Jan 6, 2013

#TolakPR : Mat Sabu Dapat Pengiktiraf Bishop Kerana Benarkan Penggunaan Kalimah Allah



1. Sumber dari MalaysiaKini mengatakan bahawa seorang Bishop bernama Dr. Paul Tan telah meluahkan rasa lega apabila Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai ahli PAS yang berjawatan rendah yang telah mengatkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain.

2. Mat Sabu telah secara terbukanya menerima penggunakan kalimah Allah untuk digunakan agama lain terutamanya agama Kristian.

3. Ini adalah satu lagi tindakan populis PAS yang bertujuan untuk mendapatkan undi dari bukan Melayu terutamanya dari penganut agama Kristian.



4. Penganut agama Kristian tidak sepatutnya percaya kepada Mat Sabu kerana ini adalah satu helah pada mana beliau sudah tentu akan menukar kenyataan beliau di dalam ceramah-ceramah yang beliau adakan.

5. Cuma beliau tahu bahawa pembaca MalaysiaKini secara majoritinya bukanlah dari kalangan orang Melayu tetapi dari kalangan bukan Melayu yang beragama Kristian.

6. Pendekatan yang gunakan ini pada akhirnya akan mengakibatkan pertelingkahan antara umat Islam dan penganut Kristian pada jangka masa yang panjang.

7. Penganut PAS pula seharusnya sedar akan tindakan taktikal yang dilakukan oleh Mat Sabu ini dan jelas nyata bahawa beliau bersama dengan Anwar Ibrahim yang menyokong kepada hal ini.

8. Ini adalah satu lagi agenda ideologi Pluralisma agama yang dibawa oleh Anwar Ibrahim beserta pengikut Anwarinasnya.

9. Tindakan Bishop ini pula secara jelas ingin mengambil hati penganut Kristian supaya menerima PAS pada PRU akan datang.

10. DAP sudah menjadi seperti PAS apabila menggunakan pentas gereja untuk berbicara politik. Sedikit demi sedikit idealis DAP sudah melahirkan rasa kecewa dan menyampah dengan tindakan kepimpinan tertinggi parti tersebut yang telah melihatkan warna sebenar mereka setelah tahun 2008.

11. Nampaknya akan ada satu pendedahan yang bakal dilakukan oleh veteran DAP tentang kekecewaan mereka ini.

12. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

2 comments:

Maskangkong said...

Kenapa orang melayu ni takut sangat bila perkataan Allah tu ada dalam Bible kristian? Konsep Tauhid yang ada dalam Quran kita tu tak cukup kuat kee.. sampaikan terlalu paranoid tak bertempat. Kalau anak cucu kita murtad, nak salahkan perkataan Allah dalam bible tu? Tak nak salahkan diri yang tak berani nak study tauhid dalam quran dan ajar kat anak-anak? Bukan ke lagi senang proses dakwah islam kalau perkara tu berlaku?

Yang kita ni terhegeh-hegeh nak brandkan islam dengan ultra-melayu tu kenapa? Kenapa masih pakai mentaliti quran tu orang kapir tak boleh pegang? Macamana islam nak sampai kat orang lain kalau benda yang nabi tak ajar korang sebuk2 buat?

p/s: aku bukan pro-pakatan mahupun pro-barisan. Aku cuma mau 'truth' agama ni ditapis keluar dari perspektif politik. Wei.. this is the real truth: korang sibuk2 anti-syiah-pas.. korang pun sebenarnya ikut jejak langkah syiah jugak..

Tak nak ikut syiah?? Hentikan memandang agama dengan kacamata parti politik pilihan kamu.

Lunaskan hak sebagai hamba-Nya sebelum pakai hak berfikir.

Anonymous said...

Jgn ikut perasaan semua boleh.. ALLAH ITU SATU.. Kalau x pandai diam lagi elok.. Anak cucu bila dah murtad baru nak bising-bising dah lambat kot.. Cegah lagi baik dari mengubati..