Jan 8, 2015

Reaksi Terhadap 'Pasukan Impian' UMNO Selangor




1. Bulan lepas saya ada menaikkan satu artikel yang mengulas poster Transformasi Kepimpinan UMNO Selangor.

2. Sejak daripada itu, saya telah menerima komen, kritikan dan juga kecaman dari pelbagai pihak di UMNO Selangor melalui laman Facebook saya.

3. Jelas melalui reaksi tersebut, saya cuma akan mengulas beberapa komen yang 'masuk akal' dan boleh diterima untuk kebaikan UMNO Selangor itu sendiri.

Latar Belakang

1. UMNO Selangor telah menerima pelbagai komen, kritikan malahan cemuhan kerana bukan sahaja gagal merampas semula Negeri Selangor dari tangan Pakatan Pembangkang, malahan turut kehilangan lebih banyak lagi kerusi sehinggakan membolehkan Pakatan memerintah dengan kelebihan 2/3 majoriti kerusi DUN.

2. Secara jelas, kesalahan ini secara sebulat suara diletakkan kepada Dato' Zin Badak yang kini sudahpun menghilangkan diri dari arena politik. Ke mana beliau pergi, tidak siapapun yang tahu. Mungkin ke Australia, mungkin juga masih menyorok di bawah katil rumah beliau kerana menganggung malu yang teramat.

3. Saya bersetuju dengan pendapat umum yang menyatakan bahawa Zin Badak punca kekalahan dan kemerosotan UMNO Selangor. Yang meletakkan Zin Badak di posisi itu juga harus menanggung kesalahan, tetapi itu cerita untuk lain hari.

UMNO Selangor Pasca PRU-13

1. Dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat Selangor terhadap UMNO, Presiden parti telah meletakkan tugas tersebut kepada Dato' Sri Noh Omar.

2. Satu bebanan tugas yang sebenarnya boleh dan mampu membunuh karier politik seseorang. Pada satu segi, sekiranya berjaya pula, boleh melonjakkan karier politik individu tersebut dengan begitu tinggi. Risiko yang perlu diambil.

3. Malangnya, Dato' Sri Noh Omar ini bukanlah datang dari Kem Pemuda. Beliau tahu-tahu sahaja telah melonjak ke atas. Ini sekaligus mengasingkan Noh Omar dari Ketua-ketua Bahagian yang lain terutamanya Dato' Shukor dan Dato' Johan yang masing-masing menduduki jawatan tinggi di dalam Kepimpinan UMNO Negeri.

4. Maka dengan sendirinya, Dato' Noh terpaksa bekerja bersendirian untuk UMNO Selangor. Nasibnya baik sedikit dengan bantuan daripada Ketua Penerangan UMNO Selangor, Dato' Zein Isma yang membantu beliau.

5. Namun, rahsia pergerakan dan hidup-mati parti terletak kepada jawatan Setiausaha yang kini dijawat oleh Dato' Johan.

6. Semestinya Dato' Sri Noh yang dianggap sebagai 'orang luar' daripada 'batch' Kem Pemuda ini tidak akan mampu untuk mengarahkan mereka yang lain.

7. Ini adalah satu masalah di dalam UMNO Selangor yang jarang-jarang orang ketahui.

Ketua Bahagian 5 Penggal Ke Atas.

1. Lagi menyulitkan keadaan apabila di Selangor ini, terdapat ramai Ketua-ketua bahagian yang telah memegang jawatan lebih daripada 5 penggal. Dan mereka-mereka inilah yang asalnya dari Kem Pemuda dalam lingkungan 'batch' yang sama.

2. Bermaksud; mereka telah menjadi ketua bahagian lebih daripada 20 tahun!

3. Sekiranya berlaku pemilihan sekali lagi, nescaya mereka ini akan menang lagi.

4. Ini adalah atas faktor kekuatan kewangan yang mereka ada dan mereka amat faham tentang politik pemilihan parti dan bagaimana untuk mengeksploitasikannya.

5. Takkan boleh mereka ini ditukar ganti melainkan akar umbi sendiri yang berubah untuk memilih transformasi dan perubahan di dalam parti.

6. Kesepakatan Ketua-ketua bahagian yang teramat lama ini sukar untuk ditembusi oleh Dato' Sri Noh Omar, menyulitkan lagi untuk UMNO Selangor itu sendiri bergerak dan berfungsi sebagai Badan Perhubungan Negeri.

Transformasi UMNO Selangor

1. Sebanyak 11 individu telah dicadangkan untuk masuk ke dalam kepimpinan tertinggi UMNO Selangor. Sebahagian daripada mereka sudahpun berada di dalam jawatan kuasa tersebut, cuma jawatan mereka sahaja perlu dinaik tarafkan supaya usaha mereka boleh dimanfaatkan oleh parti.

2. Wanita dan Puteri tidak perlu mengkritik kerana tiada di antara 11 nama tersebut adalah dari Wanita ataupun Puteri. Terdapat 23 ahli jawatan kuasa di dalam organisasi tersebut dan hanya 11 nama dicadangkan, maka terdapat lagi 12 jawatan untuk diisi oleh mana-mana individu tanpa mengira dari sayap mana sekalipun.

Reaksi!

A. Saudara Ezam Mohd Noor

1. Reaksi yang paling popular antara yang lain adalah tentang nama Saudara Ezam dicadangkan di dalam poster tersebut.

2. Ramai yang mengkritik kerana Saudara Ezam merupakan 'hasil' lompatan dari PKR dan tidak layak untuk memimpin parti. Lagipun beliau dikatakan tidak aktif di peringkat Bahagian dan jarang-jarang sekali menyumbang untuk UMNO Selangor.

B. YB Budiman Mohd Zohdi

3. YB Budiman pula menduduki tangga kedua antara komen-komen yang dikeluarkan.

4. Beliau disokong oleh hampir kesemua akar umbi dan beliau perlu diberikan jawatan yang penting di dalam UMNO Selangor.

5. Ramai melihat bahawa dengan kepetahan beliau berdebat dan berpidato malahan dalam merancang strategi berkempen, beliau dilihat sesuai untuk memegang Ketua Penerangan UMNO.

C. Dato' Zein Isma

6. Ke mana pula harus Dato' Zein pergi sekiranya YB Budiman sudah menjadi Ketua Penerangan?

7. Ada yang mencadangkan bahawa Dato' Zein perlu dibuang dari organisasi UMNO Selangor, tetapi ramai pula yang mencadangkan bahawa atas kesepakatan yang ada di antara Dato' Sri Noh Omar dan beliau, amat sesuailah sekiranya beliau dilantik sebagai Setiausaha UMNO Selangor.

8. Ini satu solusi yang sebenarnya logik untuk menggerakkan UMNO Selangor dengan lebih pantas lagi dari yang sebelum ini.

9. Gandingan antara Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dan Setiausahnya yang mantap adalah kunci utama dalam menggerakkan organisasi tersebut.

10. Tanpa gandingan regu yang baik seperti mana dihadapi sekarang ini, adalah mustahil untuk melakukan apa-apa. Semuanya mengharapkan skil individu sahaja.

11. Di sini, dilihat selepas Dato' Zein Isma dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO, beliau telah menjalankan kerja dengan kuat.

12. Sebagai Ketua Penerangan, banyak program-program baru telah diatur untuk berjumpa dengan pemilih malahan ucapan beliau semasa Perhimpunan Agung yang lepas juga menunjukkan perancangan UMNO Selangor dalam merampas kembali negeri yang terkaya di negara kita. 

D. Dato' Sri Noh Omar

1. Ini juga adalah satu topik yang hangat diperbincangankan.

2. Mereka yang menyokong untuk Dato' Zein Isma dibuang, juga adalah individu yang sama yang berhajat supaya Dato' Sri Noh Omar juga dibuang.

3. Sudah tentunya mereka ini menyokong pemimpin dari Kem Pemuda untuk menerajui parti.

4. Namun, agak retorik sedikit hujah mereka kerana atas alasan kalah semasa PRU-13 maka wajib Dato' Sri Noh Omar dan Dato' Zein Isma tidak diberikan sebarang jawatan parti.

5. Hakikatnya, yang harus dilihat adalah Ketua-ketua bahagian yang telah memegang kerusi selama lebih 20 tahun tetapi kalah juga semasa PRU-13.

6. Ada antaranya yang licik telah memberi alasan bahawa mereka tidak pun dicalonkan semasa PRU tersebut. Tetapi tindakan mereka sebagai Ketua Bahagian yang tidak membantu malahan bercuti ke luar negara semasa PRU juga perlu dipersoalkan.

7. Dalam kes ini, saya memuji UMNO Shah Alam kerana berani menaikkan seorang Ketua Bahagian yang baharu atas kekalahan Ketua Bahagian lama yang sudah kalah bertanding semasa PRU-13. 

8. Namun begitu harus diingatkan kepada Dato' Azhari, sekiranya beliau kalah sebagai calon pada PRU-14 kelak, maka beliau harus mengundur diri kerana itu adalah prinsip yang dipegang oleh UMNO Shah Alam.

9. Tetapi saya mendoakan agar beliau menang.

Berubah Atau Mati!

1. Ini adalah pemerhatian yang mana-mana individu pun akan katakan.

2. Sekiranya masih bertelagah semasa sendiri dan tidak mampu untuk bekerja sebagai satu pasukan yang kukuh, maka sampai bilapun Selangor akan kekal sebagai negeri di bawah penguasaan Pakatan.

3. UMNO Selangor harus dilihat bukan setakat Dato' Sri Noh Omar sahaja, nama UMNO Selangor itu sendiri harus dijelmakan dan dihidupkan.

4. Apa yang penting selepas ini, rakyat Selangor harus melihat bahawa UMNO Selangor yang membantu mereka, bukannya mereka melihat Dato' Sri Noh Omar atau pemimpin UMNO tertentu yang membantu.

5. Pemimpin tertentu itu hanya boleh menang satu kawasan sahaja, tetapi sekiranya UMNO Selangor yang dilihat, nescaya kesemua kawasan yang mana UMNO bertanding akan memperoleh kemenangan.

6. Berubah atau Mati!

5 comments:

Anonymous said...

Ditempat saya ketua caw... timb ketua wanita caw... ketua pemuda caw... ketua puteri caw... adalah anak beranak.... kalau psl umno selangor hurmmm........

Anonymous said...

Ditempat saya ketua caw... timb ketua wanita caw... ketua pemuda caw... ketua puteri caw... adalah anak beranak.... kalau psl umno selangor hurmmm........

Anonymous said...

Dato azhari..! Umno shah alam berhati2 memilih kawan sekutu...nanti anda terlangkup..cuba lihat apa jadi pada Ahmad nawawi.!!!!.akhirnya kecundang kerana berpaksikan CINA dlm projek pembangunan..! Dulu bangga shah alam bandar melayu...skrg?

Anonymous said...

mane tempat tu?ckap je bkn org tau pn..

Anonymous said...

Dah tau pegang jawatan lama tapi masih kalah juga tak faham2 nak angkat kaki?terutama ketua bahagian...