Showing posts with label Subsidi. Show all posts
Showing posts with label Subsidi. Show all posts

Sep 10, 2013

#HargaMinyak : Apabila kerajaan mengurangkan subsidi petrol



MACAM-MACAM reaksi diberi apabila kerajaan mengurangkan subsidi bahan bakar. Akibatnya harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter menjadikannya RM2.10 dan RM2. Harga petrol RON97 pula naik 15 sen menjadikannya RM2.85 sen. Kebanyakan reaksi tentulah menghentam kerajaan. Di sebelah 'pihak sana' yang sentiasa mencari 'silap' kerajaan, kenaikan itu seperti memberi 'bola tanggung'. Seolah-olah kalau mereka yang berkuasa, semuanya itu tidak akan berlaku, tidak ada kenaikan. Demi populariti, yang wajar tidak diwajarkan. Sebaik sahaja kenaikan itu diumumkan, macam-macam reaksi negatif diberi sama ada dalam bentuk kata-kata, dialog bergambar, karikatur, khidmat pesanan ringkas (SMS), video dan sebagainya.

Seorang sahabat memberitahu, dia 'berehat' seketika daripada membaca pelbagai reaksi yang masuk sama ada melalui SMS, WhatsApp atau Facebook. Lebih banyak yang tumpang 'belasah' kerajaan. Mereka tidak dapat menerima langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol. Jika anda bercakap apalah ada pada 20 sen itu, maka mereka akan berkata, ''Awak tak apalah, kaya, gaji tinggi''. Begitulah reaksi yang diberi. Berilah apa alasan sekali pun, puak yang memang kerjanya membantah tidak akan menerima dengan baik. Berilah seribu satu alasan kenaikan itu, mereka tetap tidak dapat menerimanya termasuk alasan paling popular iaitu harga di negara kita lebih rendah berbanding negara-negara lain termasuk dalam kalangan negara ASEAN.

Apr 19, 2012

Subsidi Kerajaan Untuk Setiap Kursus Pengajian di IPTA

Diperoleh daripada sini




1. Kerajaan sudahpun menanggung hampir 90% daripada yuran pengajian setiap pelajar di IPTA.

2. Setiap 10 sen subsidi yang diberikan, Kerajaan akan menanggung RM88,700. (berdasarkan jumlah peminjam PTPTN). Manakala, setiap 10 sen subsidi dikurangkan, setiap pelajar akan menanggung 10 sen sahaja.

3. Jangan jadi Mahasiswa yang hendak menyusahkan orang lain demi kebahagiaan diri sendiri. Ini belum termasuk yuran penginapan, yuran perpustakaan, subsidi perubatan, kos aktiviti ko-kurikulum dan sebagainya. Banyak aspek yang perlu anda fikir sebelum sewenang-wenangnya membuat tuntutan.

4. Walaupun Kerajaan memberikan subsidi 100% untuk yuran pengajian, pelajar masih lagi memerlukan pinjaman PTPTN untuk membiayai perbelanjaan harian mereka.

5. Sekiranya benar-benar ikhlas mahu mendapatkan pendidikan percuma DAN juga perbelanjaan harian percuma, pelajar seharusnya meluangkan lebih masa untuk belajar dan bukannya terlibat dengan aktiviti politik, demonstrasi dan sebagainya.


6. Jadilah Mahasiswa yang bersyukur dan berterima kasih.

7. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.