Showing posts with label Kristian. Show all posts
Showing posts with label Kristian. Show all posts

Dec 24, 2012

#TolakPR : @CMLimguaneng mahu melaga-lagakan antara umat Islam dan Kristian


1. Setelah sekian lama isu ini dimatikan, nampaknya Lim Guan Eng dengan beraninya mengeluarkan kenyataan menggesa supaya perkataan Allah dapat diguna pakai untuk penganut agama Kristian bagi merujuk kepada Tuhan mereka.

2. Sekali lagi taktik kotor pembangkang khasnya DAP digunakan supaya menimbulkan kemarahan umat Islam terhadap penganut agama Kristian.

Nov 11, 2012

@N_Izzah & @AnwarIbrahim Agen Yahudi Interfaith Commission (IFC)? #SamanKami



Diharapkan agar para pembaca dapat menonton klip video di atas dengan sepenuhnya sebelum membaca artikel ini bagi memahami apa itu InterFaith Commision (IFC), sejarah penubuhannya dan penglibatan individu-individu yang tertentu.

Sep 15, 2012

Lagi Bukti Dalang Kepada Rusuhan Terhadap Filem Menghina Nabi


1. Klip video di atas adalah temuramah antara CNN dan penasihat calon Presiden AS dari parti Republikan, Mitt Romney.

2. Jelas menunjukkan bahawa penasihat Romney mengkritik polisi asing Obama yang lemah sehinggakan terbunuhnya Duta AS, Chris Stevens.

3. Malah Romney juga telah mengkritik polisi asing Obama sebagai celaru dan juga amatur. (Baca di sini)

Sep 13, 2012

ANALISIS: Rusuhan Filem Menghina Nabi Konspirasi Amerika Syarikat!



1. Semalam menyaksikan bumi Mesir dan Libya bergegar dengan demonstrasi di Kedutaan AS menentang penerbitan filem yang dikatakan menghina Nabi.

2. Akibat daripada demonstrasi tersebut, seorang Duta AS ke Libya, Chris Stevens telah terbunuh beserta dengan beberapa lagi warga AS yang lain.

3. Ini adalah satu perkara yang sebenarnya tidak boleh dibanggakan oleh orang Islam.

4. Kerana apa?

5. Kerana rusuhan, demonstrasi ini sebenarnya telah dirancang oleh pihak AS sendiri termasuk dengan kematian-kematian warga AS itu sendiri

6. Ini disebabkan oleh pilihanraya Presiden yang sedang berlaku di AS.

7. Persaingan antara Mitt Romney dan Barack Obama kelihatan semakin sengit, dan baru-baru ini sahaja Obama dapat memintas populariti Mitt Romney.

8. Seperti yang berlaku pada perang Vietnam dahulu, rusuhan ini telah dirancang untuk memberikan satu platform untuk pihak Republikan, iaitu dengan calonnya Mitt Romney untuk mengambil semula kerusi Presiden AS.

Obama VS Romney

9. Obama akan dilihat sebagai tidak mampu untuk bertindak membela kematian-kematian warga AS di Libya dan Mitt Romney yang memang dikenali sebagai seorang Kristian Mormon akan mendapat tempat sebagai pembela warga AS terutamanya yang cenderung kepada agama.

10. Dan Mitt Romney sudahpun menyelar kelemahan pentadbiran Obama akibat kes ini. (Baca di sini)

Romney tersenyum setelah memberi komen terhadap pentadbiran Obama berikut kes rusuhan  tersebut.
11. Dan yang lebih menarik, rusuhan ini berlaku pada 12hb September, sehari selepas ulang tahun ke-11 serangan World Trade Centre 11hb September 2001. Psikologi umum warga AS yang sedang mengingati peristiwa itu dimomokkan lagi dengan senario yang berlaku di Mesir dan Libya.

12. Nampaknya sekali lagi Dunia Islam menjadi alat kepada politik yang berlaku di AS. Usaha untuk memulihkan imej Islam sebagai agama yang aman nampaknya telah dicalarkan lagi dengan peristiwa sebegini.

Aug 15, 2012

Nasharudin Mat Isa: Bukti PAS menolak ISLAM!

Sudah lama tidak kelihatan Ust. Nasharudin begitu ceria
1. Setelah gambar Ustaz Nasharuddin Mat Isa berjumpa dengan DS Najib semasa mengerjakan umrah tersebar di facebook, terdapat banyak andaian yang mengatakan bahawa Ust. Nasha akan meninggalkan PAS.

2. Kemudian beliau tampil pula dihadapan TV dengan membawa mesej yang tidak begitu popular di kalangan pemimpin PAS; PAS perlu tinggalkan PR jika terdapat tentangan dari DAP mengenai isu hudud.

3. Dan tidak lama selepas itu, HarakahDaily pula mengeluarkan satu kenyataan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Mohd Nuri Mat Yaakob (baca di sini) dengan hebatnya menyelar kenyataan Ust. Nasha tersebut.


4. Yang menjadi pokok persoalan, adalah Ust. Nasha hanya mencadangkan perkara tersebut JIKA ditentang oleh DAP.


5. Dan DPPNK terus mengeluarkan kenyataan ini "Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti." Begitu sayang PAS kepada Karpal Singh, Lim Kit Siang dan rakan-rakan lain dari DAP.

6. PAS ketika ini sudah terang-terangan menentang Islam dan golongan Ulama. Golongan Erdogan dan Anwarinas diangkat dan disanjung seperti Mat Sabu, Husam Musa, Mahfuz Omar dan lain-lain.

7. Sebelum itu, kita perlu ingat kembali bahawa Ust. Nasha juga mengeluarkan kenyataan yang juga tidak popular; perlu adanya Kerajaan Perpaduan antara BN dan PAS untuk menjaga kesejahteraan Agama Islam.

Ust Nasha terkedu memikirkan ancaman yang dibawa DAP
8. Tetapi yang cadangan beliau ini ditentang hebat oleh kepimpinan tertinggi parti, terutamanya Nik Aziz Nik Mat. Malah, Nik Aziz pernah menyebut bahawa kenyataan Ust. Nasharudin bukanlah kenyataan PAS. Malah Nik Aziz turut menggelar Ust. Nasha sebagai 'sampah'.

Nik Aziz menghalau Ust. Nasha dengan kejam
9. Dan sejak daripada itu, beliau mula dipinggirkan oleh kepimpinan PAS sehingga kini.

10. Sebenarnya, beliau sudah awal-awal lagi dapat meramalkan kebangkitan kuasa politik DAP.

11. Dan sejak daripada keputusan PRU 12 dibacakan, negara kita menghadapi pelbagai isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama, kaum, bahasa dan lain-lain yang sebelum ini tidak pernah kedengaran.

12. Isu murtad, isu bible bahasa Melayu, Seksualiti Kemerdekaan, isu kalimah Allah, dan bermacam-macam lagi yang mencabar agama Islam sebagai agama persekutuan.

13. Isu murtad yang berlaku di DUMC yang cuba didedahkan oleh Hasan Ali turut dikecam oleh PR atas desakan DAP. Yang lebih menghairankan, PAS juga turut menyokong desakan-desakan oleh DAP terhadap Hasan Ali.

14. Adakah Ust. Nasha perlu berharap lagi agar PAS boleh mendengar saranan beliau? Ataupun sudah tiba masanya Ust. Nasha melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan lama dahulu.

15. Kemudian, selepas Ust. Nasha mungkin tiba giliran Ust. Harun Din pula? Sama-sama kita nantikan~!


Aug 10, 2012

Senario Isu Hudud di Malaysia dijelaskan!

1. Sebelum menerangkan persoalan hudud, ada beberapa perkara yang anda perlu jelas terlebih dahulu.

Soalan
Apakah Sistem Pentadbiran Negara Malaysia?
Jawapan
Raja Berperlembagaan Demokrasi Berparlimen

Soalan
Siapakah Ketua Negara Malaysia?
Jawapan
Yang Dipertuan Agong

Soalan
Bagaimanakah Kerajaan Dipilih?
Jawapan
Melalui Pilihanraya Umum. Undi Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, Undi Dewan Undangan Negeri untuk Kerajaan Negeri

Soalan
Berapakah kerusi Parlimen yang ada?
Jawapan
222 kerusi parlimen

Soalan
Berapa kerusi perlu ada untuk membentuk kerajaan?
Jawapan
Majoriti mudah - 112 kerusi (1/2+1 daripada jumlah kerusi Parlimen)

Soalan
Berapa kerusi perlu ada untuk menggubal Perlembagaan?
Jawapan
Majoriti 2/3 - 148 kerusi

Soalan
Bagaimana PAS hendak membentuk Kerajaan Islam/Berkebajikan sedangkan ia bertanding kurang daripada 112 kerusi?
Jawapan
Mustahil walaupun menang semua kerusi. PAS hanya bertanding 66 kerusi Parlimen dan bercita-cita untuk menjadi Kerajaan Persekutuan.

Soalan
Adakah kepimpinan PAS sedar tentang perkara ini (memerlukan sekurang-kuranganya 112 kerusi)
Jawapan
Mereka ahli politik, sudah tentu mereka tahu. Yang penting ahlinya tidak perlu tahu.

Soalan
Bagaimana pula untuk melaksanakan hudud?
Jawapan
a. Perihal Agama Islam terletak kepada Sultan Negeri masing-masing. Yakni, di bawah Kerajaan Negeri.

b. PAS telahpun mewartakan satu enakmen Undang-Undang Jenayah II Negeri Kelantan pada 1993 dan telah ditandatangani oleh YM Sultan Ismail Petra, tetapi tidak dilaksanakan.

c. Daripada 7 hukum hudud itu, salah satu darinya dibuang dan tidak diguna pakai (Bughah)

Pengertian bughah Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)

Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)


d. Liwat ditaksirkan kepada orang lain tetapi isteri sendiri tidak mengapa.

Soalan
Jika di peringkat Persekutuan, bagaimana untuk laksanakan?
Jawapan
Perlu mendapat 2/3 kerusi di Dewan Rakyat dan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Bagaimana hendak pinda dengan menang 23 kerusi sahaja pada PRU 12?

Soalan
Mungkinkah berlaku?
Jawapan
Boleh sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 148 ahli Dewan Rakyat beragama Islam. Buat masa ini mustahil kerana Melayu berpecah di Parlimen.

Soalan
Apa yang perlu dilakukan?
Jawapan
PAS perlu kembali ke dalam BN seperti tahun 1973 di bawah kepimpinan Dr. Asri Muda.

Soalan
Mengapa tahun 1973 tidak dilaksanakan hudud?
Jawapan
Kerana masih tidak cukup kerusi 2/3 kerana dipecahkan oleh parti Gerakan (bukan Islam) ketika itu.

Soalan
Adakah DAP wajib ditolak oleh orang Islam?
Jawapan
Wajib. Kerana terang-terangan menentang Islam dan mempunyai agenda tersembunyi untuk membawa elemen Kristian di dalam negara.


Kenyataan Ulama ini tidak akan diguna pakai oleh PAS
Soalan
Bagaimana pula dengan MCA? Bukankah Chua Soi Lek pernah mendakwa akan menentang pelaksanaan hukum hudud.
Jawapan
a. MCA masih lagi di dalam BN dan dipimpin oleh orang Islam; DS Najib Razak. Maka selagi mana beliau belum mengeluarkan MCA daripada BN, maka selagi itu beliau perlu bersetuju dengan Presiden BN.

b. Dan kita perlu tahu bahawa orang Cina tidak lagi mempercayai MCA boleh membela kaum mereka. Maka dengan itu, MCA perlu bertindak dan menampakkan diri agresif dalam mebela kaum Cina. Ini adalah salah satu cara untuk menampakkan secara persepsi bahawa MCA juga seberani DAP.

c. Janganlah orang Melayu melatah dengan kenyataan sebegini kerana ini permainan politik orang Cina.

d. Tetapi jika MCA benar keluar daripada BN dan membawa agenda anti-hudud, maka mereka juga wajib ditentang sebagaimana DAP ditentang ketika ini.

2. DAP, PKR dan PAS tidak berada di bawah organisasi yang sah ataupun berdaftar. Pakatan Rakyat sebenarnya tidak pun wujud dan hanyalah cakap mulut kosong sahaja. PAS menjanjikan draf perlembagaan Pakatan Rakyat pada 2 Februari 2009, tetapi sehingga kini masih tidak ada.

3. DAP tidak berada di bawah kepimpinan orang Islam, maka ia tidak perlu untuk akur kepada PAS langsung menyebabkan ia menjadi satu entiti untuk ditentang bersama.

Mengapa bukan PAS yang mahu keluar, sebaliknya menyuruh DAP yang keluar?
4. PAS pula bersikap 'mengalah' dengan kepimpinan DAP dan setiap kali Presiden DAP, Karpal Singh membuat kenyataan menentang Islam, PAS tidak akan respon dengan agresif seperti mana respon kepada parti UMNO.
Karpal Singh mengingatkan PAS untuk menjaga ahli yang berpangkat rendah

5. Kita perlu sedar bahawa ketika ini orang Melayu hanya tinggal kuasa memerintah sahaja. Ekonomi, sosial, pendidikan terletak pada orang lain. Kita harus bersyukur kerana  kita boleh beribadah dengan selesa tanpa halangan daripada orang lain.

6. Yang menghalang diri kita untuk beribadah ketika ini adalah diri kita sendiri sahaja. Bukannya orang lain. Tidak seperti di negara lain di mana hendak beribadah pun disekat dan dihalang malah dibunuh.

7. Terdapat banyak perkara semenjak tahun 2008 yang berlaku menyentuh keperihalan orang Melayu dan Agama Islam. Diharapkan agar orang Melayu dapat membuka mata kepada realiti sebenar yang berlaku ketika ini.

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Surah al-Hajj ayat 46)

Aug 1, 2012

Lagu Janji Ditepati Mirip Lagu Gospel True Worshipper "Serukan Namanya"





1. Baru-baru ini blogger Pro-Pembangkang Milo Suam mengeluarkan artikel tentang lagu Janji Ditepati seakan-akan lagu Gospel True Worshipper.

2. Sekali imbas dengar memang seakan-akan dengarnya, dan sekiranya tidak dipasang serentak, akan dapat dengar bezanya.

3. Mungkin benar pencipta melodi lagu ini benar-benar mengambil inspirasi daripada lagu gospel ini, ataupun mungkin sahaja satu kebetulan. (Saya secara peribadi tidak percaya kepada kebetulan kerana setiap kejadian ada hikmahnya)

4. Belum reda isu logo dipersoalkan, isu lagu pula dipermainkan.

5. Sekiranya dikaji secara politikal, sebenarnya kedua-dua isu yang dimainkan ini tidaklah melibatkan polisi ataupun skandal. Ia sekadar persepsi yang disensasikan dengan begitu hebat.

6. Isu-isu ini tidak berkait dengan janji-janji yang BN sudahpun laksanakan.

7. Kebangkitan isu-isu sebegini adalah untuk mengalihkan perhatian (diversion) umum daripada isu sebenarnya berlaku ketika ini.

8. Isu air di Selangor, isu syiah di kalangan PAS, isu hutang Talam Corp, isu penguasaan DAP di dalam PAS melalui DHPP, dan banyak lagi kelemahan-kelemahan Pembangkang yang cuba dialihkan oleh cybertroopers Pembangkang ini.

9. Maka ramai daripada bloggers, facebookers, twitterers Pro-Kerajaan tidak lagi fokus dengan pendedahan-pendedahan tentang isu yang serius ini sebaliknya bertepuk-tampar dengan isu-isu picisan sebegini. Berjayakah pengalihan tersebut? Kita nilai melalui trend yang berlaku kini.

10. Pengalihan ini adalah teknik propagandan yang biasa digunakan oleh Pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim apabila beliau gagal menjelaskan isu-isu mengenai beliau.

11. Isu Bersih 3.0 dilupakan, isu jam omega dilupakan, isu Badrul Amin berkhalwat dilupakan, isu Salahuddin Nasir menghina polis dilupakan, isu Faekah dilupakan, isu Latifah dilupakan, isu Samsidar dilupakan, dan beribu macam isu lain yang didedahkan oleh bloggers, facebookers, twitterers Pro-Kerajaan semuanya dilupakan.

12. Sebaliknya isu logo dan lagu ini disensasikan seolah-olah berlaku satu kepincangan besar dari segi moral, pengurusan, polisi dan sebagainya.

13. Rakyat Malaysia masih belum matang berpolitik, selagi kematangan tersebut belum tercapai, selagi itulah kita bermain dengan politik persepsi ini.

14. Dan malangnya, Kerajaan bawah pimpinan DS Najib ini gemar sungguh menari mengikut paluan gendang Pembangkang.

15. Tambahan: tidak pelikkah belum lagi dilancarkan secara rasmi logo dan lagu, begitu cepat pendedahan mengenainya dikeluarkan. Macam orang dalaman cuba sabotaj sahaja, iya tidak?