Dec 15, 2012

#DAPConflict : Analisa Keputusan Pemilihan CEC DAP 2012

1. Seperti yang dijangka, dominasi Dinasti Lim adalah tersangat kukuh di dalam DAP dan tidak dapat dicabar oleh mana-mana kem yang berada di dalam parti tersebut baik dari kem Teresa Kok, Kem Ronnie Liu mahupun Kem Nga-Ngeh.

2. Strategi yang diatur oleh Lim Kit Siang berkesan dan memberi impak kepada parti tersebut dan dengan jelas menyatakan bahawa hanya beliau dan keluarganya dapat memimpin parti chauvinis ini.

3. Berikut adalah keputusan penuh undian pemilihan CEC DAP kali ini:

1.  Lim Kit Siang (1,607 votes) [1]
2.  Lim Guan Eng (1,576) [2]
3.  Karpal Singh (1,411) [9]
4.  Chong Chieng Jen (1,211) [8]
5.  Loke Siew Fook (1,202) [11]
6.  Vincent Vu (1,202) [new]
7.  Tan Kok Wai (1,199) [3]
8.  Gobind Singh Deo (1,197) [20]
9.  Tony Pua (1,162) [13]
10. Teng Chang Khim (1,152) [15]
11. Fong Kui Lun (1,137) [4]
12. Nga Kor Ming (1,075) [16]
13. Chong Eng (1,006) [14]
14. Chow Kon Yeow (986) [17]
15. Liew Chin Tong (984) [new]
16. M Kulasegaran (984) [5]
17. Boo Cheng Hau (958) [19]
18. Teresa Kok (925) [6]
19. Teo Nie Ching (903) [new]
20. Ngeh Koo Ham (824) [10]


4. Daripada senarai menang ini, dilihat bahawa penguasaan Kem Teresa Kok, Kem Ronnie Liu dan Kem Ngeh Koo menerima kekalahan yang teruk.

5. Teresa Kok telah jatuh dari tangga ke-6 kepada tangga ke-18, manakala Ngeh pula telah jatuh 10 tangga ke tempat ke-20. Ronnie Liu, Jeff Ooi yang dianggap sebagai popular tidak dapat menempatkan diri ke dalam CEC. Satu kegagalan yang amat teruk oleh mereka yang dilihat menentang kepimpinan Dinasti Lim.

6. Seperti dijangka juga tiada calon Melayu yang boleh mendapat tempat di dalam CEC. Akhirnya, calon Melayu ini akan dilantik sebagai ahli jawatankuasa biasa sebagai helah untuk mengaburkan mata orang ramai yang kononnya ini adalah parti Demokratik.

7. Sepanjang hari pengundian ini terdapat beberapa bahan provokasi telah digantung di beberapa kawasan sekitar bangunan tempat persidangan ini berlangsung iaitu di PISA Bayan Baru.



8. Banner yang berbentuk provokasi ini dilihat sebagai cara untuk mempengaruhi pemilihan kali ini.

9. Banner yang memaparkan 8 calon DAP yang memegang 2 portfolio parlimen dan negeri memberi mesej bahawa mereka yang memegang 2 portfolio ini sebagai tamak. Amanat dari Karpal Singh yang menekankan polisi 1 calon 1 kerusi menjurus untuk menyerang mereka ini.

10. Yang menariknya, di antara 8 calon yang tersenarai adalah mereka yang mengancam kepimpinan Dinasti Lim seperti Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Dr. P. Ramasamy, dan Chow Kon Yeow.

11. Akan tetapi, sebenarnya terdapat 9 orang yang memegang 2 kerusi politik dan individu yang ke-9 tersebut tidak diletakkan di dalam banner itu.

12. Individu ke-9 adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Lim Guan Eng sendiri yang memegang kerusi Parlimen Bagan dan kerusi negeri Air Puteh. Lim Guan Eng turut menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan memegang Exco Hal Ehwal Tanah, Exco Pembangunan Keusahawanan dan Exco Penerangan & Warisan Pulau Pinang. Dengan menjawat kesemua jawatan ini termasuk 2 kerusi politik, hasil pendapatan Lim Guan Eng sahaja boleh mencecah ke RM100,000 sebulan termasuk elaun dan sebagainya.

13. Persoalanannya, mengapa Lim Guan Eng tidak disenaraikan di dalam banner tersebut.

14. Ini adalah percaturan Dinasti Lim untuk memburuk-burukkan lawan Lim Guan Eng supaya undi perwakilan DAP memihak kepada Lim Guan Eng. Ternyata strategi ini sangat berkesan.

15. Cengkaman Dinasti Lim di dalam parti chaunivis ini semakin lama semakin kukuh dan cabaran untuk menghadapi pilihanraya ke-13 semakin mudah untuk mereka. Hanya 3 muka baru sahaja yang diterima sebagai CEC baru dan selebihnya adalah muka lama yang bertanggung jawab mencorakkan hala-tuju perperangan politik DAP sehingga kini. 

16. UMNO dan Barisan Nasional bakal menerima tentangan hebat oleh kepimpinan DAP 'lama' yang telah diberikan struktur baru.

17. Kita lihat keesokan harinya pula apabila 20 orang CEC ini akan memilih kepimpinan tertinggi parti. Dan dijangkakan, ada ura-ura mengatakan bahawa DAP bakal menerima Presiden baru.

18. Mereka yang kalah pada pemilihan kali ini bakal ditempatkan di Johor dan Sabah sebagai tempat untuk 'membunuh' karier politik mereka terus.

19. Tidak mustahil juga kita bakal melihat bahawa Teresa Kok, Ronnie Liu, Nga-Ngeh bakal ditempatkan ke negeri-negeri tersebut.

20. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

1 comment:

Anonymous said...

Penipuan terancang DAP.
Liew chin tong pada 8 bulan lepas tidak popular langsung. Sekarang jadi no 1? Pelik...
nampknya mereka sengaja menangkan dia untuk menyerang johor dan ambik alih johor dr bn.