Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts

Nov 10, 2012

@FuHas_Tweet - @N_Izzah ikut kepercayaan bapanya, pluralisme #SamanKami



KENYATAAN MEDIA YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI

Dalam isu melibatkan kebebasan memilih agama termasuk penganut agama Islam seperti yang dinyatakan oleh Nurul Izzah, ramai pihak telah mengemukakan pandangan masing-masing.

Jelas kelihatan ada dua pandangan daripada dua kumpulan. Pertama, pandangan yang menyokong dan mempertahankan pendirian Nurul Izzah. Kedua, pandangan ahli-ahli akademik yang berautoriti dan pimpinan masyarakat yang menyanggah kenyataan Nurul Izzah. Nurul Izzah disifatkan sebagai jahil dalam agama Islam disamping umur yang terlalu muda untuk mengulas hal-hal akidah yang begitu berat konotasi dan implikasi.

Nov 8, 2012

@N_IZZAH KEMPEN SAMAN KAMI! #SAMANKAMI


1. SAMAN KAMI! sekiranya anda bersetuju bahawa Melayu berhak untuk memilih agamanya sendiri!

2. SAMAN KAMI! sekiranya anda mahukan generasi Melayu akan datang tidak lagi beragama Islam!

3. SAMAN KAMI! sekiranya anda mahukan keluarga Melayu akan datang akan berpecah-belah!

4. SAMAN KAMI! jika anda bersetuju dengan Islam Liberal versi Nurul Izzah dan Papanya!

5. SAMAN KAMI! sekiranya anda marah kami menegur politikus yang memperjuangkan Plurisma agama!

6. SAMAN KAMI! sekiranya anda seorang Melayu yang mahu MENUKAR agama lain!

Kami tolak Nurul Izzah!

Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara

Oct 29, 2012

PKNS Dilelong, Yayasan Selangor Dirompak, UNISEL Digadaikan, Talam Diselamatkan! @Khalid_Ibrahim

Siapa yang mengawal Khalid?
1. Kerajaan PKR Selangor baru-baru ini telah mewartakan untuk melelong 5 aset PKNS iaitu:

  • Menara PKNS Petaling Jaya (RM 90 juta)
  • Pusat Konvensyen Shah Alam (RM 97 juta)
  • Kompleks PKNS Shah Alam (RM 85 juta)
  • Kompleks PKNS Bangi (RM 42 juta)
  • Wisma Yakin (RM 7 juta)

2. Dengan jumlah keseluruhannya adalah RM 321 juta.

3.  Tindakan ini telah menyebabkan beberapa NGO dan persatuan bertindak balas terhadap TS Khalid Ibrahim serta menyifatkan tindakan itu mencabul matlamat asal penubuhan PKNS untuk memastikan pembangunan sosioekonomi rakyat dapat dibangunkan dengan seimbang.

4. Apabila premis-premis ini terjual, pemilik baru sama sekali tidak akan memikirkan tanggung jawab sosial serta nasib penyewa bumiputera terutamanya.

5. Exco negeri Selangor yang terdiri daripada 5 orang bukan bumiputera terutamanya Teresa Kok yang memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan ternyata menjadi dalang disebalik kejadian-kejadian yang berlaku di negeri Selangor ini.


Aug 10, 2012

Lagi Q&A Untuk Krisis Air Selangor #savesgor #khalid_watergate




1. TS Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan beberapa dakwaan berikutan Krisis Air di Selangor. Berikut adalah kenyataan mereka dan jawapan kepada kenyataan-kenyataan mereka.

Q.
Krisis air tidak akan berlaku pada 2014.
A.
Krisis air sudah pun berlaku dan menurut pandangan profesional daripada Puncak Niaga, bekalan air akan berada pada tahap kritikal dalam tempoh masa 10-12 bulan lagi jika keadaan berterusan sebegini.

Q.
Tanggungjawab Kerajaan Pusat dan SYABAS untuk menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset-aset air di Selangor.

A.
Kerajaan Negeri Selangor adalah pemilik aset-aset air negeri Selangor yang telah diberi kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), bertanggung jawab bagi memastikan ketersediaan air di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Q.
Tidak ada keperluan catuan air di dalam masa terdekat jelas menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air, sekali gus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

A.
Tiada keperluan catuan pada masa ini bukan bermakna tiada krisis yang akan berlaku pada 2014. Malah Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek migitasi untuk mengelakkan krisis air berikutan kedegilan Kerajaan Negeri Selangor.

Q.
Tindakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 bertujuan untuk memastikan kroni UMNO-BN mendapat kontrak pembinaan.

A.
Tender belum lagi dikeluarkan kerana bantahan dari Kerajaan Negeri Selangor malah Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan secara tender terbuka dan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dialu-alukan untuk menyertai tender.

Q.
Tahap takungan air di 7 empangan berada di tahap maksimum.
A.
Masalah bukan terletak kepada kapasiti empangan tetapi kepada kapasiti Loji Rawatan Air memproses air mentah kepada air terawat.

Q.
Tarif air akan naik andai Projek Langat 2 diteruskan.

A.
Adalah tanggung jawab kerajaan negeri untuk mewartakan tarif air bukannya Kerajaan Persekutuan. Air percuma adalah kurniaan Kerajaan Negeri tetapi jika naik tarif pula kerja Kerajaan Persekutuan. Logikkah?

Dan perlu diingatkan bahawa sekiranya lebih lama projek Loji Rawatan Air Langat 2 tertangguh, lebih lama masalah air dapat diselesaikan kerana tempoh pembinaan dan boleh operasi loji tersebut akan memakan masa 3-4 tahun.


2. Demi untuk memastikan bahawa Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mempunyai bekalan air yang mencukupi, TS Muhyiddin Yassin hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Projek Langat 2 akan diteruskan tanpa persetujuan Kerajaan Negeri Selangor menerusi PABB.

3. Tetapi, untuk memastikan dalam masa terdekat ini tiada gangguan bekalan air kepada rakyat, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM606 juta untuk tujuan migitasi.

4. Satu pembaziran duit rakyat hanya kerana TS Khalid Ibrahim enggan memberikan kerjasama dengan  Kerajaan Persekutuan.          

May 15, 2012

Realiti Sebenar Pandangan DAP terhadap Melayu




1. Baru-baru ini, dunia DAP tergoncang sedikit apabila Timbalan Presidennya, Yang Mulia Tunku Aziz menyatakan prinsip beliau terhadap Bersih 3.0.

2. Beliau menterjemahkan Bersih 3.0 sebagai satu perbuatan yang merbahaya dan boleh membawa impak negatif terhadap keselamatan negara.

3. Pandangan ini tidak diterima dengan baik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

4. Di dalam DAP, Lim Guan Eng hanya memegang jawatan Setiausaha Agung, tetapi kata-kata beliau membawa lebih impak daripada Tunku Aziz.

5. Jelas menunjukkan bahawa DAP hanya mencaturkan Tunku Aziz sebagai Timbalan Presiden semata-mata untuk meraih undi Melayu.


6. Gambar di atas adalah pucuk kepimpinan tertinggi DAP di peringkat kebangsaan. Hanya terdapat 2 orang sahaja daripada kaum Melayu.

7. Jelas menunjukkan bahawa keluarga Lim Kit Siang yang sebenarnya menguasai DAP sebenarnya. Kewujudan kaum lain hanya untuk menunjukkan yang kononnya DAP adalah sebuah parti demokrasi dan tidak memilih antara kaum.

8. Hak kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan oleh DAP ini adalah omongan semata-mata dan hanya terpakai untuk menyokong kepentingan mereka sahaja. Jika ada orang lain yang tidak bersependapat dengan mereka, maka hak kebebasan bersuara mereka terbatal serta-merta.

9. DAP yang sebenarnya merompak rakyat daripada Hak Kebebasan Berfikir. Ramai rakyat yang tertipu dengan manipulasi yang dimainkan oleh DAP. Ini termasuklah mahasiswa-mahasiswi kini yang telah diracu pemikirannya oleh DAP yang kononnya Kerajaan BN pada hari ini merampas hak kebebasan bersuara.

10. Saya sangat berharap agar mahasiswa-mahasiswi yang dimanipulasi oleh Pakatan Pembangkang ini dapat berfikir sejenak adakah mereka ini di landasan yang benar. Gunakanlah hak berfikir sebelum hak bersuara.



11. Sudah-sudahlah anak Melayu ini diperkudakan oleh kaum lain. Cukup-cukuplah PAS bertolak ansur dengan DAP. Sudah masanya untuk bangsa Melayu ini kembali bersatu menentang musuh yang sebenar.

12. "Tergadai seluruh harta-benda, akibat sengketa sesama kita" 

Dec 24, 2011

Pembohongan Terbesar PAS

1. Menubuhkan Negara Islam merupakan perjuangan sebuah Parti politik yang dinamakan PAS.

2. Tetapi baru-baru ini ditukar pula kepada Negara Berkebajikan.

3. Hujahnya kerana Al-Quran tidak pernah sebut penubuhan negara Islam.

4. Tidak kira untuk menubuhkan Negara Islam ataupun Negara Berkebajikan, yang pertama PAS perlu lakukan adalah dengan memegang kuasa ataupun senang kata menjadi kerajaan.

5. Kunci utama untuk membentuk sebuah kerajaan persekutuan di Malaysia terkandung di dalam perkara 43 perlembagaan persekutuan.

6. Secara ringkas tentang perkara 43 menyebut bahawa terlebih dahulu YDPA hendaklah melantik seorang Perdama Menteri yang pada hematnya mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat.

7. Inilah pembohongan terbesar PAS.

8. Bagaimana? Kita perlu teliti perkara 43 ini terlebih dahulu.

9. YDPA melantik Perdana Menteri. Perdana Menteri pula mesti dari kalangan ahli Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat itu pula mesti mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli dewan tersebut.

10. Ahli Dewan Rakyat terdiri daripada 222 orang ahli mewakili 222 ahli parlimen yang dipilih semasa Pilihanraya.

11. Yang dikatakan 'sebilangan besar' adalah jumlah yang lebih dari saingan. Dalam kes ini terdapat PAS bersaing dengan BN sahaja.

12. Maka kerusi yang PAS harus menang ialah 112 kerusi; iaitu 1 kerusi lebih dari separuh jumlah kerusi parlimen.

13. PAS tidak boleh mengharapkan sumbangan kerusi dari PKR dan juga DAP kerana matlamat ketiga-tiga parti berlainan.

14. Pakatan Rakyat yang dilaungkan juga tidak wujud. Sekadar buah mulut sahaja. PR menjanjikan draf perlembagaan akan dikeluarkn selewat-lewatnya Februari 2010. Tetapi sehingga kini tidak ada berita langsung.

15. Buktinya, bila satu kawasan bertanding, wakil UMNO vs wakil PAS. Wakil dari UMNO menggunakan logo dacing BN kerana wujud sepakatan antara UMNO, MCA, MIC dan lain-lain. Tetapi, adakah PAS menggunakan logo Pakatan Rakyat? Tentu tidak, kerana tidak wujud Pakatan Rakyat secara sah.

16. Suka atau tidak untuk mewujudkan sebuah negara Islam ataupun berkebajikan, PAS perlu menghantar sekurang-kurangnya 112 kerusi dan perlu menang SEMUA kerusi yang dipertandingkan tersebut.

17. Realitinya, adakah PAS berbuat sedemikian?

18. Jika dikaji, PAS TIDAK menghantar kerusi yang cukup. Pilihanraya Umum ke-12 menampakkan yang PAS cuma menghantar 67 kerusi sahaja untuk dipertandingkan.

19. Jika menang semua pun Negara Islam memang tidak akan menjadi kenyataan.

20. Jika dilihat sejarah sekalipun, sejak dahulu memang PAS tidak pernah hantar kerusi cukup untuk dipertandingkan.

21. Ini adalah pembohongan terbesar PAS yang hanya mahukan kerusi Parlimen untuk kepentingan diri tanpa mengira kepentingan rakyat mahupun Agama Islam itu sendiri.

22. PAS hanya menggunakan Agama Islam sebagai 'modal' untuk meraih keuntungan peribadi.

23. Jika dibandingkan dengan Barisan Nasional, ternyata BN lebih mementingkan rakyat kerana menghantar 222 calon untuk 222 kerusi parlimen.

24. UMNO ternyata mengetuai BN kerana menghantar 117 calon untuk dipertanding. Lebih daripada mana-mana parti komponen yang lain.

25. Daripada 67 kerusi yang dihantar oleh PAS, hanya 23 kerusi sahaja yang berjaya ditawan.

26. Jika dibandingkan dengan sahabat PR yang lain; DAP 29 kerusi, PKR 31 kerusi (pada 8hb Mac 2008, terkini cuma 25 sahaja); ternyata PAS yang paling kecil bilangannya.

27. Dilihat pada bilangan kerusi, ternyata 'Abang Besar' PR ialah DAP.

28. Buktinya, segala isu yang dibangkitkan oleh DAP tentang hal-hal sensitif masyarakat Malaysia, PAS terpaksa akur seperti lembu dicucuk hidung.

29. Isu kalimah Allah, bible dalam bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, bahasa Melayu, Tanah Rizab Melayu, lesen Arak dan Judi serta banyak lagi isu tidak dapat PAS pertahankan sama sekali.

30. Malahan hasil di Negeri Kedah dan Kelantan dirobek dengan rakus oleh DAP pun terpaksa dilihat sahaja.

31. Jentera PAS pula diperkudakan oleh DAP dengan semaksimum mungkin.

32. Jika diperhatikan, yang menjadi buruh untuk jentera DAP adalah penyokong PAS kerana mereka ini tidak perlu dibayar dan boleh dikerahkan ke mana-mana sahaja serta akan menurut segala kata pemimpin PAS.

33. Dikaji dengan lebih dalam lagi, jumlah kerusi bukan Melayu di dalam PR jauh lebih banyak daripada jumlah kerusi Melayu. Kuasa tidak terletak pada orang Melayu yang beragama Islam.

34. Saya sangat memohon terutamanya kepada golongan Mahasiswa untuk bangkit dan sedar apa yang berlaku sebenarnya dan jangan ditipu lagi. Sedar akan kenyataan yang berada dihadapan mata. Jangan terlalu taksub dan jumud sehingga perasaan benci terhadap kerajaan itu menguasai diri sehinggakan tidak tahu yang mana betul dan yang mana salah. Islam tidak mengajar untuk manusia membenci antara satu sama lain.

35. Memang BN ada kelemahan sendiri tetapi setakat ini BN sahaja pilihan terbaik intuk mengekalkan keamanan, lemakmuran Agama Islam dan kepentingan orang Melayu.