Jun 13, 2012

Pengisian Jiwa Golongan Muda

1. Terdapat 6 faktor yang akan menentukan kemenangan 2/3 kerusi parlimen pada PRU ke13 kelak.

2. Dan salah satu daripadanya adalah undi daripada golongan muda yang membawa 48% daripada keseluruhan pengundi Malaysia.

3. Kerana itu, baik kerajaan ataupun pakatan masing-masing mahu memenangi hati golongan muda ini.

4. Salah satu daripadanya adalah program-program, konvensyen, fokus kepada media sosial dan pelbagai lagi aktiviti yang dirancang khas untuk memenangi hati golongan muda.

4. Memang benar antara aktiviti-aktivi yang direncanakan ini boleh membantu menguruskan persepsi golongan muda tetapi adakah impaknya akan berkekalan

6. Pakatan mengetengahkan Rafizi dan Nurul Izzah sebagai ikon kepada golongan muda. Tetapi di pihak kerajaan menggunakan strategi yang berbeza iaitu menjadikan DS Najib Razak sebagai cult of personality. Pada mana setiap golongan boleh berkait dengan beliau tanpa ada sempadan umur, personaliti mahupun status politik.

7. Kempen ini berjaya kerana Pakatan semakin hari semakin menyerang personaliti DS Najib Razak.

8. Tetapi dalam merencanakan pelbagai aktiviti ini, persoalannya; adakah golongan muda ini akan turun untuk mengundi?

9. Pihak kerajaan mahupun Pakatan harus berhenti men'stereotaip'kan golongan muda ini kepada satu skop yang amat jumud.

9a. Hentikanlah kaitkan golongan muda Malaysia sama dengan ciri-ciri Gen-Y. Hentikanlah katakan golongan muda ini tidak kisah kepada orang lain. Hentikanlah membiarkan golongan bukan muda mengepalai penganjuran aktiviti tersebut. Hentikanlah katakan golongan muda ini mahukan hiburan semata-mata.

9b. Sepanjang pengalaman saya sebagai golongan muda dan bergaul dengan pelbagai kumpulan anak muda, sebenarnya bukan ini yang menjadi pokok pencarian golongan anak muda Malaysia terutamanya daripada bangsa Melayu.

10. Yang dimahukan oleh golongan muda ketika ini adalah pengisian dari segi dalaman. Pengisian daripada segi kerohanian, pengisian jiwa dan juga pemahaman tentang tauhid dan akidah. Tentang semangat Melayu dan erti perjuangan Nasionalis. Pengisian yang satu ketika dahulu dipegang oleh anak muda.

11. Mulanya golongan muda rasakan bahawa PAS mampu menyediakan platform tersebut untuk mereka, namun, setelah lama mengikuti, mesej yang disampaikan oleh PAS ini hanya menganjurkan kebencian sesama Melayu, sesama Islam.

12. Ramai yang terkeluar daripada cengkaman kebencian tersebut tetapi masih ada yang dibelenggu oleh pemikiran PAS tersebut. 

13.   Dalam pengembaraan ini, golongan anak muda ini berjumpa dengan satu kumpulan yang mampu menyediakan platform ini; golongan pejuang UMNO lama.

14. Dan pejuang UMNO lama inilah yang menggerakkan anak muda Melayu ketika ini untuk kembali menyokong kerajaan yang sedia ada. Namun nama-nama mereka ini didiamkan oleh sejarah, oleh media, oleh UMNO sendiri.

15. Apabila ruang ini mampu diisi dengan semangat perjuangan Nasionalis, walaupun tanpa satu penganjuran yang formal, kumpulan anak muda ini boleh bergerak untuk menyampaikan mesej yang tidak dibawa oleh mana-mana kumpulan politik tanahair ketika ini iaitu: Penyatuan.

16. "Yang mampu menjadikan bumi Malaysia ini Neraka untuk umat Melayu adalah bangsa Melayu itu sendiri" - Tunku Abdul Rahman.

17. Maka, jika terdapat mana-mana anak muda yang mencari tentang apa itu perjuangan Nasionalis, perjuangan Melayu, perjuangan Islam, saya galakkan anak-anak muda ketika ini cuba-cubalah tegur orang-orang tua di kawasan kita. Mana-mana tahu, yang ditegur ini ada ilmu dan pengalaman yang belum pernah kita tahu sebelum ini.

18. Dan perjuangan ini tidak pernah lari daripada dua kalimah agung yang umat Melayu pegang sejak dahulu lagi.

"Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah; dan Aku bersaksi Muhammad itu Persuruh Allah"

19. Gunakan Hak untuk Berfikir sebelum Hak untuk Bersuara.

No comments: