Showing posts with label PRK. Show all posts
Showing posts with label PRK. Show all posts

Jul 29, 2013

Selepas PRK Kuala Besut: Pembohongan Lim Kit Siang #KualaBesut

1. Selepas selesai PRK Kuala Besut tempoh hari barulah Lim Kit Siang berani untuk bersuara.

2. Sebelum PRK tersebut, jelas Pakatan pembangkang bersetuju sekiranya DAP turut serta berkempen di Kuala Beust, PAS akan mengalami kekalahan yang lebih teruk.

3. DAP juga tidak turut serta kerana peratusan Cina tidak signifikan di Kuala Besut. Jelas menunjukkan DAP ini sebenarnya rasis dan hanya parti untuk kaum Cina sahaja.


Oct 23, 2012

Jelajah 'Merdeka Rakyat' @Khalid_Ibrahim & @AnwarIbrahim Gagal!

Tidak Mendapat Sambutan?

1. Ahad 21 Oktober lalu, DS Anwar Ibrahim telah menjelajah negeri Selangor bersama MB Selangor, TS Khalid Ibrahim.

2. Beliau telah melawat Dengkil, Pantai Morib, Pandamaran, Sementa, Assam Jawa, Ijok dan kemudian ke Shah Alam.

3. Pada mula perancangan, beliau bercadang untuk membawa Bas Mewah TS Khalid tetapi menurut TS Khalid, bas tersebut baru sahaja pulang daripada Johor Bharu dan mengalami kerosakan.

4. Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat mereka hanya mampu mengumpulkan seramai 150-400 orang sahaja di satu-satu tempat.


5. Sekiranya dilihat pada jadual di atas, keseluruhan tempat ceramah tidak termasuk Shah Alam, jumlah yang hadir paling tinggi pun hanyalah sekadar 1750 orang. Hanya 3.5% daripada jumlah pengundi di DUN tersebut.

Oct 19, 2012

Memahami Proses Penyediaan Belanjawan Negara.

Latar Belakang

1. Dalam keadaan masyarakat sibuk mempersoalkan tentang belanjawan mana yang lebih bagus dan memanfaatkan negara serta rakyat, kiranya ramai yang masih tidak tahu dan tidak ambil tahu bagaimana proses untuk menyediakan belanjawan itu sendiri.

2. Dan semestinya belanjawan itu tidak boleh dibincangkan di kedai kopi, di tepi jalan tanpa satu kajian yang menyeluruh.

Rujukan Pelan Masa Panjang



3. Sebelum sesebuah belanjawan itu dirangka dan dicadangkan kepada Parlimen, ia perlulah merujuk kepada satu pelan, ataupun modul pelan jangka panjang terlebih dahulu.

4. Di dalam kes negara kita, DS Najib merujuk kepada Rancangan Malaysia Ke-10 manakala Pembangkang tidak mempunyai satu dokumen yang lebih kurang sama maka kita akan merujuk kepada Buku Jingga.

5. Kita bandingkan pula antara keduanya dari perspektif mudah faham dan bukannya di dalam bahasa ekonomikal.