Dec 4, 2013

#PAU2013 : DS @Zahid_Hamidi Bakal Berikan Lesen Akhbar Cetak Kepada MalaysiaKini?

http://www.malaysiakini.com/news/248284
Nampanknya senjata utama Pakatan Rakyat iaitu MalaysiaKini bakal menerbitkan akhbar cetaknya tersendiri.

Ini adalah berikutan tiada bantahan selama 30 hari oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung permohonan lesen MalaysiaKini untuk menerbitkan akhbar cetak sendiri di Mahkamah Rayuan.

Pejabat Peguam Negara juga tidak memfailkan apa-apa bantahan ulas Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Timbalan Peguam Cara Negara II dan sekarang terpulang kepada Kementerian Dalam Negeri untuk meluluskannya.

Adakah DS Zahid akan membenarkan portal berita no.1 di negara ini untuk menerbitkan akhbar cetaknya sendiri?

Sekira DS Zahid tidak mengambil apa-apa tindakan malah meluluskan permohonan ini maka pihak kerajaan bukan sahaja membiarkan peluang untuk ancaman berkembang malah menafikan segala usaha yang dilakukan oleh pengamal media siber yang mesra kerajaan membongkar segala penipuan yang dilakukan oleh MalaysiaKini.

Segala usaha lelah yang selama ini mereka lakukan untuk mempertahankan kerajaan akhirnya akan menjadi sia-sia sahaja. DS Zahid seharusnya bijak menangani keadaan ini serta mula campur tangan dari awal lagi. Segala urusan MalaysiaKini untuk mendapatkan lesen penerbitan akhbar cetak harus disekat dan dihalang.


Bukan kerana mereka mengkritik kerajaan dengan terbuka tetapi MalaysiaKini merupakan sumber fitnah dan hasutan. DS Zahid juga perlu meneliti semula akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang juga telah banyak melakukan penipuan dan hasutan jahat.

Sekiranya DS Zahid mengambil kira hal ini, maka sudah tentu MalaysiaKini akan ditutup dan akhbar-akhbat pembangkang juga ditarik semula lesen percetakan akhbarnya. 

Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Memberi Lesen!

No comments: