Dec 16, 2012

#DAPConflict : Punca Kemenangan Dinasti Lim Kit Siang

Strategi Emperor Lim Kit Siang berjaya mengekalkan penguasaan penuh Dinasti Lim


1. Keputusan Pemilihan CEC semalam telah menyaksikan penguasaan penuh Dinasti Lim dan juga sekutu-sekutunya termasuk Karpal Singh dan Kulasegaran.

2. Kem DAP Selangor khususnya Kem Teresa Kok (The KOKS) dan Kem Ronnie Liu telah kalah dengan begitu teruk.

3. Prof. Dr. P. Ramasamy yang digelarkan 'Warlord' yang menentang Karpal 'The Godfather' Singh juga telah kalah dengan teruk sekali.

4. Dilihat sebelum berlangsungnya proses undian tersebut, propaganda yang berbentuk provokasi terhadap perwakilan ini hebat dijalankan.

Di manakah LGE yang turut memegang 2 kerusi?
5. Banner-banner yang menyerang Kem Teresa Kok, Kem Ronnie Liu, Ramasamy 'Warlord' turut dinaikkan pada pagi sebelum pengundian dan diturunkan dengan pantas setelah berakhirnya proses pengundian tersebut.

6. Risalah-risalah juga telah diedarkan kepada orang ramai dan juga perwakilan untuk mempengaruhi undi mereka supaya berayun kepada Dinasti Lim.

7. Terdapat satu CD yang juga disebarkan ketika persidangan ini berlangsung yang secara khusus menyerang kepimpinan DAP Selangor mengenai isu kuil yang dirobohkan di Sepang baru-baru ini. Yang menariknya video ini memaparkan keratan surat khabar berbahasa Tamil yang menunjukkan hanya Karpal Singh dan juga anaknya Gobind yang membela kaum India sahaja, seterusnya membuka ruang pertanyaan di manakah Kem DAP Selangor dan juga Warlord Ramasamy ketika insiden ini hangat diperdebatkan.

7a. Video ini juga didapati telah dimuat naik ke YouTube dengan menggunakan ID DAPPURIST.


8. Atas dasar serangan minit terakhir ini, kesannya dapat dilihat apabila kesemua Kem yang memberi ancaman kepada Dinasti Lim telah jatuh jumlah sokongannya sehinggakan Warlord Ramasamy, Ronnie Liu dan beberapa lagi calon tidak mendapat tempat langsung di dalam CEC.

9. Strategi Komunis yang diamalkan oleh Dinasti Lim ini jelas memberikan kesan terhadap pemilihan DAP kali ini.

10. Usahasama DAP bersama PAS secara tidak langsung telah membenamkan imej orang Melayu secara keseluruhannya. Dengan kes yang berlaku di Kota Bharu mengenai insiden tukang gunting rambut dan pelanggan bukan Islam di saman telah mengakibatkan kebencian Cina DAP terhadap PAS meningkat dengan mendadak.

11. Kebencian Cina DAP terhadap PAS ini disalurkan kepada orang Melayu secara umumnya. Tambah lagi dengan tolenrasi DAP terhadap beberapa kenyataan PAS tentang Hudud dan Negara Islam memburukkan lagi keadaan ini.

13. Kebencian Cina DAP terhadap orang Melayu ini ditunjukkan melalui keputusan pemilihan kali ini apabila seramai 7 orang calon Melayu bertanding dan tidak ada seorang pun yang terpilih.

14. Kenyataan Anwar Ibrahim di dalam akhbar Sinar tidak lama dahulu yang pada mana beliau berkata bahawa 'Melayu bertambah kuat apabila sertai DAP' adalah satu kenyataan yang retorik, menipu dan sengaja memperdayakan orang ramai.

15. Anwar Ibrahim sebenarnya yang telah menjadi alat kepada Cina DAP supaya orang Melayu memberikan sokongan terhadap DAP. Beliau ingin memecahkan stigma orang Melayu bahawa tidak salah untuk menyokong DAP menjadi ancaman untuk orang Melayu.

16. Tidak mungkin suatu parti yang diturunkan amanahnya daripada Lee Kuan Yew kepada Lim Kit Siang untuk menerima kehadiran orang Melayu di dalam parti chauvinis ini. Mereka hanya perlukan undi orang Melayu sahaja dan cukup setakat itu.

17. Maka, boleh disimpulkan daripada proses pemilihan DAP kali ini adalah tersangat kotor dengan permainan wang dan juga provokasi minit akhir. Pada akhirnya, apa pun kita perlu terima bahawa parti yang melaungkan Ubah Sekarang! telah pun berubah.

18. Berubah daripada boleh menerima seorang Melayu pada tahun 2008 kepada tidak boleh menerima langsung orang Melayu pada 2012!

19. Apakah nasib Melayu apabila DAP mula berkuasa di bumi Malaysia?

20. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara


No comments: