Jan 14, 2013

#TolongFaham : Majlis Syura PAS VS Majlis Fatwa Kebangsaan : Yang Mana Fatwa Yang Mana Kenyataan?

Yang ini Ahli PAS suka tengok!

1. Tahniah diucapkan kepada Majlis Syura PAS kerana telah mengeluarkan kenyataan (bukan fatwa) kepada ahli PAS yang Kalimah Allah itu hanya terpakai buat umat Islam sahaja. bagi saya ini adalah keputusan yang tepat dibuat oleh Majlis Syura PAS untuk ahlinya walaupun Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Majlis Fatwa Kebangsaan)

Tidak disebut pun di dalam Perlembagaan PAS sendiri yang Majlis Syura PAS boleh mengeluarkan fatwa

2. Tetapi apa yang menjadi satu pemerhatian yang janggal dilihat adalah penerimaan ahli PAS antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura PAS dan  fatwa yang diwartakan Majlis Fatwa Kebangsaan.

3. Ini kerana apa yang dapat dilihat adalah ahli PAS secara akidahnya menerima segala yang dinyatakan oleh Majlis Syura PAS dan tidak selalunya menerima fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana kononnya Majlis Fatwa Kebangsaan adalah politikal.

4. Mungkin ahli-ahli PAS ini tidaklah cerdik untuk melihat yang mana politikal yang mana bukan.
Majlis Syura hendaklah AHLI PAS

5. Secara terang-terangan yang berada di dalam Majlis Syura PAS adalah ahli politik dan dinaungi oleh sebuah parti politik yang pada mana kenyataan yang dikeluarkannya haruslah memberikan manfaat kepada parti.

Majlis Fatwa dah lama keluarkan fatwa larangan penggunaan Kalimah Allah
6. Majlis Fatwa Kebangsaan pula bukan sebuah badan yang berada di bawah sebuah parti politik tetapi di bawah Majlis Raja-Raja yang pada mana Yang Dipertuan Agung adalah Ketua Agama Islam untuk Malaysia manakala raja ataupun sultan negeri masing-masing pula adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.

Mengenali Majlis Fatwa Kebangsaan

1. Eloklah diterangkang kepada umum tentang Majlis Fatwa Kebangsaan dan apa itu fatwa.

A. Definisi Fatwa
  1. Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.
B. Dari Segi Istilah
Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:
  1. Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.
     
  2. Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.
C. Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang
Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:
  1. Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang  menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;
     
  2. Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri;
     
  3. Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;
     
  4. Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan
     
  5. Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu.
D. Ahli-Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan

Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdiri daripada:
  1. Seorang pengerusi yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) di kalangan ahlinya;
  2. Mufti tiap-tiap negeri yang mengambil bahagian atau seorang yang mewakili Negeri dalam Hal Ehwal Agama Islam;
  3. Sembilan orang alim ulama dan kalangan profesional serta pakar-pakar muslim yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja; dan
  4. Seorang ahli yang beragama Islam dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang atau dari profession undang-undang yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja.
KEAHLIAN JAWATANKUASA FATWA

MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI)
   Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor
   Bin Haji Husin 
   Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI,
   Pengerusi Lembaga Pengarah USIM
   Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
   Bandar Baru Nilai,
   71800 Nilai,
   Negeri Sembilan
  
    Y.Bhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha
    Setiausaha Jawatankuasa Fatwa MKI
    Ketua Pengarah
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
    Aras 9, Blok D7, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62519 Putrajaya
    Y. B. S.S. Tan Sri Dato’ Seri Hj. Harussani
    bin Hj. Zakaria
    Mufti Negeri  Perak Darul Ridzuan
    Pejabat Mufti Negeri Perak Darul  Ridzuan,
    Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh,
    Perak 
    Y.Bhg. S.S. Dato' Setia  Haji Mohd. Tamyes
    bin  Abd. Wahid
    Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan,
    Jabatan Mufti Negeri Selangor,
    Tingkat 7 & 8, Menara Utara,
    Bangunan Sultan Idris Shah
    Persiaran Masjid,
    40000 Shah Alam, 
    Selangor Darul Ehsan.
    Y.Bhg. S.S Dato' Haji Wan Zahidi Bin Haji Wan Teh
    Mufti Wilayah Persekutuan
    Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
    Tingkat 10, Menara Pusat Islam,
    Jalan Perdana,
    50519 Kuala Lumpur
     Y. Bhg. S.S Ustaz Bungsu@Aziz bin Haji Jaafar
     Mufti Negeri Sabah
     Pejabat Mufti Negeri Sabah,
     Tingkat 6, Blok B, Wisma MUIS,
     Jalan Sembulan, Beg Berkunci 2070,
     88999 Kota Kinabalu,
     Sabah 
     Y. Bhg. S.S. Dato' Seri Haji Hassan Bin Haji Ahmad
     Mufti Negeri Pulau Pinang
     Pejabat Mufti Negeri Pulau Pinang,
     Tingkat 48,  KOMTAR,
     10000 Pulau Pinang 
     Y. Bhg. S.S Datuk Wira Hj. Rashid Redza
     bin Hj. Md. Saleh
     Mufti Negeri Melaka
     Jabatan Mufti Negeri Melaka,
     Aras 2, Imarah A. Kompleks MAIM,
     Jalan Bukit Palah,
     75150 Melaka
     Y. B. S.S Dato' Hj. Muhamad Shukri bin Muhamad
     Mufti Kerajaan Negeri Kelantan
     Pejabat Mufti Negeri Kelantan,
     Kompleks Balai Islam Lundang,
     Jalan Sultan Yahya Petra,
     15200 Kota Bharu,
     Kelantan 
     Y. Bhg. S.S. Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Osman
     Mufti Negeri  Pahang
     Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pahang,
     Jalan Masjid,
     26600 Pekan, Pahang
    YB. S.S Dato' Hj. Mohd. Tahrir bin Dato’ Shamsudin
    Mufti Negeri Johor
    Jabatan Mufti Negeri Johor Darul Takzim,
    Tingkat 3, Kompleks Islam Johor,
    Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725,
    80990 Johor Bharu,
    Johor 
    Y. B. S.S Dato' Dr. Haji Alias bin Abdullah
     Mufti Negeri Terengganu
     Jabatan  Mufti Negeri  Terengganu,
     Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
      Kompleks Seri Iman,
     Jalan Sultan Mohamad,
     21100 Kuala Terengganu,
     Terengganu
    Y. B. S.S. Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad
    Mufti Negeri Sembilan 
    Jabatan  Mufti Negeri Sembilan,
    Tingkat 3, Bangunan SUK Lama,
    Karung Berkunci 45, Jalan Dato' Hamzah,
    70990 Seremban,
    Negeri Sembilan
    Y. Bhg. S.S Dato’ Syeikh Muhamad Baderudin
    bin Hj. Ahmad
    Mufti Negeri  Kedah 
    Jabatan Mufti Negeri Kedah,
    Aras 3, Bangunan Mahkamah Syariah & Jabatan Mufti,
    Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    Bandar Mu'azam Shah, Anak Bukit,
    06550 Alor Star,
    Kedah
    Y. Bhg. S.S. Tuan Haji Kipli Bin Haji Yasin
    Mufti  Negeri  Sarawak
    Pejabat Mufti Negeri  Sarawak,
    Aras 6, Bangunan Mahkamah Syariah (Anjung Kanan),
    Jalan Satok,
    93400 Kuching,
    Sarawak
     Y. Bhg. S.S. Dr. Juanda bin Jaya
      Mufti Negeri  Perlis
      Jabatan Mufti Negeri  Perlis
      Tingkat 1, Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat,
      01000 Kangar,
      Perlis 
      Y. Bhg. Tan Sri Sheikh Ghazali Bin Hj. Abd. Rahman
       Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       Penasihat Perundangan Syariah
       Jabatan Peguam Negara
       No. 7019, Jalan 16,
       Taman Selayang Baru, Batu Caves,
       68100 Selangor.
       Y. Bhg. Dr. Abdul Hayei Bin Abdul Shukor
       Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       No. 72, Jalan Dato’ Sulaiman,
       Taman Tun Dr. Ismail,
       60000 Kuala Lumpur
      Y. Bhg. Prof. Datuk Zakaria Bin Stapa
       Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       Fakulti Pengajian Islam,
       Universiti Kebangsaan Malaysia
       43600 Bangi,
       Selangor
       Y. Bhg. Prof Madya Datin Dr. Paizah Bt. Hj. Ismail
       Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       No.5, Jalan 11/6,
       46200 Petaling Jaya,
       Selangor Darul Ehsan
       Y.Bhg. Dr. Haji Mat Saad Bin Abdul Rahman
       Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       No. 11, Simpang 253-54-6,
       Jalan Beribi, Kg. Kiarong,
       BE1318 Bandar Seri Begawan,
       Brunei Darussalam
      
       Y.Bhg. Prof. Dr. Zhari bin Ismail
       Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       Discipline of Pharmaceutical Chemistry
       Pusat Pengajian Sains Farmasi
       Universiti Sains Malaysia
       Y.Bhg. Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim
       Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       Head of ISRA Consultancy Department (I-Con)
       International Shari'ah Research Academy for
       Islamic Finance (ISRA)
      Y.Bhg. Tuan Haji Faisal Bin Ahmad Sabri
      Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       Penasihat Undang-Undang
       Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
       Aras 7, Blok D7, Kompleks D,
       Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
       62519 Putrajaya

Kesimpulan

1. Dilihat sendiri daripada senarai ahli Majlis Fatwa Kebangsaan ini, jelas tiada campur tangan politik daripada mana-mana parti politik yang ada.

2. Kesemua ahli ini dilantik khusus oleh Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Malah, ada di antara mereka bukan sahaja terdiri daripada ahli agama, malah dari bidang profesional seperti ekonomi, kedoktoran dan undang-undang.

3. Kebanyakan daripada mereka jua adalah dari golongan akademik dan pengerusi majlis ini adalah seoang Prof. Emiritus serta Pengerusi Lembaga Pengarah USIM.

4. Bukanlah tujuan saya untuk merendah-rendahkan ahli Majlis Syura PAS, tetapi ahli PAS sendiri mestilah membuka mata ke arah yang mana satu kenyataan politik dan yang mana pula adalah fatwa yang diwartakan untuk kesejahteraan agama Islam dan umatnya.

Amanat Haji Hadi juga difatwakan sebagai bercanggah dari segi ajaran Islam.
5. Tanggung jawab yang dipikul oleh barisan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan ini bukanlah kecil. Sekiranya tersilap ataupun tersalah kira maka dosa seluruh umat Islam di Malaysia perlu tanggung. Pengerusinya sendiri telah menceritakan bagaimana sebelum sesuatu fatwa itu diwartakan, dia sendiri akan bersolat hajat dan meminta petunjuk sama ada keputusan yang dibuatnya itu adalah betul ataupun tidak.

6. Ahli PAS yang terlalu taksub dengan Majlis Syura PAS ataupun Amanat Haji Hadi harus membuka mata dan menilai semula yang mana satukah benar-benar untuk umat Islam dan yang mana satu adalah alat politik kepada parti tertentu.

7. Sepatutnya apabila fatwa tersebut telah diwartakan, umat Islam haruslah mengikutnya. Jika terdapat percanggahan dan tidak bersetuju dengan fatwa tersebut maka boleh dibincangkan di pejabat Mufti masing-masing. Dan bukannya menuduh sebarangan di jalanan ataupun dengan melukis kartun.

. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

Yang ini suka tak Ahli PAS tengok?

No comments: