Dec 11, 2012

#StrategiJahatPR : Strategi Pembangkang Mensensasikan Isu Saman Khalwat di KB @MalaysiaKini @HDaily09 @TM_Insider


1. Isu saman yang dikeluarkan oleh MPKB ke atas seorang pelanggan dan tukang gunting rambut di Kota Bharu telah menjadi perhatian media baru-baru ini.

2. Kes ini sebenarnya sengaja disensasikan bukan oleh pihak media kerajaan tetapi parti PAS sendiri kerana ingin mengalihkan perhatian orang ramai.


3. Taktik pengalihan isu ini (Diversion ataupun Fallacy) adalah salah satu daripada strategi yang lazim digunakan oleh PAS untuk menutup sesetengah isu yang tidak mampu dijawab.

4. Malah sekiranya dilihat, yang mensensasikan berita sebegini hanyalah portal pro-pembangkang sahaja seperti MalaysiaKini, MalaysianInsider dan HarakahDaily.

5. Yang paling lucu dilihat daripada petikan berita di atas adalah saman dikeluarkan atas dasar kelakuan MUNGKIN agak teruk.

6. Pada dasar undang-undang manakah seseorang individu itu boleh disabitkan kesalahan atas dasar keMUNGKINan. Ini adalah sah satu bentuk tindakan tergesa-gesa pihak PAS Kelantan cuba untuk mengalihkan isu.

7. Kegagalan PAS menerangkan dan menjawab isu doa memohon bala dan kehancuran sesama Muslim telah memberikan satu impak yang sangat negatif terhadap parti tersebut.

8. Maka dengan mengeluarkan saman ini, diharapkan supaya penyokong PAS di peringkat akar umbi dapat menilai PAS semula sebagai satu badan parti dan kerajaan yang benar-benar mahu melaksanakan hukum-hakam Islam.

9. Tindakan DAP juga yang berdiam diri atas kejadian 'saman' ini jelas menunjukkan bahawa DAP faham akan tindakan PAS mengeluarkan saman tersebut sebagai satu permainan politik yang ingin menarik semula penyokong dan pengundi PAS yang sudahpun tawar hati.

10. Mustapha Ali juga tidak patut memanggil wartawan ke ibu pejabat PAS untuk menerangkan bahawa pesalah laku tersebut disaman atas dasar keMUNGKINan berlakunya salah laku. Sangat memalukan bagi seorang Ahli Majlis Tertinggi PAS untuk berbuat sedemikian dan merendahkan lagi martabat serta mentaliti seorang yang kononnya ingin memimpin rakyat.

11. Strategi lemah sebegini dapat dibaca dengan mudah lebih-lebih lagi apabila kesemua portal dan media pro-pembangkang ini mendiamkan isu doa bala dan menaikkan isu saman ini dengan hebat. MalaysiaKini juga kelihatan seperti kehabisan isu apabila mengutip isu sebegini. MalaysiaKini yang dahulunya merupakan cabaran bagi UMNO dan BN kini menjadi bahan lawak sahaja.

12. Penyokong PAS masih tidak dapat melupakan tindakan adik Nik Aziz mendoakan bala bencana sesama muslim pada masa yang sama Gaza ditimpa malapetaka. Juga penyokong PAS tidak lupa kepada kenyataan Nik Aziz yang telah menggelarkan ahli dan penyokong UMNO sebagai murtad.

13. Mungkin Nik Aziz dan adiknya terlupa bahawa ada di antara penyokong PAS ini yang ibunya, bapanya, saudara-maranya ataupun sahabat karib mereka sendiri adalah ahli UMNO dan penyokong UMNO.

14. Secara tidak langsung yang dimurtadkan, yang dipohon bala bencana dan kehancuran adalah kepada ahli keluarga dan sahabat kepada penyokong PAS itu sendiri.

15. Penyokong PAS yang mana masih tidak dapat melihat hikmah di sebalik kejadian tersebut telah secara tidak langsung merenggangkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan di kalangan penyokong PAS itu sendiri.

16. Secara sendirinya, institusi kekeluargaan dan silaturahim telah dimusnahkan oleh Nik Aziz dan adiknya sendiri.

17. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.

No comments: