Showing posts with label anwarinas. Show all posts
Showing posts with label anwarinas. Show all posts

Nov 25, 2013

#MuktamarPAS : Keputusan Pemilihan PAS Menyaksikan Golongan Ulama Semakin Dipinggirkan

APABILA kumpulan pro ulama dikatakan membuat kesepakatan untuk meletakkan seorang calon sahaja bagi kerusi Timbalan Presiden, ramai yang meramalkan penyandang jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu akan tumbang.

Andaian yang dibuat ialah pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-59 ini tidak akan berlaku pecahan undi bagi golongan pro ulama seperti tahun 2011 apabila Mat Sabu menduduki jawatan itu selepas menewaskan dua calon ulama iaitu, Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun jangkaan itu ternyata meleset, Mat Sabu kekal sebagai orang nombor dua Pas apabila berjaya mengetepikan pencabar tunggalnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah dengan majoriti 98 undi.

Populariti ternyata memberi kelebihan kepada Mat Sabu memandangkan Mohd. Amar dilihat pemimpin di peringkat negeri sahaja.

Biar pun 'diserang' habis-habisan dalam blog dan media sosial sehingga beliau menganggap inilah kali pertama beliau melihat kempen pemilihan paling buruk dalam Pas namun semua itu tidak menghalang Mat Sabu untuk mencapai kemenangan.

Jan 6, 2013

#TolakPR : Mat Sabu Dapat Pengiktiraf Bishop Kerana Benarkan Penggunaan Kalimah Allah



1. Sumber dari MalaysiaKini mengatakan bahawa seorang Bishop bernama Dr. Paul Tan telah meluahkan rasa lega apabila Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai ahli PAS yang berjawatan rendah yang telah mengatkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain.

2. Mat Sabu telah secara terbukanya menerima penggunakan kalimah Allah untuk digunakan agama lain terutamanya agama Kristian.

3. Ini adalah satu lagi tindakan populis PAS yang bertujuan untuk mendapatkan undi dari bukan Melayu terutamanya dari penganut agama Kristian.