Jun 14, 2012

Di Mana Letaknya Kemuliaan?

  1. Seorang Ulama besar dijemput untuk menghadiri satu majlis keramaian.
  2. Beliau berhasrat untuk berpakaian biasa kerana cuaca panas.
  3. Apabila beliau tiba di majlis tersebut, tiada seorang pun tegur akan beliau.
  4. Maka beliau pulang dan berpakaian kebiasaannya; berjubah, berserban dan bertasbih.
  5. Sebelum beliau sempat sampai di pintu rumah, beliau disambut dengan penuh meriah, penuh keramahan dan penuh kemuliaan.
  6. Beliau diletakkan di meja paling besar dan diberikan dulang makanan untuk beliau seorang sahaja.
  7. Lalu beliau membuka serbannya, membuka jubahnya lalu meletakkannya bersama-sama tasbih beliau di dalam dulang tersebut dan lalu beliau berkata, "Bukan saya yang layak makan semua makanan ni, tetapi pakaian saya."
  8. Beliau pun lantas pulang ke rumah.

No comments: