Seperti sudah dijangka, keadaan di sekitar ibu kota pada waktu dan ketika ini masih lagi tenang dan belum ada satu gelombang manusia secara mendadak masuk melalui mana-mana pintu ke Dataran Merdeka.
Situasi di Sogo, Pasar Seni dan Masjid Jamek kelihatan lengang sahaja. Barangkali hari ini hari kerja dan tidak ramai yang bercuti. Barangkali juga ketika ini adalah musim cuti sekolah dan mungkin ramai yang sedang bercuti ke sana-sini walaupun katanya ekonomi sedang kritikal dan rakyat sedang sengsara kesusahan.
Namun begitu, kelihatan seorang-dua individu yang berpakaian hitam dengan tertera perkataan pemantau rakyat sedang duduk di tangga hadapan Sogo. Barangkali sedang menunggu manakah gerombolan rakyat yang dikatakan sedang sengara itu.
Telahan dengan sembrono, saya mengatakan bahawa mereka ini penyokong PAS barangkali. Dengan pengalaman berhadapan dengan golongan ini sekian lama, telahan saya ini mungkin tepat.
Sekali lagi saya berfikir, mengapa kerap-kali penyokong PAS ini diperbodohkan oleh PKR dan juga DAP. Perhimpunan hari ini adalah anjuran daripada SAMM, SMM, TURUN dan JINGGA 13. Secara jelas dan tuntas, walaupun 4 NGO yang berbeda, namun mereka ini adalah di bawah payung PKR.
PKR tiada jentera, DAP juga tiada jentera, maka kerap kali yang menjadi mangsa diperbodohkan adalah jentera PAS yang barangkali hasil pencarian harian adalah RM50 yang mana RM40 sudahpun didermakan kepada Tabung PAS.
Bila tiba hari untuk menerima BR1M ini, mereka jugalah yang paling ramai beratur untuk menikmatinya. Tidak mengapalah, di dalam borang BR1M tidak diminta pun untuk penerima mengisi keahlian parti. Namun, saya berasa kasihan dengan penyokong parti PAS yang sering diperlembukan oleh mereka yang tamak dan haloba dengan kuasa ini.
Penyokong PAS jugalah antara golongan rakyat yang terbesar berbanding penyokong PKR dan DAP yang pendapatannya kuran daripada RM2000 sebulan justeru menerima pelbagai kemudahan yang diberikan kerajaan. Dengan pelbagai subsidi yang disasarkan khusus untuk mereka, beserta pelbagai kemudahan biasiswa, geran dan sebagainya, tidakkah mereka berasa sedetik pun rasa bersyukur dengan bantuan yang diberikan.
Namun, tidak mengapalah.
Saya berharap perhimpunan kali ini penyokong PAS tidak terus diperbodohkan dan diperlembukan oleh pemimpin parti pembangkang mahupun daripada kepimpinan PAS itu sendiri. Cukup-cukuplah tu, dapat BR1M pun didermakannya kembali kepada Tabung PAS yang gunanya untuk membayar ceramah Ustad Azhar Idrus RM 40,000 satu sesi ceramah.
No comments:
Post a Comment