Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Sep 4, 2018

Apa Sudah jadi Hubungan Dengan Arab Saudi?!



Ada sahabat bertanya saya mengenai hubungan saya dengan Raja-Raja Arab Saudi apabila kita membincang tentang langkah kerajaan PH membatalkan Pusat Keamanan Raja Salman di Malaysia baru-baru ini.
Ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya sentiasa menjalin hubungan baik dengan kebanyakan kerabat Diraja Islam di luar negara mahupun kerabat Diraja di dalam negara termasuk di negeri-negeri.
Mengimbau kembali, banyak negara-negara Islam ini memberi anugerah kehormat tertinggi kepada saya termasuk Bahrain (2017), UAE (2014), Brunei (2010) dan lain-lain.
Hubungan baik dan rapat ini tidak terhad kepada diri saya sahaja tetapi termasuk hubungan keluarga saya dengan keluarga mereka.
Antara hubungan yang tidak boleh saya lupai dan yang saya menganggap sebagai luar-biasa keakraban kami ialah dengan Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud yang merupakan Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Kota Suci sehingga baginda mangkat pada bulan Januari 2015.

Pegawai Menteri PH Jadi Gila Babi!



Para pegawai lantikan politik tak sudah-sudah tuduh penjawat awam hendak sabotaj pejabat menteri/timbalan menteri sebab tidak layan karenah mereka yang tak faham prosedur/urustadbir kerajaan.

Sep 2, 2018

Peguam Negara Mengaku Kalah Ketuai Kes Dato' Sri Najib



Bagi saya Peguam Negara adalah seorang yang tidak berintegriti dalam mengendalikan Kes 1MDB.
1. Kertas-kertas siasatan masih BELUM dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara oleh SPRM ataupun pihak polis.
2. Apabila terima, Jabatan Peguam PERLU kaji dan menyediakan kertas pendakwaan.
3. Ini bermaksud TIADA kertas pendakwaan yang kononnya sudah tersedia semasa zaman Gani Patail seperti mana dicanang-canang oleh Tun Mahathir sewaktu kempen PRU14 yang lepas.

Jan 25, 2014

#SaveSelangor : Khalid Bakal menjadi Korban Terbaru PKR.



DI ATAS kertas, karier politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh dianggap berada dalam keadaan genting selepas Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mengesahkan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan Menteri Besar Selangor itu meletakkan jawatan.

Menurut Abdullah Sani, keputusan menggantikan Abdul Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti.

Berikutan keputusan itu, sudah jelas nasib Abdul Khalid lebih banyak bergantung kepada sekutu PKR iaitu DAP dan Pas, biar pun pendirian PKR Selangor itu perlu dibawa ke PKR pusat untuk diputuskan.

Abdul Khalid tidak boleh begitu mengharapkan keputusan PKR Selangor tersebut ditolak oleh PKR pusat memandangkan bukan rahsia lagi di peringkat pusat, beliau juga menghadapi tekanan daripada beberapa Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang mempunyai pendirian, ''setuju 100 peratus' beliau dipecat.

Apatah lagi, Abdul Khalid mempunyai perbalahan politik dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang bukan sahaja salah seorang pemimpin paling berpengaruh dalam parti itu tetapi juga individu yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jan 18, 2014

#SaveSelangor : Badan Penyelidikan Antarabangsa Anggar Industri Judi Haram Selangor Bernilai RM779.25 Juta!


Amat memalukan apabila HavocScope, sebuah badan penyelidikan pasaran gelap dunia telah melaporkan bahawa Selangor merupakan lubuk perjudian haram terbanyak di Malaysia dan menyumbangkan sejumlah USD 779.25 Juta nilai industri ini.

Angka ini juga meletakkan Malaysia tempat ke-40 nilai pasaran gelap mengikut negara. Sedih apabila difikarkan bahawa dahulunya semasa BN memerintah negeri ini, PAS sering kali menyerang mengatakan bahawa pemerintahan BN ini tidak mengikut hukum Islam. Terdapat kilang arak, penjualan arak di kawasan orang Melayu dan sebagainya.

Apabila mereka pula yang mendapat kuasa, lebih teruk negeri Selangor ini dijadikan mereka. Seolah-olah PAS ini akur dengan apa sahaja yang dicadangkan oleh DAP dan PKR. PAS tunduk dengan setunduk-tunduknya.

Dec 31, 2013

#We1Peace : Seperti biasa, penyokong Parti PAS yang bakal memenuhi Himpunan Haram malam ini

Seperti sudah dijangka, keadaan di sekitar ibu kota pada waktu dan ketika ini masih lagi tenang dan belum ada satu gelombang manusia secara mendadak masuk melalui mana-mana pintu ke Dataran Merdeka.

Situasi di Sogo, Pasar Seni dan Masjid Jamek kelihatan lengang sahaja. Barangkali hari ini hari kerja dan tidak ramai yang bercuti. Barangkali juga ketika ini adalah musim cuti sekolah dan mungkin ramai yang sedang bercuti ke sana-sini walaupun katanya ekonomi sedang kritikal dan rakyat sedang sengsara kesusahan.

Namun begitu, kelihatan seorang-dua individu yang berpakaian hitam dengan tertera perkataan pemantau rakyat sedang duduk di tangga hadapan Sogo. Barangkali sedang menunggu manakah gerombolan rakyat yang dikatakan sedang sengara itu.

Telahan dengan sembrono, saya mengatakan bahawa mereka ini penyokong PAS barangkali. Dengan pengalaman berhadapan dengan golongan ini sekian lama, telahan saya ini mungkin tepat.

#We1Peace : @MBNizar Perlu Mengucap Dua Kalimah Syahadah Semula?


Nampaknya ahli politik PAS ini telah kehabisan fatwa dan akal logik apabila telah menyamakan ibadah haji di Padang Arafah dengan aktiviti himpunan yang berasaskan kebencian. Apabila YB Nizar telah menyamakan ibadah haji, ibadah yang dianggap menyucikan diri serta berasaskan kasih sayang. Perhimpunan yang bakal diadakan pada malam ini pada jam 10 malam adalah satu perhimpunan yang dilakukan atas dasar nafsu amarah. Kerana terlalu mengikutkan kehendak hati, rasa tidak puas hati dengan rezeki yang dikurniakan Allah Taala, maka perhimpunan ini dirasionalisasikan untuk diadakan.

Adakah dengan menyamakan ibadah ini dengan perhimpunan yang penuh dengan hasutan dan amarah, akidah YB Nizar ini boleh terbatal?

Saya serahkan kepada yang berilmu untuk menjawabnya

Dec 25, 2013

#Nasional : Kerjasama UMNO-PAS Hanyalah Mitos Pemilihan Parti


Ke mana perginya desas-desus yang UMNO hendak bekerjasama dengan PAS. Haji Hadi sudah pun menawarkan perbincangan ke arah tersebut. Namun semuanya DIAM dan sunyi apabila selesai pemilihan parti masing-masing.

Kedua-dua parti nampak seperti tidak serius dalam memperjuangkan nasib orang Melayu Islam. Masing-masing hendak mencari alasan untuk menghentam sesama sendiri sekali lagi.

Perperangan antara kedua-dua parti orang-orang tua ini tidak akan selesai sampailah orang-orang tua ini belajar untuk bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain.

Pada masa yang sama, DAP terus-menerus memperkemaskan cengkaman kuku chauvinisnya ke dalam mentaliti rakyat berbangsa Cina. Tidak ada sesiapa pun peduli akan apa yang sedang dilakukan oleh musuh Islam di negara kita ini.

Pembangkang terutamanya PAS lihat masa ini adalah yang paling sesuai untuk menjatuhkan UMNO kerana satu per satu pengumuman harga barangan naik. Esok-esok tak tahu pula apa nak naik.

Yang UMNO pula dok sibuk tembak PAS tentang isu Syiah. Dok tuduh jer tak guna gak. Persepsi rakyat kata yang UMNO ni sekadar tuduh semberono sahaja!

Semua terlupa. Terlupa tentang DAP.

Nov 28, 2013

#Muzakarah : Jangan Jadikan Muzakarah UMNO-PAS Gimik Politik Lama

KENYATAAN Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan UMNO amat menarik untuk dianalisis. Respons, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO menarik juga untuk diteliti.

Pada prinsipnya muzakarah antara dua parti politik orang Melayu adalah baik. Banyak perkara yang boleh dileraikan sekiranya ia berlaku secara ikhlas.

Dalam konteks Pakatan Rakyat isu muzakarah adalah isu besar. Anwar Ibrahim harus dirujuk dan DAP juga harus memberi persetujuan. Dalam konteks tahalluf siasi, Pas tidak boleh berdiri sendiri membuat sesuatu keputusan.

Dalam kes hudud umpamanya, walaupun ia adalah antara agenda perjuangan Pas tetapi ia tidak boleh berlaku sekiranya sekutu Pakatan lain tidak bersetuju. Anwar terutamanya harus dirujuk dulu.

Apakah dalam isu muzakarah ini Abdul Hadi sudah merujuk Anwar, Karpal Singh dan Nik Abdul Aziz. Kalau pancingan Abdul Hadi atas kapasiti Pas semata-mata ia adalah politik berhelah.

Nov 27, 2013

#MuktamarPAS : Apa Yang Sudah Berubah Dengan PAS?

KEPUTUSAN corak kepimpinan Pas dalam muktamar yang baru lalu masih dalam status-quo lama. Tidak banyak yang berubah. Dewan Ulama Pas mengambil keputusan Tahalluf Siasi dengan pihak lain dikekalkan.

Tidak banyak perbincangan mengenai perincian maksud Negara Berkebajikan untuk dijadikan landasan merubah Malaysia ikut kaedah syarak. Beberapa kritik daripada perwakilan terhadap hala tuju perjuangan Pas dianggap remeh dan tidak relevan.

Segala kritik terhadap Pas datangnya daripada musuh Pas sendiri terutama media arus perdana seolah-olah Pas adalah sebuah parti yang serba lengkap dan sempurna.

Kritikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap pejuang Hak Asasi Manusia yang bercanggah dengan syariah sekadar melepaskan batuk di tangga kerana Hadi amat maklum di belakang COMANGO berdiri S.Ambiga dan Anwar Ibrahim rakan sekutu Pas.

Isu kalimah Allah tidak dijadikan bahan perbahasan dan isu Syiah semacam dirasakan tidak wujud. Bagi khalayak ramai ia suatu isu yang melibatkan persoalan akidah, ibadah dan syariah.

#MuktamarPAS : PAS Selepas Muktamar



SELAMA empat hari mulai Khamis lalu, sekitar Stadium Malawati, Shah Alam berubah wajah, ia menjadi tumpuan ribuan ahli dan penyokong Pas memandangkan di situlah berlangsung Muktamar Tahunan Pas Ke-59.

Mereka hadir dengan penuh semangat kerana menganggap apa yang mereka lakukan adalah satu jihad bagi menegakkan perjuangan Islam.

Tetapi persoalannya, sejauh manakah hasrat mereka tercapai? Adakah harapan mereka untuk melihat syariat Islam yang menjadi cita-cita perjuangan Pas terlaksana melalui langkah memperkasakan kedudukan ulama?

Bagaimana pula dengan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang, apakah parti itu berani bersuara untuk menjadi dominan atau sekadar 'pak turut'?

Berikut penulis paparkan beberapa rumusan selepas muktamar berakhir kelmarin.

Nov 25, 2013

#MuktamarPAS : Mana Perginya Janji Hudud PAS?


Pengakuan kerajaan PAS Kelantan bahawa ia belum bersedia melaksanakan hukum hudud sangat signifikan. Ini mengesahkan pandangan majoriti rakyat yang sangsi dengan kemampuan PAS dan niatnya yang sebenar walaupun parti itu berdegar-degar seolah-olah mahu melaksanakannya secepat mungkin. 


“Jika PAS diisytiharkan menang di bumi Serambi Makkah, maka esoknya, sebelum ayam berkokok, sebelum burung keluar dari sarangnya, sebelum fajar menyinsing, kita nobatkan ‘baldatun tayyibatun waraffun ghafur’ (negeri indah lagi diredhai Allah).” Begitulah semangatnya pemimpin PAS berkempen. Kenyataan ini dibuat pada 1959, yakni 54 tahun lalu. Sehingga hari ini – entah berapa juta ayam yang sudah berkokok dan burung yang terbang – janji PAS belum terhasil. 


#MuktamarPAS : PAS Sedia Muzakarah Dengan UMNO - Presiden

PAS secara terbuka menyatakan kesediaannya bermuzakarah dengan seteru tradisinya UMNO untuk berbincang mengenai perlaksanaan pentadbiran Islam di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sedia pada bila-bila masa bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan rakyat.

"PAS bersedia untuk muzakarah dengan Umno dalam isu perlaksanaan Islam.

"Kita perlu letakkan hukum Islam di hadapan," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini, hari ini.

#MuktamarPAS : Keputusan Pemilihan PAS Menyaksikan Golongan Ulama Semakin Dipinggirkan

APABILA kumpulan pro ulama dikatakan membuat kesepakatan untuk meletakkan seorang calon sahaja bagi kerusi Timbalan Presiden, ramai yang meramalkan penyandang jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu akan tumbang.

Andaian yang dibuat ialah pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-59 ini tidak akan berlaku pecahan undi bagi golongan pro ulama seperti tahun 2011 apabila Mat Sabu menduduki jawatan itu selepas menewaskan dua calon ulama iaitu, Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun jangkaan itu ternyata meleset, Mat Sabu kekal sebagai orang nombor dua Pas apabila berjaya mengetepikan pencabar tunggalnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah dengan majoriti 98 undi.

Populariti ternyata memberi kelebihan kepada Mat Sabu memandangkan Mohd. Amar dilihat pemimpin di peringkat negeri sahaja.

Biar pun 'diserang' habis-habisan dalam blog dan media sosial sehingga beliau menganggap inilah kali pertama beliau melihat kempen pemilihan paling buruk dalam Pas namun semua itu tidak menghalang Mat Sabu untuk mencapai kemenangan.

Nov 24, 2013

#MuktamarPAS : Apa Yang PAS Mahu Sebenarnya? 6 Tonggak Perjuangan PAS Menjadi Persoalan!

PAS mengadakan Muktamar Tahunan Ke-59, dengan pemilihan jawatan utama termasuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pusat semalam, Jumaat 18 Muharram 1435 bersamaan 22 November 2013.

Sekali lagi berlaku pertembungan antara kumpulan pro-agamawan dan pro-Anwarinas. Saya tidak berminat membuat spekulasi mengenai pemilihan semalam, kerana pada saya yang lebih penting ialah hala tuju, dasar dan landasan perjuangan Pas dalam senario politik masa kini sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Setiap ahli akar umbi Pas, khususnya para muktamirin perwakilan tiap kawasan yang hadir dan mengundi dalam pemilihan kali ini harus bertanya dan boleh menjawab soalan-soalan berikut.

Soalan utama yang perlu ditanya dan dijawab ialah; apa sebenarnya yang Pas mahu?

Adakah Pas menyertai politik kepartian dan terlibat dalam pilihan raya umum untuk mendapatkan kuasa bagi melaksanakan syariat Islam dan mencari keredaan Allah? Atau;

Adakah Pas menyertai politik kepartian dan terlibat dalam pilihan raya umum dengan menggunakan Islam demi mendapat kuasa dan bermahkota di Putrajaya?

Dan untuk membantu menjawab soalan tersebut, saya bariskan di bawah beberapa fakta untuk direnung dan dimuhasabahkan oleh para muktamirin.

#MuktamarPAS : Keputusan Rasmi Pemilihan PAS 2013-2015



Berikut keputusan pemilihan bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi penggal 2013-2015, yang diumumkan oleh Pengerusi Pemilihan Asmuni Awi pada Muktamar Pas ke-59 di Stadium Malawati Shah Alam di sini, hari ini.

Presiden
--------
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding) 

Timbalan Presiden
-----------------
Mohamad Sabu

Ahli Jawatankuasa Kerja 
-----------------------
1. Idris Ahmad
2. Mazlan Aliman
3. Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin
4. Datuk Ir Amiruddin Hamzah
5. Dr Mohd Hatta Md Ramli
6. Nasrudin Hassan
7. Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz
8. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
9. Dr Dzulkefly Ahmad
10. Mohamed Hanipa Maidin
11. Datuk Kamarudin Jaffar
12. Khalid Abd Samad
13. Nik Zawawi Salleh
14. Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
15. Dr Riduan Mohd Nor
16. Datuk Dr Mahfodz Mohamed
17. Dr Siti Mariah Mahmud
18. Nuridah Salleh

Jumlah perwakilan: 1,057 orang. 

Menurut Asmuni, keputusan bagi jawatan Naib Presiden akan diumumkan esok kerana berlaku proses kiraan semula kertas undi.

Nov 23, 2013

#MuktamarPAS : PAS Akan Keluar Pakatan Sekiranya Ulama Menguasai Kepimpinan Tertinggi Parti



Muktamar PAS ke-59 pada kali ini menyaksikan pertempuran yang hebat antara golongan Ulama' dan juga golongan Erdogan (Profesional). Walaupun pada permukaannya pertempuran itu tidak kelihatan tetapi arus di dasar bergolak dengan begitu hebat.

Harun Taib telah mula diserang oleh cybertroopers Erdogan yang diketuai oleh Tulang Besi yang merupakan askar upahan Khalid Samad. Pelbagai tuduhan telah dilemparkan antaranya kehadiran Harun Taib di dalam Jawatankuasa Tertinggi PAS bagi penggal yang sudah menyaksikan kehilangan negeri Kedah dan juga Perak. Harun Taib juga telah dituduh secara sinis sebagai bekerjasama dengan UMNO.

Lebih mengejutkan apabila usul untuk mengekalkan golongan Ulama secara teknikal di dalam kepimpinan PAS telah ditolak oleh Sayap Pemuda PAS sendiri. Kononnya bukan kerana menolak golongan Ulama tetapi untuk memilih secara demokrasi. Sayap Pemuda PAS sendiri telah terikut-ikut dengan budaya demokrasi ciptaan Yahudi.

Tidak dinafikan bahawa Golongan Erdogan yang dikepalai oleh Husam Musa mempunyai kelebihan kewangan yang berlipat-lipat kali ganda lebih daripada Golongan Ulama. Itupun tidak dicampurkan lagi dengan dana yang diterima daripada PKR dan DAP untuk terus mengekalkan status quo Ulama-Erdogan di dalam PAS.

#MuktamarPAS : Isu-isu Hangat Untuk Muktamar ke-59 PAS




Khamis, 20 Nov. menandakan Muktamar PAS ke-59 bermula dengan sidang Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Manakala sidang penuh bermula semalam 22 Nov. Pemilihan untuk barisan kepimpinan baru PAS akan bermula selepas perasmian yang akan dilakukan Presiden Abdul Hadi Awang.

Selain soal pemilihan khasnya untuk jawatan timbalan presiden dan naib presiden, muktamar ini juga akan menjadi tumpuan dan dijangka hangat dengan beberapa isu yang awal-awal lagi sudah dirancang agar ianya meletus dalam muktamar ini.

Antara isu-isu atau perkara yang akan menjadi perhatian ialah isu kerjasama politik PAS dengan PKR dan DAP. Soal 'tahaluf syiasi' ini dijangka akan didebat hebat. Akan ada pro kontra mengenai hal ini.

#MuktamarPAS : Adakah Masih Ada Usaha Untuk Mengembalikan Maruah PAS?



DALAM muktamar Pas pada tahun 2011, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka mengubah haluan perjuangan parti itu daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Alasan yang diberikan ialah Pas kini tidak mengutamakan negara Islam kerana agenda itu berada dalam agenda negara kebajikan. Beliau berkata, Islam wujud dalam lingkungan dan merupakan sebahagian daripada kebajikan.

Tetapi hakikat sebenarnya, Pas terpaksa mengubah haluan perjuangan daripada Negara Islam kepada Negara Berkebajikan kerana mengikut kehendak sekutu parti itu, PKR dan DAP.

Tanpa menyedari bahawa jati diri parti itu semakin terhakis melalui tindakan tersebut, Pas tetap berbangga dan menaruh harapan agar ‘perubahan’ itu akan mampu menarik sokongan pengundi-pengundi khususnya pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

#MuktamarPAS : Presiden PAS Akui Masalah Hubungan Dengan DAP




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengakui bahawa hubungan parti itu dengan parti DAP di Pulau Pinang masih tidak sempurna.

Bagaimanapun, beliau turut memberitahu banyak perkara yang positif berikutan usaha yang telah dilakukan kerajaan negeri tersebut serta mengiktiraf sumbangan mereka dari segi kerjasama politik.

"Sehingga kini banyak perkara yang sangat positif. Banyak perkara yang tak sempurna lagi, tapi banyak yang positif," katanya kepada wartawan ketika sidang media selepas meyampaikan ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS ke-59.

Kata Abdul Hadi, peranan yang diberikan kepada PAS di Pulau Pinang amat besar meskipu hanya memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja.