Khamis, 20 Nov. menandakan Muktamar PAS ke-59 bermula dengan sidang Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Manakala sidang penuh bermula semalam 22 Nov. Pemilihan untuk barisan kepimpinan baru PAS akan bermula selepas perasmian yang akan dilakukan Presiden Abdul Hadi Awang.
Selain soal pemilihan khasnya untuk jawatan timbalan presiden dan naib presiden, muktamar ini juga akan menjadi tumpuan dan dijangka hangat dengan beberapa isu yang awal-awal lagi sudah dirancang agar ianya meletus dalam muktamar ini.
Antara isu-isu atau perkara yang akan menjadi perhatian ialah isu kerjasama politik PAS dengan PKR dan DAP. Soal 'tahaluf syiasi' ini dijangka akan didebat hebat. Akan ada pro kontra mengenai hal ini.