Showing posts with label CEC DAP. Show all posts
Showing posts with label CEC DAP. Show all posts

Jan 13, 2014

#DAPConflict : Proksi Lim Kit Siang Kuasai DAP Johor!



Dr. Boo Cheng Hau secara rasminya tidak lagi mengepalai DAP Johor apabila Liew Chin Tong yang datang dari negeri Selangor mengalahkan beliau di dalam pemilihan DAP Johor.

Berita ini tidaklah mengejutkan kerana sudah dijangka bahawa Lim Kit Siang bakal menguasai kepimpinan DAP Johor sebaik sahaja beliau memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU-13 yang lalu.

Lebih memeranjatkan apabila Liew yang menang tempat ke -14 daripda 15 AJK pusat dilantik sebagai pengerusi DAP Johor dan bukannya Dr. Boo yang mendapat tempat ke-10 dan memegang kerusi tersebut selama 8 tahun.

Undang-undang parti menetapkan 15 anggota jawatankuasa pusat itu akan memilih seorang ketua daripada kalangan mereka. Akhirnya, sembilan orang mengundi memilih Liew manakala lima untuk Dr. Boo. Satu daripadanya undi rosak.

Sep 30, 2013

#DAPConflict : Tiada kejutan dalam pemilihan ulangan CEC Parti Tindakan Demokratik



SEMALAM, Kongres Khas DAP berlangsung dengan pemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Jumlah perwakilan hanya 2,576 orang dan calon yang bertanding pula 49 orang. Kongres khas ini diadakan selepas pemilihan yang berlangsung pada 15 Disember 2012 terpaksa dibatalkan. Ketika itu 68 orang bertanding dan tidak sampai 2,000 yang mengundi. Semalam juga, berlangsung simulasi pemilihan UMNO. Berbanding DAP, pemilihan UMNO tentulah lebih rumit kerana bakal melibatkan lebih 146,000 perwakilan yang akan memilih 33,682 calon pemimpin bagi pelbagai peringkat iaitu Majlis Tertinggi, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dan bahagian. Jika DAP memilih 30 anggota CEC yang kemudiannya akan bermesyuarat memilih pemimpin seperti setiausaha agung, pengerusi, timbalan pengerusi dan naib-naib pengerusi, UMNO pula terus membuat pemilihan bagi jawatan utama termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden.

Begitulah bezanya corak pemilihan dua parti - DAP dan UMNO. Berbanding DAP, sudah tentulah, pemilihan dalam UMNO terpaksa menempuh perjalanan yang rumit. Walaupun ini kali pertama berlangsungnya pemilihan corak baru, UMNO perlu memastikan kaedah yang dilaksanakan tidak menjejaskan kredibiliti parti. Jika sebelum ini ramai yang mempertikaikan corak pemilihan DAP, maka jangan dibiarkan orang lain mengambil kesempatan untuk memperkecilkan kaedah pemilihan UMNO. Sebarang masalah teknikal yang berlaku perlu diselesaikan segera. Jika diselak sejak hari ‘penamaan calon’ baru-baru ini terdapat beberapa kenyataan yang berkaitan dengan kelayakan bertanding. Begitu juga dengan etika berkempen. Pihak yang menjadi pemantau pemilihan kali ini perlu lebih jelas dengan etika berkempen, bukan sekadar pertemuan di peringkat bahagian tetapi juga kenyataan, ucapan oleh calon-calon yang bertanding. Timbul persoalan bagaimana ruang untuk mereka yang tidak memegang sebarang jawatan mampu muncul dalam pelbagai media.

Apr 8, 2013

[EKSKLUSIF] Dr. Boo Meletakkan Jawatan Sebagai Pengerusi DAP Johor #DAPConflict



1. Pagi ini telah berlaku satu insiden pada DAP Johor apabila orang kuatnya, Dr. Boo Cheng Hau yang juga Pengerusi DAP Johor telah meletakkan jawatannya di dalam DAP.

2. Ini juga turut disertai oleh Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor, Tan Chen Choon, suami kepada ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan dan juga Setiausaha DAP Johor, ahli DUN Mengkibol, Ng Lam Hua serta beberapa lagi ahli DAP Johor.

3. Mereka ini dikatakan tidak berpuas hati dengan percaturan calon DAP di Johor yang mengambil bukan orang tempatan untuk ditandingkan di Johor.

Mar 24, 2013

#DAPConlift : DAP Bakal Dibubarkan ROS?!! #DAPGantiPAS


1. Nampaknya huru-hara CEC DAP pada bulan Disember lepas telah hampir kepada kemuncaknya.

2. Persoalannya di sini adalah ini strategi Lim Kit Siang untuk menarik undi kaum Melayu untuk DAP?

Jan 22, 2013

#DAPConflict : Manipulasi Data Memang Kegemaran DAP! Bantuan Kepada Rakyat Pun Nak Menipu Lagi~!

1. Baru-baru ini, Salah telah melawat negeri jajahan DAP, Pulau Pinang.

2. Tidak semena-mena, Salah telah diberikan akhbar terbitan kerajaan Negeri yang namanya sahaja Bahasa Melayu tetapi kandungannya adalah di dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan juga Tamil. Seolah-olah tidak wujud lagi bahasa kebangsaan di negeri tersebut.

3. Diperhatikan juga dengan menggunakan tiga bahasa berlainan di dalam satu akhbar, kerajaan Lim Guan Eng ini mahu mengamalkan sistem pecah dan perintah. Mesej yang tertentu sahaja disampaikan kepada bangsa tertentu sahaja. DAP memang mahukan setiap kaum di Pulau Mutiara ini berpecah bermula dengan bahasa dan bangsa.


3. Akhbar ini dinamakan Buletin Mutiara yang memaparkan propaganda DAP serta betapa bagusnya kerajaan ini berkhidmat untuk rakyat negeri Pulau Pinang.

4. Namun, telah setelah diteliti, didapati data yang disampaikan di dalam cetakan akhbar tersebut (di bawah) boleh dipertikaikan.

#DAPConflict : Apabila Ahli DAP Sendiri Sudah Bangkit Menentang Kepimpinan Parti!

1. Bermula dengan sidang media yang dilakukan pada 9 Januari lalu oleh seorang ahli DAP, K. Yogasigamany dari DAP Taman Chi Liung Indah, ramai ahli DAP di peringkat akar umbi sudah mula bangkit menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan parti tersebut.

2. Sebuah restoran di Segambut, Kuala Lumpur, telah turut secara tidak berselindung lagi telah menulis rasa tidak puas hati mereka.


3. Di Pulau Pinang pula, ahli-ahli DAP dari kalangan kaum India telah bangkit dan melakukan demonstrasi juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka.


4. Adakah kepimpinan DAP akan terus mendiamkan diri dan membiarkan perkara ini berlalu?

Jan 15, 2013

#TolakPR : Jelajah Pembohongan DAP Bersambung Selepas #KL112 di Pandamaran



1. Dengan tempoh tidak sampai 3 hari selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat 112, DAP telah meneruskan semula Jelajah Pembohongan mereka di kawasan Pandamaran bermula jam 8.15 malam bertempat di hadapan Dewan JKKK Pandamaran.

2. Dianjurkan oleh DAP Bahagian Klang dengan kehadiran penceramah Ng Chin Heng, Dato' Mohd Arif, Ng Suee Lin, Tony Pua, Charles Santiago, Anthony Loke dan tidak ketinggalan Teresa Kok.

3. Namun begitu, jumlah yang hadir adalah sekitar 350 orang sahaja dengan 15 orang Melayu, 35 orang India dan selebihnya daripada orang Cina seramai 300 orang.

Jan 10, 2013

#TolakPR : Apabila Peguam Berkata Sultan Selangor Biadap!


1. Kesan daripada ucapan Krismas baru-baru ini oleh Lim Guan Eng telah mengakibatkan kesan yang sangat teruk.

2. MalaysianInsider telah melaporkan bahawa peguam-peguam yang telah terlibat di dalam kes 'CD Allah' telah mengeluarkan kenyataan bahawa Sultan Selangor telah bertindak biadap dan tidak menghormati keputusan mahkamah.

Jan 6, 2013

#DAPConflict : Kebenaran Sebenar Pemilihan CEC DAP


1. Saya berpeluang untuk berjumpa dengan seorang ahli veteran DAP yang sudah bersama parti selama 36 tahun yang masih percaya dengan konsep samarata dan Malaysian Malaysia walaupun kalah semasa pemilihan CEC DAP tempoh hari.

2. Namun, di dalam perjumpaan tersebut beliau telah melahirkan rasa kekecewaan beliau berikut anpengumuman kesilapan di dalam pemilihan CEC DAP yang ke-16 baru-baru ini.

3. Dan beliau telah berkongsi bersama beberapa keraguan yang berlaku sepanjang kongres itu berlangsung dan jawapan kepada keraguan tersebut.