Showing posts with label Perlembagaan. Show all posts
Showing posts with label Perlembagaan. Show all posts

Sep 8, 2012

Bukti PAS Tidak Setia Pada YDPA!

Adakah ini bendera bakal digunakan oleh Pembangkang sekiranya menang PRU 13?


1. Baru-baru ini, Sambutan Hari Kemerdekaan 55 tahun dicemari dengan insiden-insiden yang dikira biadap dan tidak menghormati pengorbanan negara dan juga jasa orang terdahulu. Salah-satunya adalah perbuatan mengibarkan Bendera Saka Merah yang mahu menggantikan Jalur Gemilang.

2. Merujuk kepada artikel daripada HarakahDaily (Baca di sini), AJK PAS Pusat yang juga merupakan seorang peguam, Mohamed Hanipa Maidin, berkata

Mohamed Hanipa Maidin
"Biarlah anak muda berekspresi, tidak perlulah kita keras sangat."

Adakah ini juga ekspresi diri yang dibolehkan oleh PAS
3. Beliau merujuk kepada kes pengibaran bendera Republik Sang Saka Malaya yang kini sedang disiasat di bawah Seksyen 4(a) Akta Hasutan.
4. Dan jika dirujuk kepada Perlembagaan Persekutuan di bawah akta 149 (1) (b) iaitu:

Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan;
5. Jika dilihat kepada perbuatan mengibarkan bendera gantian itu, jelas bahawa mereka berdua ini telah khianat dan membangkitkan perasaan tidak setia kepada YDPA.

6. Maka, kenyataan AJK PAS Pusat ini telah membenarkan perbuatan khianat terhadap Ketua Negara iaitu YDPA.

7. Semakin jelas bahawa Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah II Negeri Kelantan 1993 (Hudud) tidak memasukkan salah satu daripada hukum hudud iaitu Bughah (Penjelasan di sini) kerana PAS tahu mereka akan menentang YDPA suatu hari nanti.

8. Tindakan-tindakan PAS sebelum ini juga menjurus ke arah penentangan terhadap YDPA seperti isu Mat Sabu Komunis, isu Dr. Hasan Ali, isu Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan pelbagai lagi.

9. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Bersuara.

Aug 9, 2012

Tema Kemerdekaan Pembangkang - Kejayaan DAP di atas Kebodohan PAS


1. HarakahDaily telah melaporkan bahawa kesemua negeri di bawah pemerintahan Pakatan Pembangkang tidak akan menggunakan tema Kemerdekaan yang sama dengan Persekutuan.

2. Malah logo untuk Hari Merdeka dan Hari Malaysia juga akan diubah dan akan diumumkan pada hari ini.

3. Secara kasar, tema ini kelihatan sama seperti 1 Malaysia. Tetapi setelah diterjemah penggunaannya sebagai agen pemecah-belah rakyat, ia sebenarnya lain langsung dengan 1 Malaysia dan lebih mirip kepada Malaysian Malaysia.

4. Semangat Kemerdekaan yang ingin disemai supaya rakyat negara ini sentiasa bersatu tidak kira parti politik apa pun semakin sukar untuk dicapai.

Parti 'Islam' SeMalaysia?

5. Dan sekiranya PAS mengamalkan gaya hidup sebenar yang dianjurkan oleh Islam, mereka sepatutnya tidak akan menggunakan tema yang lain supaya tidak wujud satu bentuk permusuhan di antara rakyat.

6. Tema Merdeka "Janji Ditepati" tidak langsung bercanggah dengan akidah ataupun Islam. Maka tidak perlu untuk ditentang penggunaannya atas dasar ingin memelihara kesejahteraan negara.

7. PAS semakin hari semakin membina dan mengajak permusuhan antara rakyat Malaysia terutamanya antara sesama yag beragama Islam.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Lelaki yang paling dibenci Allah ialah lelaki yang suka perbantahan dan permusuhan"

Malaysian Malaysia!

8. Tema Kemerdekaan Pakatan Pembangkang ini akan dibawa dan digunakan terus di dalam kempen Pembangkang.

9. Tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" sebenarnya adalah refleksi kepada Malaysian Malaysia iaitu teras perjuangan DAP kerana atas dasar penggunaannya sebagai agen pemecah-belah rakyat.

10. Merujuk kepada Matlamat kedua DAP di dalam dokumen Perlembagaan DAP, jelas DAP sebenarnya mahu menjadikan negara ini sekular dengan menghapuskan keistimewaan Agama Islam dan Bangsa Melayu.


11. DAP, dengan menggunakan PAS sebagai agen pemujuk agar orang Melayu bersedia untuk mengundi DAP semakin berjaya.

12. Tema Kemerdekaan yang diguna pakai ini juga adalah bukti kepada kejayaan DAP di atas kebodohan PAS.

13. Satu ketakutan DAP yang amat besar adalah orang-orang Melayu yang bersatu. Maka menjadi tugas utama DAP supaya perkara ini tidak akan dapat dicapai sampai bila-bila.

14. Ini kerana DAP sudah mengalami keadaan pada bila orang Melayu bersatu ketika 13 Mei dahulu dan ketika PAS masuk Parti Perikatan untuk membentuk Barisan Nasional (1973-1978).

15. Tetapi pada hari ini, di atas perpecahan antara orang Melayu, mengukuhkan lagi kedudukan DAP sebagai peneraju kepada kepimpinan Pakatan Pembangkang.

Jun 14, 2012

Bangladeshi Menjadi Rakyat Malaysia

Artikel ini perlu dibaca dengan satu set pemikiran yang terbuka dan tidak bersentimen perkauman.

1. Anda melihat orang daripada Bangladesh ataupun Myanmar sedang bekerja di negara kita pada hari ini. Apa pandangan anda?

1a. Ada yang kata kasihan, lihat mereka bekerja teruk mencari sesuap nasi. Ada yang berkata yang mereka ini memang rajin bekerja dan sebagainya.

2. Kemudian apa kata kita berikan kerakyatan kepada mereka. Apa pula pandangan anda?

2a. Wajar kerana mereka sudah lama tinggal di sini. Rezeki pun mudah dicari dan anak isteri dapat diberi nafkah. Sekurang-kurangnya nasib mereka terbela.

3. Setelah diberi kerakyatan, maka mereka ini layak untuk menyuarakan pendapat. Di Malaysia, cara untuk menyampaikan pendapat adalah dengan melantik seorang wakil untuk menyuarakan hasrat mereka. Dan wakil itu dipilih melalui undian. Maka untuk mendengar pendapat mereka, dibenarkan mereka untuk mengundi pada pilihanraya.

4. Jika lahir daripada mereka ini cukup dengan seorang yang ekstremis pada mana suaranya mampu mempengaruhi orang ramai. Apa yang mungkin mereka suarakan di Parlimen? 

5. Mereka akan minta supaya golongan mereka ini diberikan pembelaan, kemudian diberikan kemudahan. Namun lama-kelamaan, mereka minta pula akta yang melindungi kedudukan istimewa untuk bangsa Melayu dan bumiputera ini dipinda. Bahasa Melayu pula mereka pinta untuk tukar ke Bahasa Bangladesh dan tanah-tanah rizab untuk orang Melayu mereka pinta untuk dijadikan hak milik mereka.

6. Raja dan Sultan pula mereka minta untuk hapuskan supaya boleh ada pemerintah tertinggi di kalangan mereka satu hari nanti.

7. Apa yang akan anda rasa?

8. Tidak berpuas hati? Sudah beri betis hendakkan peha pula? Mengambil hak penduduk asal? Tidak berterima kasih? dan sebagainya.

9. Inilah yang dilalui oleh tok nenek moyang kita suatu ketika dahulu. Pada mana untuk merdeka orang Melayu boleh menerima kehadiran kaum Cina dan India manakala Kaum Cina dan India pula hormat akan kedudukan istimewa orang Melayu agar kepentingan masing-masing terjaga. Inilah semangat kasih sayang yang melindungi keamanan negara kita.

10. Perasaan yang sama akan timbul apabila kaum Cina dan India yang ekstremis ini dari DAP minta untuk dihapuskan perkara 153, perkara 3, perkara 152, dan perkara 181.

11. Sedangkan yang dari Bangladesh ini yang beragama Islam pun kita boleh kata melampau, inikan pula yang bukan.

12. Gunakan Hak untuk Berfikir sebelum Hak untuk Bersuara.

Jun 13, 2012

Pengisian Jiwa Golongan Muda

1. Terdapat 6 faktor yang akan menentukan kemenangan 2/3 kerusi parlimen pada PRU ke13 kelak.

2. Dan salah satu daripadanya adalah undi daripada golongan muda yang membawa 48% daripada keseluruhan pengundi Malaysia.

3. Kerana itu, baik kerajaan ataupun pakatan masing-masing mahu memenangi hati golongan muda ini.

4. Salah satu daripadanya adalah program-program, konvensyen, fokus kepada media sosial dan pelbagai lagi aktiviti yang dirancang khas untuk memenangi hati golongan muda.

4. Memang benar antara aktiviti-aktivi yang direncanakan ini boleh membantu menguruskan persepsi golongan muda tetapi adakah impaknya akan berkekalan

6. Pakatan mengetengahkan Rafizi dan Nurul Izzah sebagai ikon kepada golongan muda. Tetapi di pihak kerajaan menggunakan strategi yang berbeza iaitu menjadikan DS Najib Razak sebagai cult of personality. Pada mana setiap golongan boleh berkait dengan beliau tanpa ada sempadan umur, personaliti mahupun status politik.

7. Kempen ini berjaya kerana Pakatan semakin hari semakin menyerang personaliti DS Najib Razak.

8. Tetapi dalam merencanakan pelbagai aktiviti ini, persoalannya; adakah golongan muda ini akan turun untuk mengundi?

9. Pihak kerajaan mahupun Pakatan harus berhenti men'stereotaip'kan golongan muda ini kepada satu skop yang amat jumud.

9a. Hentikanlah kaitkan golongan muda Malaysia sama dengan ciri-ciri Gen-Y. Hentikanlah katakan golongan muda ini tidak kisah kepada orang lain. Hentikanlah membiarkan golongan bukan muda mengepalai penganjuran aktiviti tersebut. Hentikanlah katakan golongan muda ini mahukan hiburan semata-mata.

9b. Sepanjang pengalaman saya sebagai golongan muda dan bergaul dengan pelbagai kumpulan anak muda, sebenarnya bukan ini yang menjadi pokok pencarian golongan anak muda Malaysia terutamanya daripada bangsa Melayu.

10. Yang dimahukan oleh golongan muda ketika ini adalah pengisian dari segi dalaman. Pengisian daripada segi kerohanian, pengisian jiwa dan juga pemahaman tentang tauhid dan akidah. Tentang semangat Melayu dan erti perjuangan Nasionalis. Pengisian yang satu ketika dahulu dipegang oleh anak muda.

11. Mulanya golongan muda rasakan bahawa PAS mampu menyediakan platform tersebut untuk mereka, namun, setelah lama mengikuti, mesej yang disampaikan oleh PAS ini hanya menganjurkan kebencian sesama Melayu, sesama Islam.

12. Ramai yang terkeluar daripada cengkaman kebencian tersebut tetapi masih ada yang dibelenggu oleh pemikiran PAS tersebut. 

13.   Dalam pengembaraan ini, golongan anak muda ini berjumpa dengan satu kumpulan yang mampu menyediakan platform ini; golongan pejuang UMNO lama.

14. Dan pejuang UMNO lama inilah yang menggerakkan anak muda Melayu ketika ini untuk kembali menyokong kerajaan yang sedia ada. Namun nama-nama mereka ini didiamkan oleh sejarah, oleh media, oleh UMNO sendiri.

15. Apabila ruang ini mampu diisi dengan semangat perjuangan Nasionalis, walaupun tanpa satu penganjuran yang formal, kumpulan anak muda ini boleh bergerak untuk menyampaikan mesej yang tidak dibawa oleh mana-mana kumpulan politik tanahair ketika ini iaitu: Penyatuan.

16. "Yang mampu menjadikan bumi Malaysia ini Neraka untuk umat Melayu adalah bangsa Melayu itu sendiri" - Tunku Abdul Rahman.

17. Maka, jika terdapat mana-mana anak muda yang mencari tentang apa itu perjuangan Nasionalis, perjuangan Melayu, perjuangan Islam, saya galakkan anak-anak muda ketika ini cuba-cubalah tegur orang-orang tua di kawasan kita. Mana-mana tahu, yang ditegur ini ada ilmu dan pengalaman yang belum pernah kita tahu sebelum ini.

18. Dan perjuangan ini tidak pernah lari daripada dua kalimah agung yang umat Melayu pegang sejak dahulu lagi.

"Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah; dan Aku bersaksi Muhammad itu Persuruh Allah"

19. Gunakan Hak untuk Berfikir sebelum Hak untuk Bersuara.

May 31, 2012

BN sama Pakatan Bergaduh, Rakyat Mati Di Tengah-Tengah.

1. Bermula sejak kejatuhan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional pada 2008, Malaysia telah dilanda oleh tsunami isu-isu yang sebelum ini jarang-jarang kedengaran di peringkat nasional.

2. Isu-isu seperti isu kalimah Allah, video seks pemimpin-pemimpin parti, tanah di Perak dipajakkan selama 999 tahun, penghapusan DEB di Pulau Pinang dan banyak lagi. Jika disenaraikan satu persatu, nescaya kita tidak habis untuk berhujah tentangnya.

3. Di antara 'perang' isu yang meributkan negara Malaysia, kita tidak sedar bahawa masalah sebenar yang melanda negara kita ini diabaikan oleh kedua-dua parti ini, iaitu BN dan juga Pakatan.

4. BN dan juga Pakatan 'memilih' isu-isu tertentu untuk dimainkan yang akan membawa impak bukan dari segi kesejahteraan rakyat tetapi lebih kepada menaikkan imej parti masing-masing.

5. Perjuangan sebenar bagi BN adalah untuk mengekalkan kuasa pemerintahan dan perjuangan sebenar Pakatan adalah untuk merampas kuasa yang dipegang oleh BN. Itu sahaja matlamat mereka dan tidak lebih daripada itu.

6. Sekiranya dilihat kepada isu 'hangat' yang dimainkan seperti pendedahan video seks Anwar Ibrahim dan juga Azmin Ali. Isu ini sebenarnya tidak pun menjejaskan kesejahteraan rakyat ataupun menaik turun ekonomi  negara. Sama juga dengan isu NFC yang dimainkan oleh Pakatan, ia hanyalah satu pinjaman yang akan dibayar semula.

7. Kedua-dua isu di atas adalah contoh kepada puluhan isu yang tidak membawa kesan kepada kemasyahalatan negara. Banyak lagi isu yang pembaca boleh fikirkan yang pada hakikatnya adalah sekadar membawa impak kepada imej parti sahaja.

8. Termasuklah juga dengan isu perdebatan yang disensasikan oleh pihak media baru-baru ini. Jelas menunjukkan bahawa masing-masing cuba untuk mendapatkan sokongan rakyat melalui persembahan debat sahaja.

9. Tetapi kesalahan tidak boleh ditanggung oleh kedua-dua parti ini sahaja. Rakyat turut memainkan peranan yang besar dalam menentu halakan politik negara.

10. Berani saya katakan bahawa rakyat Malaysia belum cukup matang dalam politik. Rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu lebih percaya dengan kata-kata ataupun hujah-hujah yang dikemukan oleh mana-mana individu berbanding dengan rasional serta pengetahuan yang ada. Rakyat Malaysia lebih gemar retorik daripada fakta.

11. Sebagai contoh yang amat mudah, saya ingin mengambil contoh situasi yang berlaku di dalam negara. Katakanlah longkang di kawasan rumah anda tersumbat, siapa yang akan anda jumpa; wakil rakyat. Sekiranya lembu anda hilang, siapa yang akan anda jumpa; wakil rakyat. Sekiranya anak anda hendak masuk ke sekolah siapa yang akan anda jumpa; wakil rakyat. Segala jenis kesusahan yang melanda sekalipun, anda akan berjumpa dengan wakil rakyat. Tidak kira samada beliau adalah ahli DUN ataupun ahli Parlimen. Namanya sahaja YB, itulah individu yang akan anda jumpa.

12. Dalam masyarakat matang politik, sekiranya longkang tersumbat, tentunya anda akan mengadu kepada Majlis Pembandaran, lembu hilang, jumpalah Polis, anak ke sekolah, jumpalah pengetua. Gunakan saluran yang telah disediakan oleh kerajaan. Realitinya, rakyat sendiri tidak tahu apa tugas ahli DUN dan juga ahli Parlimen.

13. Dan tentulah sekiranya anda mengadu nasib kepada wakil rakyat ini, permintaan anda tidak akan ditolak malahan dilayan, jika tidak melayanglah satu undi!

14. Inilah yang berlaku di dalam negara kita ketika ini.

15. Dengan keadaan mentaliti pemikiran yang ada pada rakyat Malaysia, maka kedua-dua parti ini berusaha untuk menaikkan isu yang akan menjadi perhatian rakyat. Isu yang serius tetapi tidak mendapat perhatian rakyat tidak diketengahkan.

16. Seperti di Kelantan, walaupun negeri itu mundur di bawah pemenrintahan PAS, tetapi soal kemajuan bukan menjadi fokus rakyat di negeri tersebut. Mereka lebih gemarkan konsep yang dicanang-canangkan oleh PAS berbanding dengan tawaran kemajuan yang BN boleh sediakan.

17. Isu-isu lain yang sebenarnya mengancam masyarakat Malaysia pada hari ini seperti percambahan kedai-kedai judi, kualiti persekitaran penduduk, tahap kesedaran rohani, pergerakan penghapusan semangat Nasionalis, keberkesanan agensi-agensi kerajaan dan banyak lagi tidak menjadi fokus kerana tidak 'dilayan' oleh rakyat.

17. Mengatasi masalah seperti ini adalah keperluan rakyat. Tetapi, isu NFC, isu video seks, debat dan yang lain-lain menjadi kemahuan rakyat.

18. Tetapi saya ingin memuji tindakan dan perhatian daripada badan-badan kerajaan yang masih mencuba untuk manangani masalah-masalah yang tidak menjadi fokus media ini. Bukan tidak ada usaha, cuma keutamaan bukanlah terletak di situ.

19. Apa yang rakyat mahu tidak semestinya apa yang rakyat perlu. Secara idealnya, kerajaan sepatutnya haruslah mengutamakan apa yang perlu daripada apa yang mahu.

20. Maka dilema yang dihadapi oleh kerajaan pada hari ini adalah untuk menjadi kerajaan yang rakyat mahu, atau menjadi kerajaan yang rakyat perlu.

21. Realitinya samada suka atau tidak; rakyatlah yang sebenarnya menentukan 'kesihatan' politk masa kini.

22. Maka sengketa antara BN dan juga Pakatan tidaklah lebih daripada jurujual yang cuba menjual produknya kepada pelanggan. Masing-masing mahu menceritakan kebaikan produk masing-masing. Jika terdesak, masing-masing menceritakan keburukan produk lawan.

23. Gunakanlah Hak untuk Berfikir sebelum Hak untuk Bersuara.