Jan 10, 2013

#TolakPR : Apabila Peguam Berkata Sultan Selangor Biadap!


1. Kesan daripada ucapan Krismas baru-baru ini oleh Lim Guan Eng telah mengakibatkan kesan yang sangat teruk.

2. MalaysianInsider telah melaporkan bahawa peguam-peguam yang telah terlibat di dalam kes 'CD Allah' telah mengeluarkan kenyataan bahawa Sultan Selangor telah bertindak biadap dan tidak menghormati keputusan mahkamah.

3. Ini adalah satu lagi tindakan yang boleh dikatakan melampaui batas apabila menggelarkan Sultan Sharifuddin sebagai biadap dan tidak menghormati keputusan mahkamah.

4. Sebaliknya peguam-peguam ini telah mengabaikan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan pada mana hal-ehwal agama Islam sememangnya tertakhluk di bawah kuasa Sultan pada mana Sultan merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri yang dinaungi itu.

5. Annou Xavier, peguam yang bertanggung jawab menulis surat tentang perkara ini kepada MAIS juga merupakan ahli Majlis Peguam dan juga ahli Persatuan Peguam Katolik Kuala Lumpur sememangnya boleh dianggap derhaka kepada Sultan kerana ingin menyanggah kenyataan baginda.

6. Ini merupakan satu pencabulan lagi yang dilakukan oleh DAP semata-mata inginkan kuasa politik. Sememangnya Lim Guan Eng benar-benar berharap agar kekacauan dapat berlaku akibat daripada kes ini agar mendapat campurtangan asing menjelang PRU ke-13.

7. Sekiranya dilihat pada ketiga-tiga portal pro-pembangkang iaitu MalaysiaKini, MalaysianInsider dan Free Malaysia Today, penuh di portal tersebut tentang kes Kalimah Allah ini sahaja.

8. Seolah-olah mahu ditutup kes ahli akar umbi DAP yang inginkan pengundian semula CEC DAP diadakan dengan segera akibat daripada manipulasi undi yang berlaku.

9. Memang DAP tidak dapat menjawab isu ini dan pelbagai perkara dilakukan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kes CEC DAP yang penuh dengan manipulasi ini.

10. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

No comments: