1. Baru-baru ini, dunia DAP tergoncang sedikit apabila Timbalan Presidennya, Yang Mulia Tunku Aziz menyatakan prinsip beliau terhadap Bersih 3.0.
2. Beliau menterjemahkan Bersih 3.0 sebagai satu perbuatan yang merbahaya dan boleh membawa impak negatif terhadap keselamatan negara.
3. Pandangan ini tidak diterima dengan baik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
4. Di dalam DAP, Lim Guan Eng hanya memegang jawatan Setiausaha Agung, tetapi kata-kata beliau membawa lebih impak daripada Tunku Aziz.
5. Jelas menunjukkan bahawa DAP hanya mencaturkan Tunku Aziz sebagai Timbalan Presiden semata-mata untuk meraih undi Melayu.
6. Gambar di atas adalah pucuk kepimpinan tertinggi DAP di peringkat kebangsaan. Hanya terdapat 2 orang sahaja daripada kaum Melayu.
7. Jelas menunjukkan bahawa keluarga Lim Kit Siang yang sebenarnya menguasai DAP sebenarnya. Kewujudan kaum lain hanya untuk menunjukkan yang kononnya DAP adalah sebuah parti demokrasi dan tidak memilih antara kaum.
8. Hak kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan oleh DAP ini adalah omongan semata-mata dan hanya terpakai untuk menyokong kepentingan mereka sahaja. Jika ada orang lain yang tidak bersependapat dengan mereka, maka hak kebebasan bersuara mereka terbatal serta-merta.
9. DAP yang sebenarnya merompak rakyat daripada Hak Kebebasan Berfikir. Ramai rakyat yang tertipu dengan manipulasi yang dimainkan oleh DAP. Ini termasuklah mahasiswa-mahasiswi kini yang telah diracu pemikirannya oleh DAP yang kononnya Kerajaan BN pada hari ini merampas hak kebebasan bersuara.
10. Saya sangat berharap agar mahasiswa-mahasiswi yang dimanipulasi oleh Pakatan Pembangkang ini dapat berfikir sejenak adakah mereka ini di landasan yang benar. Gunakanlah hak berfikir sebelum hak bersuara.
11. Sudah-sudahlah anak Melayu ini diperkudakan oleh kaum lain. Cukup-cukuplah PAS bertolak ansur dengan DAP. Sudah masanya untuk bangsa Melayu ini kembali bersatu menentang musuh yang sebenar.
12. "Tergadai seluruh harta-benda, akibat sengketa sesama kita"
No comments:
Post a Comment