Showing posts with label hina melayu. Show all posts
Showing posts with label hina melayu. Show all posts

Mar 11, 2017

Teresa Kok Biadap!

 

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dari DAP hari ini bersikap biadap dan kurang ajar apabila beliau dan sekumpulan Cina DAP termasuk media pembangkang telah merempuh majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Komuniti dan Masyarakat Taman Desa.

Tujuan Teresa Kok dan kumpulan Cina DAP beliau merempuh majlis perkahwinan yang diadakan di dewan tersebut adalah untuk membantah projek Rumah Wilayah Persekutuan (RumaWIP) yang akan dibangunkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

Jan 17, 2014

#GiatMara : Strategi Halus Pembangkang Hapus Kedudukan Istimewa Melayu


ENTAH apalah 'dosa' para pelatih GiatMara di Taman Selayang Baru apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengarahkan premis tersebut ditutup hujung tahun ini atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Sukar agaknya untuk mereka menerima hakikat tersebut memandangkan pusat latihan kemahiran untuk anak-anak muda bumiputera itu telah wujud di situ sejak lebih 20 tahun lalu.

GiatMara berkenaan merupakan yang kedua ditutup di Selangor selepas cawangan di Merbau Berdarah, Sabak Bernam menerima nasib sama, dua tahun lalu.

Selepas ini, GiatMara di Jalan Rantau Panjang, Kapar, Klang juga dikatakan bakal ditutup atas alasan sama.

Pun begitu, bagi bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman, apa yang berlaku kepada pusat latihan kemahiran yang merupakan platform terbaik untuk membantu pelajar-pelajar Melayu yang tidak berkemampuan itu tidak sama sekali mengejutkan.

Jul 31, 2013

[Eksklusif] : #BoikotNewVillage : Reviu Filem "The New Village"


1. Filem The New Village yang sedang sibuk diperkatakan ketika ini merupakan satu lagi bencana terhadap hubungan antara kaum yang kini menjadi semakin kritikal.

2. Saya tidak akan pergi dari satu plot ke plot lain tetapi akan menggambarkan secara  keseluruhan tentang mesej dan kesimpulan yang ingin disampaikan melalui filem ini.



3. Filem ini adalah terbitan Astro Shaw dan syarikat produksinya adalah Yellow Movies Sdn. Bhd. serta diarahkan oleh Wong Kew-Lit, seorang pengarah tempatan. 

3a. Secara psikologinya, nama produksi filem ini pun telah merujuk kepada revolusi warna yang dibawa oleh BERSIH.