![]() |
Yang ini Ahli PAS suka tengok! |
1. Tahniah diucapkan kepada Majlis Syura PAS kerana telah mengeluarkan kenyataan (bukan fatwa) kepada ahli PAS yang Kalimah Allah itu hanya terpakai buat umat Islam sahaja. bagi saya ini adalah keputusan yang tepat dibuat oleh Majlis Syura PAS untuk ahlinya walaupun Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Majlis Fatwa Kebangsaan)
Tidak disebut pun di dalam Perlembagaan PAS sendiri yang Majlis Syura PAS boleh mengeluarkan fatwa |
2. Tetapi apa yang menjadi satu pemerhatian yang janggal dilihat adalah penerimaan ahli PAS antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura PAS dan fatwa yang diwartakan Majlis Fatwa Kebangsaan.
3. Ini kerana apa yang dapat dilihat adalah ahli PAS secara akidahnya menerima segala yang dinyatakan oleh Majlis Syura PAS dan tidak selalunya menerima fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana kononnya Majlis Fatwa Kebangsaan adalah politikal.
4. Mungkin ahli-ahli PAS ini tidaklah cerdik untuk melihat yang mana politikal yang mana bukan.