Apr 28, 2013

#TolakPR : Antara Penjual Pil Kuda, Karl Marx dan Parti Islam SeMalaysia.




1. Nampaknya pertembungan 6 penjuru di Kota Damansara bakal menjadi 5 penjuru sahaja dengan penarikan diri oleh calon PAS.

2. Walau bagaimanapun, SPR tetap tidak akan menerima penarikan diri tersebut dan calon PAS tetap akan tertera di dalam kertas undi.

3. Sebanyak 7 kawasan pada mana terdapat pertindihan antara kerusi PAS dan PKR yang hanya diselesaikan selepas penamaan calon oleh SPR, 20 April yang lepas.



4. 7 hari diambil oleh PKR dan PAS untuk menyelesaikan masalah ini. 7 kerusi yang bertindih tersebut akhirnya diselesaikan dengan 4 kerusi diberikan kepada PKR dan baki 3 kerusi lagi kepada PAS.

5. Jelas di dalam pengagihan ini, PKR lah yang menguasai ke atas PAS.


6. Kenyataan Timbalan Presiden PAS mengenai calon PKR sebagai penjual pil kuda dan PSM sebagai pendokong Karl Marx akhirnya memakan diri sendiri apabila beliau terpaksa mengalah kepada kedua-dua parti tersebut.


7. Adakah ini bermakna PAS menyokong penjual pil kuda dan juga Karl Marx yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam?

8. Demi politik akhirnya PAS tersungkur di bawah telapak seorang penjual pil kuda dan juga pendokong idea Komunis Karl Marx yang menyatakan Agama itu Candu.

9. Di dalam ucapan Timbalan Presiden PAS tersebut, beliau telah jelas menyatakan bahawa pendirian beliau di dalam pertindihan tersebut.

10. Selesainya masalah pertindihan ini bermakna pendirian Hj. Hadi telah pun berubah. Beliau kini boleh menerima kehadiran Penjual Pil Kuda dan juga pendokong Karl Marx. Malahan, calon di Kota Damansara tersebut adalah ahli PSM yang bertanding di bawah tiket PKR.


11. Adakah tindakan seperti ini jelas menunjukkan betapa pincangnya pakatan antara PAS, PKR dan DAP?

12. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

1 comment:

Anonymous said...

Apa nak buat...

PAS MEMANG BODOH