Showing posts with label Mustapha Ali. Show all posts
Showing posts with label Mustapha Ali. Show all posts

Jan 14, 2014

#Eksklusif : Antara Sultan Melaka, #Kangkung dan Mahkamah.

Kecoh diperkatakan di media sosial baru-baru ini tentang perihal kangkung. Ini semua berpunca apabila misalan dan sindiran DS Najib Razak pada hari Ahad yang lalu dipermainkan oleh media pro-pembangkang. Kononnya berita pada malam tersebut dikatakan khas untuk DS Najib mengumumkan harga kangkung turun lalu diminta rakyat untuk memuji kerajaan BN oleh kerana itu.

Saya tidak mahu menceritakan tentang perihal kangkung ini dengan lebih lanjut kerana terlalu muak mendengarnya. Muak bukan kerana diulang-ulang oleh media pro-pembangkang tetapi kerana tiada satupun usaha yang ditunjukkan oleh media pro-kerajaan untuk membalas semula ejekan jahat tersebut. Jika dahulunya, media pro-kerajaan dengan pantas dan tuntas akan melawan semula ejekan jahat tersebut namun kini, seolah-olah pihak media pro-pembangkang sahaja yang wujud di media maya ini.

Apr 28, 2013

#TolakPR : Antara Penjual Pil Kuda, Karl Marx dan Parti Islam SeMalaysia.




1. Nampaknya pertembungan 6 penjuru di Kota Damansara bakal menjadi 5 penjuru sahaja dengan penarikan diri oleh calon PAS.

2. Walau bagaimanapun, SPR tetap tidak akan menerima penarikan diri tersebut dan calon PAS tetap akan tertera di dalam kertas undi.

3. Sebanyak 7 kawasan pada mana terdapat pertindihan antara kerusi PAS dan PKR yang hanya diselesaikan selepas penamaan calon oleh SPR, 20 April yang lepas.

Dec 22, 2012

#TolakPR : PAS & PKR Takut Ditapis SPRM @HDaily09


1. Portal HarakahDaily pada hari ini telah melaporkan bahawa PKR dan PAS menolak cadangan supaya setiap calon perlu ditapis SPRM.

2. Mereka memberi alasan dengan mengatakan SPRM itu sendiri tidak berwibawa, mempersoalkan siapakah individu di dalam SPRM yang akan membuat tapisan tersebut dan pelbagai lagi alasan untuk menolak cadangan tersebut.

Dec 11, 2012

#StrategiJahatPR : Strategi Pembangkang Mensensasikan Isu Saman Khalwat di KB @MalaysiaKini @HDaily09 @TM_Insider


1. Isu saman yang dikeluarkan oleh MPKB ke atas seorang pelanggan dan tukang gunting rambut di Kota Bharu telah menjadi perhatian media baru-baru ini.

2. Kes ini sebenarnya sengaja disensasikan bukan oleh pihak media kerajaan tetapi parti PAS sendiri kerana ingin mengalihkan perhatian orang ramai.