1. Semalam menyaksikan bumi Mesir dan Libya bergegar dengan demonstrasi di Kedutaan AS menentang penerbitan filem yang dikatakan menghina Nabi.
2. Akibat daripada demonstrasi tersebut, seorang Duta AS ke Libya, Chris Stevens telah terbunuh beserta dengan beberapa lagi warga AS yang lain.
3. Ini adalah satu perkara yang sebenarnya tidak boleh dibanggakan oleh orang Islam.
4. Kerana apa?
5. Kerana rusuhan, demonstrasi ini sebenarnya telah dirancang oleh pihak AS sendiri termasuk dengan kematian-kematian warga AS itu sendiri
6. Ini disebabkan oleh pilihanraya Presiden yang sedang berlaku di AS.
7. Persaingan antara Mitt Romney dan Barack Obama kelihatan semakin sengit, dan baru-baru ini sahaja Obama dapat memintas populariti Mitt Romney.
8. Seperti yang berlaku pada perang Vietnam dahulu, rusuhan ini telah dirancang untuk memberikan satu platform untuk pihak Republikan, iaitu dengan calonnya Mitt Romney untuk mengambil semula kerusi Presiden AS.
Obama VS Romney |
9. Obama akan dilihat sebagai tidak mampu untuk bertindak membela kematian-kematian warga AS di Libya dan Mitt Romney yang memang dikenali sebagai seorang Kristian Mormon akan mendapat tempat sebagai pembela warga AS terutamanya yang cenderung kepada agama.
10. Dan Mitt Romney sudahpun menyelar kelemahan pentadbiran Obama akibat kes ini. (Baca di sini)
Romney tersenyum setelah memberi komen terhadap pentadbiran Obama berikut kes rusuhan tersebut. |
11. Dan yang lebih menarik, rusuhan ini berlaku pada 12hb September, sehari selepas ulang tahun ke-11 serangan World Trade Centre 11hb September 2001. Psikologi umum warga AS yang sedang mengingati peristiwa itu dimomokkan lagi dengan senario yang berlaku di Mesir dan Libya.
12. Nampaknya sekali lagi Dunia Islam menjadi alat kepada politik yang berlaku di AS. Usaha untuk memulihkan imej Islam sebagai agama yang aman nampaknya telah dicalarkan lagi dengan peristiwa sebegini.
No comments:
Post a Comment