Showing posts with label funny. Show all posts
Showing posts with label funny. Show all posts

Aug 10, 2012

Lagi Q&A Untuk Krisis Air Selangor #savesgor #khalid_watergate




1. TS Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan beberapa dakwaan berikutan Krisis Air di Selangor. Berikut adalah kenyataan mereka dan jawapan kepada kenyataan-kenyataan mereka.

Q.
Krisis air tidak akan berlaku pada 2014.
A.
Krisis air sudah pun berlaku dan menurut pandangan profesional daripada Puncak Niaga, bekalan air akan berada pada tahap kritikal dalam tempoh masa 10-12 bulan lagi jika keadaan berterusan sebegini.

Q.
Tanggungjawab Kerajaan Pusat dan SYABAS untuk menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset-aset air di Selangor.

A.
Kerajaan Negeri Selangor adalah pemilik aset-aset air negeri Selangor yang telah diberi kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), bertanggung jawab bagi memastikan ketersediaan air di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Q.
Tidak ada keperluan catuan air di dalam masa terdekat jelas menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air, sekali gus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

A.
Tiada keperluan catuan pada masa ini bukan bermakna tiada krisis yang akan berlaku pada 2014. Malah Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek migitasi untuk mengelakkan krisis air berikutan kedegilan Kerajaan Negeri Selangor.

Q.
Tindakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 bertujuan untuk memastikan kroni UMNO-BN mendapat kontrak pembinaan.

A.
Tender belum lagi dikeluarkan kerana bantahan dari Kerajaan Negeri Selangor malah Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan secara tender terbuka dan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dialu-alukan untuk menyertai tender.

Q.
Tahap takungan air di 7 empangan berada di tahap maksimum.
A.
Masalah bukan terletak kepada kapasiti empangan tetapi kepada kapasiti Loji Rawatan Air memproses air mentah kepada air terawat.

Q.
Tarif air akan naik andai Projek Langat 2 diteruskan.

A.
Adalah tanggung jawab kerajaan negeri untuk mewartakan tarif air bukannya Kerajaan Persekutuan. Air percuma adalah kurniaan Kerajaan Negeri tetapi jika naik tarif pula kerja Kerajaan Persekutuan. Logikkah?

Dan perlu diingatkan bahawa sekiranya lebih lama projek Loji Rawatan Air Langat 2 tertangguh, lebih lama masalah air dapat diselesaikan kerana tempoh pembinaan dan boleh operasi loji tersebut akan memakan masa 3-4 tahun.


2. Demi untuk memastikan bahawa Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mempunyai bekalan air yang mencukupi, TS Muhyiddin Yassin hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Projek Langat 2 akan diteruskan tanpa persetujuan Kerajaan Negeri Selangor menerusi PABB.

3. Tetapi, untuk memastikan dalam masa terdekat ini tiada gangguan bekalan air kepada rakyat, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM606 juta untuk tujuan migitasi.

4. Satu pembaziran duit rakyat hanya kerana TS Khalid Ibrahim enggan memberikan kerjasama dengan  Kerajaan Persekutuan.          

May 12, 2012

Team #BangkangDariLongkang Kritik Politik Pakatan Melalui Komedi

Artis Komedi Malaysia Berani Berkarya!
Tahniah kepada Team Bangkang Dari Longkang yang berani membuat satu Parody Comedy mengenai senario politik pakatan kini. Komedi Gelap adalah satu pecahan komedi yang jarang diceburi oleh artis komedi Malaysia. Team Bangkang dari Longkang ini terdiri daripada artis-artis komedi Malaysia yang dikepalai oleh Afdlin Shauki dan Harus Salim Bachik. Artis lain yang terlibat adalah Johan, Sharifah Shaheera dan lain-lain.
Dislike dan Komen Negatif Mendominasi Klip Video
Hit di YouTube telah menjangkau puluhan ribu tetapi ramai yang 'dislike' klip-klip video tersebut. Komen-komen yang negatif juga menguasai ruangan komen untuk klip-klip video tersebut dan rata-rata yang memberi komen negatif adalah dari penyokong kumpulan politik Pakatan.
Pro Pakatan Menguasai Saluran Sosial YouTube
Ini kerana klip-klip video tersebut menyindir tindakan Pakatan baru-baru ini terutamanya berkenaan isu Bersih 3.0 dan Occupy Dataran. Walaupun dalam dunia media baru ini,  Pro Kerajaan sudah menguasai blog, twitter dan facebook, tetapi penguasaan di dalam YouTube masih belum boleh memecahkan penguasaan Pro Pakatan. Pro Pakatan masih memegang pengaruh yang besar di dalam YouTube.
Media Pro Kerajaan Harus Menyokong Tindakan Bangkang Dari Longkang Diharapkan agar media Pro Kerajaan dapat 'pick-up' klip-klip video untuk menyebarkan kepada orang ramai. Bukan mudah untuk artis-artis ini untuk berkarya sebegini kerana akan mengundang kemarahan sesetengah pihak. Mereka mempertaruhkan karier mereka dan jika tersilap langkah, karier mereka boleh musnah. Sokongan harus diberikan agar usaha mereka menunjukkan kebenaran tidaklah sia-sia. Secara tidak langsung, mereka akan lebih bersemangat untuk menghasilkan klip-klip sebegini. Tahniah kepada Afdlin Shauki & Team Bangkang Dari Longkang kerana berani meneroka 'dark waters'.
Kata-kata daripada team Bangkang Dari Longkang:
This dark comedy was created by a bunch of Malaysians to laugh at a bunch of Malaysians. It touches on many topics from day to day situations to even politics. If you feel this video was intended for you, jangan terasa beb!
Terdapat 3 klip Video yang ditayangkan di YouTube channel mereka (klik di sini).
1. Demo Anti Demo
2. Esok Nak Demo Ni
3. Bila Pilihanraya
Jangan Lupa Like mereka di YouTube ya~!