Kelas hari ini tidaklah begitu panjang dan meleret seperti tempoh hari.
Sekali lagi, Sdr. Ibdil mengulang kembali bayaran insentif dan token yang diberikan kepada bloggers. Sebagai seorang yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ataupun UMNO, Sdr. JANGANLAH MENGAKU yang adanya bayaran kepada bloggers. Biarlah orang lain yang kata. Satu habuk pemimpin pembangkang tidak pernah mengaku membayar kepada bloggers walaupun hampir seluruh dunia tahu yang mereka ini benar-benar bayar.
Dua impak yang akan Sdr. hadapi:
Pertama: Pemimpin pembangkang akan menggunakan ayat Sdr. ini di dalam ceramah-ceramahnya untuk menyatakan bahawa terdapat bloggers yang diupah UMNO untuk memfitnah mereka. Maka, apa sahaja pendedahan daripada bloggers pro-kerajaan ini TIDAK akan dipercayai oleh sesiapapun meskipun ia adalah benar dan tepat. Mana tahu selepas ini ada video tentang salah laku pemimpin pembangkang yang tersebar, senang sahaja mereka akan kata Sdr. Ibdil yang BAYAR!
Kedua : Bloggers, bloggers yang bekerja secara sukarela selama ini akan berasa hati. Seperti Abang Mazidul yang tidak pernah terima bayaran untuk penulisan beliau. Namun, apabila blogger yang hit hariannya hanyalah 2-3 view sahaja terima bayaran tentunya akan menimbulkan masalah buat Sdr. kelak.
Tolong jangan buat pengakuan seperti itu lagi. Saya percaya Sdr. hanya terdengar daripada orang lain tentang bayaran untuk bloggers ini. Tolong siasat, kaji dan bertanyalah kepada otai-otai lama sebelum keluarkan kenyataan.
Seeloknya, JANGAN keluarkan kenyataan langsung!
Kemudian, Sdr telah berbohong. Klip video pertama Sdr. kata secara jelas dan spesifik bahawa kurangkan berpolitik, lebihkan kisah 'lifestyle'. Tetapi pada klip video kedua Sdr. kata fokus untuk menangkis pembohongan pembangkang. Kemudia Sdr. salahkan bloggers kerana salah faham!
Apa yang Sdr. cuba buktikan?
Cuba rendahkan ego dan MOHON MAAF atas kenyataan kurang cerdik Sdr. itu. Kan lebih molek. Sekurang-kurangnya sejuk sedikit rasa hati.
Kami bloggers ada di sekeliling PWTC, tak perlu tunggu lama.
Tolonglah Sdr. IBDIL!
GUNAKAN HAK UNTUK BERFIKIR SEBELUM HAK UNTUK BERSUARA!!!
1 comment:
Salam tuan, mohon jasa baik tuan link web kami dalam blog-roll tuan - www.pilihanrayakini.com
Jasa baik tuan amat kami hargai. Terima kasih.
Post a Comment