May 22, 2012

Anwar, Azmin, Chegu Bad Didakwa, Sivarasa Yang Melatah

Anwar Didakwa
1. Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin telah didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 22 Mei 2012 jam 9.00 pg.

2. Ia adalah berikutan penglibatan ketiga-tiga pemimpin PKR ini semasa Perhimpunan Bersih 3.0 28 april yang lepas.

3. Mereka akan dikenakan tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

Tuduhan R.Sivarasa

4. Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa telah membuat kenyataan bahawa ini adalah tindakan Peguam Negara atas perintah Kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang Anwar Ibrahim setelah gagal dalam kes tuduhan liwat.

5. R. Sivarasa juga mendakwa bahawa tuduhan ini adalah bermotifkan politik dan berniat untuk menghalang misi PKR daripada merampas Putrajaya. Malah beliau akan menggerakkan rakyat Malaysia untuk membantah penyalahgunaan kuasa dan manipulasi institusi-institusi yang ada.

Ulasan

1. Sekali lagi PKR telah menyalahkan kerajaan BN di atas tindakan yang dilakukan oleh pemimpin PKR ini.

2. Klip video di bawah jelas menunjukkan pencetus kepada rempuhan pada Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu adalah Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan juga Chegu Bad.



3. R.Sivarasa juga patut didakwa di bawah akta tersebut kerana telah menyatakan hasrat beliau untuk 'menggerakkan' rakyat Malaysia untuk membantah kerajaan.

4. Penggunaan perkataan 'rakyat' juga disensasikan oleh Pihak Pakatan pada mana sekumpulan minoriti manusia yang merupakan penyokong tegar kepada Pakatan ini dilabelkan sebagai seluruh 'rakyat' Malaysia.

5. Penggunaan perkataan 'rakyat' ini juga memberikan satu impak positif kepada pergerakan Pakatan ini yang bersifat subversif.

6. Jelas Bernama telah melaporkan bahawa jumlah penyokong Bersih 3.0 hanyalah 22,000 sahaja. Meletakkan label 22,000 ini sebagai 'rakyat' Malaysia telah mengubah persepsi pembaca dan juga mereka yang berada di atas pagar.

7. Dakwaan oleh Peguam Negara tersebut tidak bersifat politikal sama sekali kerana jelas Anwar Ibrahim telah menggerakkan keganasan yang berlaku pada Bersih 3.0

8. Kenyataan R.Sivarasa yang sebenarnya bermotifkan politik kerana menidakkan dakwaan tersebut.

9. R.Sivarasa sepatutnya sedar kembali dengan tanggung jawab yang beliau ada sebagai seorang peguam dengan meletakkan keadilan itu terlebih dahulu daripada kepentingan parti.

10. Memang benarlah dakwaan Khairul Azam, seorang peguam yang mendakwa Majlis Peguam dipengaruhi oleh pembangkang dan keadilan sebenar tidak dipraktiskan oleh Majlis Peguam.

11. Integriti Majlis Peguam ini perlu dikembalikan semula.

12. Gunakan hak untuk berfikir sebelum hak untuk bersuara.

No comments: