Oct 23, 2012

Jelajah 'Merdeka Rakyat' @Khalid_Ibrahim & @AnwarIbrahim Gagal!

Tidak Mendapat Sambutan?

1. Ahad 21 Oktober lalu, DS Anwar Ibrahim telah menjelajah negeri Selangor bersama MB Selangor, TS Khalid Ibrahim.

2. Beliau telah melawat Dengkil, Pantai Morib, Pandamaran, Sementa, Assam Jawa, Ijok dan kemudian ke Shah Alam.

3. Pada mula perancangan, beliau bercadang untuk membawa Bas Mewah TS Khalid tetapi menurut TS Khalid, bas tersebut baru sahaja pulang daripada Johor Bharu dan mengalami kerosakan.

4. Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat mereka hanya mampu mengumpulkan seramai 150-400 orang sahaja di satu-satu tempat.


5. Sekiranya dilihat pada jadual di atas, keseluruhan tempat ceramah tidak termasuk Shah Alam, jumlah yang hadir paling tinggi pun hanyalah sekadar 1750 orang. Hanya 3.5% daripada jumlah pengundi di DUN tersebut.


6. Dengan kehadiran DS Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang di Parlimen tidak dapat menarik khalayak yang ramai.

7. Ini adalah satu indikator yang baik untuk BN di Selangor sebenarnya.

8. Berilah alasan hujan sekali pun, yang datang adalah DS Anwar Ibrahim! Dengan niat awalnya telah memaklumkan kepada rakyat untuk datang dengan Bas 'Rakyat' kononnya, langsung tidak memberi impak kepada sokongan rakyat terhadap beliau.

Di Morib (Pantai Morib) - 250 org
Di Bukit Melawati (Kg. Assam Jawa) - 250 org

Di Perlabuhan Klang (Pandamaran) - 400 org
Di Sementa (Taman Klang Utama) - 250 org
9. Sekiranya ada orang pula mengatakan bahawa statistik 3.518% ini haruslah mengikut kepada PDM kawasan DUN tersebut, ingin ditekankan bahawa takkan standard DS Anwar Ibrahim setakat kepada PDM itu sahaja.

9a. Takkanlah beliau ingin menjatuhkan martabat beliau daripada Ketua Umum PKR, Ketua Pembangkang di Parlimen kepada martabat yang lebih rendah.

9b. Jika setakat Chegu Bard yang datang mungkinlah bilangan sebegini memadai.

9c. Sudah jatuh martabat seorang Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang di Parlimen ke tahap penceramah politik kampung sahaja.

Isu yang di bawa.

1. TS Khalid dan DS Anwar Ibrahim membawa isu yang hampir sama.

2. Pertama, memuji kepimpinan TS Khalid memimpin selangor sehinggakan mendapat hasil kononnya 2.4B.

3. Kedua, memberitahu bahawa tiada isu air disebabkan oleh hujan yang turun pada hari kejadian.

4. Ketiga, memberitahu yang Sabah bakal jatuh ke tangan Pakatan.

5. Keempat, menjanjikan sekiranya esok menjadi PM, hari ini 3 perkara akan diubah:
  1. Harga minyak akan diturunkan
  2. Hutang PTPTN dan PTPTN dihapuskan
  3. Harga kereta diturunkan
6. Setiap tempat yang DS Anwar Ibrahim pergi, beliau akan menceritakan perkara yang sama sahaja. Dan lebih menarik, beliau akan katakan yang tempat sebelumnya terdapat ribuan orang yang menghadiri.



No comments: