Kali ini Dr. Asri kelihatan seperti tidak sehaluan dengan tindakan PKR di Selangor yang bertindak untuk meletakkan jawatan bagi membuka laluan kepada orang lain. Spekulasi menyatakan bahawa calon yang bakal diletakkan oleh PKR adalah DS Anwai Ibrahim sendiri atas tujuan untuk menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim. Ini adalah ekoran beberapa masalah dalaman parti itu sendiri yang berpunca daripada krisis Azmin-Khalid yang berlanjutan sehingga kini.
Persoalan yang ingin ditimbulkan adakah TS Khalid Ibrahim gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar Selangor sehinggakan PKR perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi membuka laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar yang baharu? Indikator manakah yang menunjukkan bahawasanya Khalid telah gagal mengurus tadbir kewangan negeri sehingga ia di ambang muflis? Dan adakah tindakan menggantikan TS Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ini wajar semata-mata krisis dalaman yang melanda PKR?