Jan 4, 2013

#StrategiJahatPR : HELAH!!! #KL112 Setuju Berdemo di Stadium Merdeka


1. Apabila pengerusi penganjur Himpunan Kebangkitan 1 Juta Rakyat, Mat Sabu bersetuju dengan pantas dengan cadangan kerajaan untuk menggunakan Stadium Merdeka sebagai lokasi pilihan untuk diadakah himpunan tersebut telah sedikit sebanyak menimbulkan persoalan.

2. Ini kerana dengan himpunan 'rakyat' kononnya, adalah menjadi satu kerugian dari segi publisiti sekiranya tidak dilakukan di jalanan.

3. Dahulu Sivarasa pernah berkata sebelum BERSIH 3.0, sekiranya dijalankan di stadium tidak ada gunanya kerana tidak dapat mengeksploitasikan media sepenuhnya. Tetapi boleh difikir munasabah juga kerana kegagalan BERSIH 3.0 memenangi persepsi rakyat kerana bertindak terlalu ganas.


4. Kejayaan perhimpunan Hijau PAS ke Putrajaya yang pertama kalinya disambut di Stadium Darul Aman berjaya menampakkan sekumpulan yang besar walaupun kapasiti stadium itu hanya kecil sahaja.

5. Tetapi dengan permainan dan teknik fotografi, khalayak tersebut berjaya digambarkan sebagai ramai dan serta menguasai keseluruhan stadium.

6. Namun begitu, jikalau mengikut konsep yang hendak dilaksanakan oleh Hishammuddin Rais, beliau adalah seorang sosialis amat berpegang teguh kepada ideologi tersebut. Malah gaya hidupnya sendiripun terikut-ikut ideologi tersebut sehinggakan sanggup meninggalkan ajaran agama Islam.

7. Beliau amat suka kepada demonstrasi, tunjuk perasaan dan meluahkan rasa tidak puas hati secara terbuka tanpa berselindung. Untuk melaksanakan himpunan ini di dalam stadium adalah amat bercanggah dengan fahaman beliau.

8. Dengan menggunakan konsep 'Hari Kemarahan', Hishamuddin berhasrat untuk membiarkan mana-mana khalayak yang datang untuk melaung-laungkan rasa kemarahan mereka kepada kerajaan seramai mungkin.

9. Dengan meluahkan rasa marah tentang apa jua isu sekalipun, maka satu 'crowd psychology' telah terbentuk di kalangan khalayak yang datang. Dan semestinya mereka yang datang ini tidak akan meninggalkan tempat tersebut dengan rasa puas hati atau gembira.

10. Apa yang diperlukan sewaktu 'crowd psychology' ini sudah berada pada tahap yang tinggi adalah seorang sahaja individu untuk mengajak mereka ini melakukan kerosakan.

11. Saya tidak yakin bahawa Hishamuddin dapat mengumpulkan 1 juta khalayak, namun dengan angka sekadar 10,000 orang sahaja, kerosakan, kemusnahan, dan huru-hara boleh berlaku pada skala dan magnitud yang amat besar.

12. Sekali lagi media pro-pembangkang akan memainkan peranan mereka untuk mengajak lebih ramai lagi khalayak untuk turut serta ke perhimpunan tersebut.

13. Pada ketika ini, apabila keadaan sesak, kekecewaan dengan tidak dapat hadir ke lokasi tersebut dengan mudah, akhirnya kekecewaan tersebut akan diluahkan di atas jalan raya dan ini akan diatasi oleh pasukan keselamatan.

14. Khalayak yang berada di dalam stadium tersebut dengan jumlah yang ramai akan dimaklumkan dengan 'sahabat' mereka yang dikasari di luar stadium dan ini akan menyebabkan mereka berkelakuan ganas dan ingin keluar daripada stadium tersebut untuk membela 'sahabat' mereka di luar sana.

15. 'Sahabat' yang mungkin wujud ataupun tidak ini akan digambarkan oleh media telah dikasari dengan begitu teruk dan dasyat malah mungkin digambarkan terbunuh sekalipun. Inilah yang berlaku di Iran apabila demonstrator menjadi ganas dan fizikal apabila mengetahui berita sedemikian.

16. Inilah strategi yang bakal dilaksanakan oleh Hishamuddin Rais yang sejak dari zaman beliau belajar lagi inginkan satu revolusi jalanan yang berjaya menumbangkan kerajaan supaya nama beliau diangkat seangkatan para revolusionis negara-negara lain.

17. Kekecohan, pertumpahan darah, kemusnahan, dan pelbagai lagi perkara yang tidak dapat dibayangkan mungkin berlaku. Segala rasa tidak puas hati khalayak ini akan ditunjukkan dan dizahirkan kepada sekeliling mereka. Perempuan mungkin dirogol, pertempuran antara kaum akan berlaku, yang miskin merompak yang kaya dan bermacam-macam kemungkinan boleh berlaku.

18. Dengan kerana ini, saya amat berharap dan merayu kepada mana-mana individu yang ingin turut serta himpunan ini agar membatalkan niat mereka untuk turut menghadirinya. Sekiranya masih lagi ingin pergi janganlah berkelakuan ganas dan janganlah senang-senang dihasut oleh mana-mana pihak untuk berkelakuan ganas.

19. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak untuk Bersuara!

3 comments:

Anonymous said...

baik dari angkut bepuluh puluh bas pegi perhimpunan ajuran kerajaan rosmah!! lu pikir la sendiri... wife to PM but spending like Billionaire... kerja tidak pun... lagi mau sokong ka bangang!!

Anonymous said...

jadi, jom kita ke perhimpunan ni dalam keadaan aman. Jom2..

Anonymous said...

Dah laaa tu.. Saya nak cari duit dan beramal.. Saya bersyukur negara ni pemimpin ISLAM.. Nak kumpul ramai apa yg dpt? Sudah lahh..