Nov 4, 2020

Tolong Jawab: 5 Soalan Najib Untuk Mahathir & 10 Soalan Najib Untuk Lim Kit Siang!


Dato' Sri Najib yang kini bukan lagi Perdana Menteri Malaysia dan tidak tertakhluk kepada etika dan tatacara seorang Perdana Menteri menjadi semakin ganas dengan mencabar Tun Mahathir dan Lim Kit Siang untuk berdebat.

Walaupun cabaran Najib ditolak oleh kedua-duanya, namun Najib telah mengemukakan soalan-soalan debat yang beliau akan ajukan kepada kedua-dua ahli politik veteren tersebut.

Berikut adalah 5 Soalan Najib Untuk Mahathir & 10 Soalan Najib Untuk Lim Kit Siang!

5 Soalan Najib Untuk Mahathir:

1) Adakah negara kita benar-benar bankrap dengan hutang RM1 trilion?

2) Adakah ianya benar bahawa anak-anak kamu pernah memiliki kepentingan majoriti atau kepentingan besar dalam sekurang-kurangnya 12 syarikat tersenarai semasa kamu PM4?

3) Kenapa saya yang dituduh perompak dan penyamun tapi yang kaya berbilion-bilion ialah keluarga Tun?

4) Kenapa dan siapa yang suruh Tun M lepaskan dakwaan terhadap LTTE dan LGE?

5) Benarkah kamu ada track-rekod dan pakar dalam memanipulasi sistem perundangan negara?

10 Soalan Najib Untuk Lim Kit Siang:

1. Sejak bila kamu dilantik boss BN untuk pertikaikan dan menyibuk keputusan lantikan dalaman BN?

2. Adakah ianya benar bahawa Ketua Hakim Negara yang dilantik masa PH itu adalah pilihan Kit Siang?

Adakah juga Peguam Negara yang dilantik dari luar oleh PH yang membuat keputusan dakwa saya juga peguam anak kamu dan adakah pendakwa raya kes SRC saya yang dilantik dari luar oleh PH juga peguam untuk Phang Li Koon, penjual banglo murah kepada anak kamu?

3. Adakah ianya benar bahawa hakim kes SRC saya tiba-tiba ditukar dengan hakim baru yang dipindah dari mahkamah komersial ke mahkamah jenayah setelah kes mahkamah saya sudah berjalan dengan alasan "pertukaran hakim adalah perkara biasa" (routine change) seminggu selepas ketua hakim negara dilantik PH?

4. Adakah ianya benar bahawa ketua hakim negara tersebut hanya berkhidmat selama 9 bulan sahaja dan kemudiannya dia berkempen untuk Warisan Plus dan di atas pentas bersama Guan Eng pada PRN Sabah lalu?

5. Adakah saya masih bebas sebagai ahli parlimen sebab saya tengah menunggu rayuan kes SRC saya? Dan adakah Kit Siang bersetuju bahawa kes SRC saya melibatkan saya sokong pinjaman RM4 bilion diberikan oleh KWAP kepada SRC pada tahun 2011 supaya saya kononnya tunggu 4 tahun kemudian untuk songlap RM42 juta (1% dari RM4b) yang kemudiannya dibelanjakan untuk kerja-kerja CSR dan sedekah dan bukan untuk kegunaan peribadi saya?

Ini tak sama dengan RM305 juta yang anak kamu sedekahkan kepada projek kroni terowong untuk kos membuat laporan kebolehlaksanaan di mana 5 tahun selepas bahagian besar wang RM305 juta dibayar, kita tak nampak pun ada apa-apa projek pembinaan kecuali pembinaan projek kondo mewah atas tanah kerajaan yang dibayar Guan Eng untuk projek terowong.

6. Adakah Kit Siang bersetuju bahawa menteri kewangan menyalahgunakan kuasa mereka seperti untuk mengenakan cukai LHDN ke atas RM2.6 bilion yang telahpun dipulangkan kepada penghantar 4 bulan selepas menerimanya dan dikenakan lagi penalti 40% + 10% + 5% sehingga menjadi cukai RM1.7 bilion?

Wang yang telah dipulangkan 4 bulan kemudian pun perlu dicukai ke?

7. Adakah Kit Siang pernah bantah orang yang sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah dilantik sebagai menteri kewangan?

8. Adakah Kit Siang turut membantah orang yang sekali lagi menghadapi banyak dakwaan-dakwaan mahkamah untuk rasuah terus menjawat sebagai boss DAP?

9. Dan adakah Kit Siang bersetuju bahawa orang yang enggan tepati janji sendiri kepada pengundi untuk bersara jika Tun Mahathir tak serahkan jawatan PM kepada Anwar tidak perlu dilayan?

10. Kenapa kamu takut pada saya?

2 comments:

akmy said...

Sepandai_pandai tupai melompat, akhirnya akan gedebuk ke tanah juga. Tapi yg malangnya setelah habis kucarkacir negara dibuatnya. Parti melayu yg sangat berjasa kepada semua bangsa di negara ini, telah dipecahbelahkan oleh orang yg paling banyak mendapat manafaat malah boleh dianggap pejuang unggul hingga ke jawatan presiden. Kini mencatat sejarah sebagai pengasas parti yg ditubuh atas nasihat musuh abadi sepanjang zaman.. Akhirnya pecahkan lagi melayu kepada parti pujawang.
Sebijik macam cerita ghost rider lakonan nicholas caige dimana telah menggadai nyawanya demi sesuatu. Maka tercatatlah sejarah melayu, bekas presiden umno menjual bangsa, agama dan negara demi billion billion.

Urgent Loan said...

Do you need personal loan?
Loan for your home improvements,
Mortgage loan,
Debt consolidation loan,
Commercial loan,
Education loan,
Car loan,
Loan for assets.
financialserviceoffer876@gmail.com Whatsapp +918929509036