiliki oleh kerajaan adalah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).