Showing posts with label Biro IPT UMNO. Show all posts
Showing posts with label Biro IPT UMNO. Show all posts

Dec 3, 2013

#MahasiswaNasional : Mahasiswa Dalam Negara Diberi Penghormatan Untuk #PAU2013



Setelah sekian lama mahasiswa tempatan dalam negara didiamkan oleh UMNO, namun pada Persidangan Mahasiswa Nasional 2013, mahasiswa tempatan dalam negara kini diberi penghormatan untuk berucap di atas pentas UMNO.

Penghormatan kepada mahasiswa ini adalah kerana usaha yang dijalankan oleh Dato' Razali Ibrahim, Pengerusi Biro IPT UMNO yang mahu membuka satu lembaran baru dalam menyediakan lapisan kepimpinan baru untuk parti. Sebelum ini, peluang sebegini hanyalah diberikan kepada mahasiswa luar negara sahaja.

Sudah tiba masanya untuk UMNO meraikan mahasiswa tempatan dalam negara kerana merekalah yang dekat dan merasai suasana politik negara. Mereka jugalah yang menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri apa yang berlaku kepada negara apabila rusuhan BERSIH berlaku. Mereka jugalah yang menyaksikan sahabat mereka yang bertindak di luar batasan yang menghina negara, agama dan bangsa. Mereka jugalah yang merasai kempen PRU-13, turun mengundi di kampung halaman masing-masing. Pengalaman yang mendekatkan mereka dengan jiwa dan perasaan rakyat ini mewajarkan mereka untuk berbicara tentang agama, bangsa dan negara.

Mahasiswa tempatan di dalam negara ini jika tidak lebih, mereka semestinya setanding dengan mahasiswa luar negara.


Dec 1, 2013

#MahasiswaNasional : Persidangan Mahasiswa Nasional Dibuka Dengan Penuh Bersemangat @ShaberyC @RazaliIbrahim @TunFaisal



Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 dibuka seawal jam 9.30 pagi dengan ucapan dasar oleh DS Ahmad Shabery Cheek selaku pengerusi Kelab UMNO Luar Negara. Beliau diiringi oleh Dato' Razali Ibrahim selaku Pengerusi Biro IPT UMNO dan Dato' Fuad Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah JASA.

Peserta yang ada seramai 150 orang baik dari dalam dan luar negara telah dipilih khusus dengan latar belakang akademik yang baik dan juga kemahiran kepimpinan yang terbukti di kampus masing-masing.

DS Shabery Cheek menekankan bahawa transformasi politik yang dilakukan oleh UMNO adalah penting untuk UMNO terus kekal releven di kalangan Masyarakat. Beliau juga menekankan bahawa UMNO harus mencari kaedah untuk mendekati golongan muda terutamanya generasi Y.

Nov 29, 2013

#MahasiswaNasional : F.A.Q Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 @ShaberyC @RazaliIbrahim @TunFaisal

F.A.Q (Frequently Asked Question) Persidangan Mahasiswa Nasional 2013


Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO Malaysia akan secara bersama menganjurkan Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2013 pada 1 Disember 2013 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Persidangan ini bertemakan “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa” dan akan melibatkan 150 orang peserta, iaitu seramai 75 orang pemimpin mahasiswa dari luar negara dan 75 orang pemimpin mahasiswa dari IPTA dalam negara.

Tahun ini, KULN dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee). Format ini julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum.