Dec 6, 2013

#AgendaYahudi : Agenda Yahudi Melabelkan Malaysia TIDAK Demokrasi!

Awal pagi tadi saya ada terbaca satu kiriman tweet daripada Ketua Pengarah JASA, Dato' Fuad Tan Sri Hassan seperti yang menyatakan bahawa;



"Msia tidak diseranaikan negara sistem demokrasi oleh laporan Freedom Hse. Tapi disebariskan dgn Rwanda & Korea Utara. Siapa punya kerja ni?"

Tidak pernah pula sehingga hari ini saya mendengar tentang laporan daripada Freedom House ini, maka sedikit penyelidikan telah dijalankan maka saya ketemui hasil yang berikut.

Siapakah Freedom House?

Freedom House
Satu organisasi pemantau (watchdog) bebas antarabangsa yang berdedikasi untuk memperluaskan 'kebebasan' di seluruh dunia. Mengkaji cabaran untuk mencapai kebebasan; menyebarkan liberisasi politik dan sivil, menyokong aktivis barisan hadapan untuk melindungi hak asasi manusia dan mempromosikan perubahan demokrasi. 

Diasaskan pada tahun 1941 di US.

Bertindak sebagai katalis untuk kebebasan melalui kombinasi analisis, advokasi dan tindakan. Menjamin kebebasan ekspresi, penglibatan, kepercayaan, hak kaum minoriti dan wanita. Menyokong inisiatif tanpa keganasan di dalam masyarakat yang mana kebebasan mereka dinafikan atau diancam. Mempromosikan hak semua manusia untuk menjadi bebas.

Diketuai oleh David J. Kramer, bekas Penolong Setiausaha Negeri untuk Demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Buruh (2008-2009)

Menghasilkan satu laporan tahunan "Freedom In The World" yang menilai setiap darjah kebebasan politik dan liberisasi sivil setiap negara di dalam dunia.

Merupakan sebuah NGO yang beroperasi melalui sumbangan luar dan pemberian geran oleh kerajaan US.

Sumbangan Kepada Freedom House
Jika dilihat penyumbang kepada Freedom House ini, tidak syak lagi bahawa hampir 2/3 daripada senarai ini mempunyai latarbelakang Yahudi. Terutamanya daripada Open Society Foundations yang terkenal dengan pengerusinya iaitu George Soros.

Jelas terdapat campur tangan daripada Open Society dan seharusnya melibatkan NED (New Endowment of Democracy) juga merupakan hasil campurtangan Open Society (OS) juga.

OS dan NED terlibat bersama Gene Sharp dalam menghasilkan buku yang pada mana menjadi rujukan pendemostra yang menjatuhkan Presiden Mubarak di Mesir, Ghadafi di Libya dan negara lain di Timur Tengah.

Strategi tersebut cuba dibawa semasa perhimpunan Bersih tetapi tidak berjaya.


Kedudukan Yang Diberikan Kepada Malaysia.


Partly Free ataupun Separa Bebas
Malaysia telah diberikan status separa bebas dengan skor 4.0 bagi rating kebebasan dan 44 rating kebebasan internet. Negara yang berkongsi status yang sama dengan Malaysia adalah seperti Mesir, Bangladesh, Pakistan, dan Libya.

Lebih mengejutkan lagi apabila di Timur Tengah, hanya Israel sahaja diberikan status bebas.

Israel Berstatus Bebas!


Mengapa Freedom House Melabelkan Malaysia Separa Bebas?

1. Freedom House mengatakan bahawa Malaysia memilih pemimpin melalui pilihanraya yang bebas tetapi TIDAK ADIL.

2. Malaysia juga dikatakan mengamalkan korupsi terutamanya rasuah dan kronisma yang lazim di bawah pemerintahan BN.

3. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan bersuara tetapi kerajaan menghadkan hak untuk melakukannya. Kerajaan BN dikatakan menguasai media perdana dan mempunyai hak untuk menapis buku dan filem.

4.  Perlembagaan juga menjamin kebebasan beragama tetapi polisi rasmi kerajaan adalah untuk menyerap nilai Islamik ke dalam pentadbiran negara. Walaupun agama lain diberikan ruang untuk mengamalkan amalan agama masing-masing namun kerajaan mengawal dengan ketat bangunan dan peruntukan tanah untuk keperluan agama lain. Kerajaan melarang amalan semua mazhab agama Islam selain Islam Sunnah Wal Jamaah. Kanak-kanak beragama Islam dikehendaki menerima pendidikan agama melalui kurikulum yang diluluskan kerajaan. Kerajaan juga melarang kebebasan beragama sehinggakan guru dan pelajar tidak boleh mengemukakan pendapat yang bertentangan dengan kerajaan malah boleh dikenakan tindakan disiplin.

5. Kebebasan berhimpun adalah dihadkan dengan kawalan keselamatan. Permit polis diperlukan untuk semua perhimpunan awam dan pemberian permit dipengaruhi secara politikal. Persatuan perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan dan kerajaan mempunyai hak untuk menolak atau menarik kembali pendaftaran tersebut, amnya kerana sebab politik. Terdapat juga persatuan hak asasi antarabangsa yang telah dilarang penubuhan cawangannya di Malaysia.

6.Kebebasan sistem kehakiman telah disalahgunakan sepanjang tempoh dua dekad yang lepas. Terdapat banyak dakwaan yag mempunyai motif politik, dakwaan secara terpilih dan layanan berbeza untuk peguam yang bukan pro-kerajaan.

7. Sistem perundangan berdasarkan 'English Common Law'. Walau bagaimanapun, orang Islam tertakhluk kepada undang-undang Syariah. Penguatkuasaan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia yang mana berbeza dari satu ke satu negara dan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Terdapat juga kes pada mana polis membunuh tahanan, menyeksa tahanan yang tidak disebut di dalam perlembagaan.

8. Internet di Malaysia dikatakan bebas tetapi telah menyekat masuk beberapa laman web. SKMM mempunyai hak untuk mengarahkan 'web administator' untuk mengeluarkan mana-mana bahan yang didapati sensitif. Kerajaan BN membayar blogger/ komentator profesional untuk memberikan imej yang positif kepada kerajaan. Tedapat juga individu yang ditahan kerana memberikan pendapat peribadinya di laman sosial.

Atas sebab-sebab tersebut, Malaysia telah diberikan status SEPARA BEBAS. Tidak perlu saya berikan hujah pembalasan terhadap tuduhan-tuduhan di atas. Cukup sekadar mereka yang memberi rating kepada Malaysia ini tidak faham akan Perlembagaan Persekutuan, tidak faham sejarah egara dan sudah tentunya tidak faham tentang Agama Islam.

Cuba kita lihat, logo salah satu daripada aktiviti anjuran Freedom House di bawah ini.  Ia kelihatan sama dengan rekabentuk 'header' blog Anwar Ibrahim.

Gambar di sebelah kiri Program Anjuran Freedom House. Gambar di sebelah kanan adalah header anwaribrahimblog.com
LBGT Antara Perjuangan Kebebasan Freedom House.

Freedom House juga menyenaraikan antara perjuangan mereka adalah Hak Kebebasan LGBT. Lihat sahaja program, aktiviti dan kempen yang diatur oleh mereka.


Bukan itu sahaja, Freedom House juga turut menaja persatuan-persatuan LGBT di Malaysia ini. Satu lagi 'screenshot' daripada laman web Freedom House.

Boleh lihat sendiri di laman web Freedom Hous

Di Malaysia, NGO yang ditaja oleh Freedom House adalah Justice For Sisters. Berikut adalah persatuan/NGO lain yang menyokong Justice For Sisters di Malaysia ini.

  1. Aliran, Malaysia
  2. Asia Pacific Network for HIV+ People (APN+)
  3. Community Action Network, Malaysia
  4. Islamic Renaissance Front (IRF)
  5. Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)
  6. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS)
  7. Pertubuhan Advokasi Masyarakat Terpinggir Kuala Lumpur dan Selangor (PAMT)
  8. PT Foundation, Malaysia
  9. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
  10. Rainbow Genders Society (RGS)
  11. Seksualiti Merdeka
  12. Tenaganita, Malaysia
  13. Transmen of Malaysia
  14. Youth Lead Organisation

Dan hampir keseluruhan persatuan yang menyokong Justice For Sisters ini merupakan kumpulan pendesak yang pro-pembangkang. Malah, terdapat juga ahli parti pembangkang terlibat di dalam persatuan/ NGO tersebut.
Mengapa Mengamalkan Islam Dikatakan Tidak Bebas?

Di sini saya ingin menyelar Freedom House yang mengatakan Malaysia ini separa bebas hanya kerana Malaysia mengamalkan ajaran dan tuntutan Islam. Kerana Malaysia tidak mengikhtiraf golongan LGBT, maka Malaysia tidak dianggap bebas sepenuhnya.

Inilah kefahaman sekular dan pluralisma yang ingin di bawa oleh Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang. Tuntutan-tuntutan hak asasi yang jelas melanggar ajaran agama Islam sesungguhnya adalah agenda tersirat Yahudi yang ingin meliberalisasi negara kira melalui boneka Yahudi; Anwar Bin Ibrahim.

Agama Yahudi juga terdapat larangan-larangan tertentu malah lebih ketat lagi tentang soal halal-haram mereka. Tetapi oleh kerana ia negara Israel, ia diberikan statu BEBAS.

Double Standard Media Barat

Malah komen-komen yang dikeluarkan oleh Freedom House juga menggunakan 'pointers' daripada parti pembangkang. Semua alasan dan laporan yang dikeluarkan oleh Freedom House ini seolah-olah ditulis terus oleh ahli pembangkang negara. Tidak adakah laporan balas, penjelasan daripada mereka yang berpendapat berlainan?

Tidak cukup bebaskah Malaysia apabila kita biarkan yang bukan Islam terus menghina Islam? 

Tidak bebaskah Malaysia apabila kita biarkan orang ramai menghina Perdana Menteri Malaysia dan isterinya?

Tidak bebaskah Malaysia apabila anak muda bebas memuat naikkan gambar bogel mereka ke laman media sosial?

Tidak bebaskah Malaysia apabila Pembangkang sesuka hati melemparkan fitnah di sana-sini?

Mungkin juga pada hemat saya yang Malaysia ini keterlaluan bebasnya.

Diharap daripada sedikit pembacaan yang saya lakukan ini, pembaca dapat sedar bahawa negara kita sedang diancam oleh kuasa-kuasa luar melalui parti pembangkang di dalam negara. Saya percaya sekiranya parti pembangkang diberikan mandat untuk memerintah negara, nescaya akan hilanglah nilai Islamitu di dalam negara.

Akan timbul pula satu istilah baru yang berada di negara-negara BEBAS "Non-practiced Muslim"

Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

No comments: