Jan 22, 2013

#DAPConflict : Apabila Ahli DAP Sendiri Sudah Bangkit Menentang Kepimpinan Parti!

1. Bermula dengan sidang media yang dilakukan pada 9 Januari lalu oleh seorang ahli DAP, K. Yogasigamany dari DAP Taman Chi Liung Indah, ramai ahli DAP di peringkat akar umbi sudah mula bangkit menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan parti tersebut.

2. Sebuah restoran di Segambut, Kuala Lumpur, telah turut secara tidak berselindung lagi telah menulis rasa tidak puas hati mereka.


3. Di Pulau Pinang pula, ahli-ahli DAP dari kalangan kaum India telah bangkit dan melakukan demonstrasi juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka.


4. Adakah kepimpinan DAP akan terus mendiamkan diri dan membiarkan perkara ini berlalu?


5. Lebih mengejutkan lagi apabila isteri kepada YB Wong Ho Leng, Ahli Parlimen DAP Sibu dan juga Pengerusi DAP Sarawak telah meluahkan rasa kecewa beliau di atas reaksi yang ditunjukkan oleh kepimpinan tertinggi DAP terutamanya Lim Guan Eng di atas kanser otak yang dihidapi YB Wong.

6. Menurut isteri YB Wong, Irene Chang, untuk bulan lepas sahaja keluarganya telah membelanjakan hampir RM 124,000 untuk diagnosis serta rawatan mula. Rawatan susulan yang bakal dijalankan akan mencecah kepada RM 500,000 secara keseluruhannya.

7. Namun, Lim Guan Eng yang tidak ada nilai kemanusiaan di dalam diri beliau masih mahukan Wong untuk terus berkhidmat bersama Parti kerana PRU-13 telah semakin dekat.

8. Jumlah kutipan derma sesama PR Sibu telah menyaksikan sejumlah RM 10 Juta berjaya diraih untuk kempen YB Wong. Malah beliau sendiri telah membelanjakan sejumlah RM 700,000 wangnya sendiri demi parti yang beliau percayai. RM 4 Juta telah dibelanjakan manakala bakinya, RM 6 Juta telah diberikan kepada DAP Sarawak dan kemudiannya dihantar ke DAP Pusat.

9. Dan apabila seorang ahli yang telah banyak berkorban demi parti ditimpa malapetaka, mengapa tidak ada satu sen pun sumbangan yang diberikan oleh kepimpinan DAP Pusat ini. Sekadar mengucapkan takziah dan berharap agar beliau dapat terus berkhidmat.

10. Yang lagi menakjubkan, Wong memberitahu bahawa sejumlah RM 1.3 Juta telah diberikan kepada Tony Pua untuk video YouTube Gangnam Style yang disebut-sebut kebelakangan ini.

11. Malang bagi YB Wong dan juga isterinya kerana berkhidmat di dalam sebuah parti yang hanya pandai berjanji, pandai 'mengajar' orang lain, pandai memberikan prinsip-prinsip keadilan tetapi perlaksanaannya tidaklah sebegitu 'Bersih'.

12. Patutlah ramai ahli yang sudah mula bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

13. Gunakanlah Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

No comments: