1. Satu perkara yang menarik tentang MalaysiaKini, Free Malaysia Today dan Malaysian Insider termasuk HarakahDaily sudahpun senyap tentang cerita Kongres DAP baru-baru ini.
2. Ini kerana dilihat bahawa keputusan kongres DAP baru-baru ini jelas menunjukkan penolakan perwakilan DAP terhadap kaum bukan Cina.
3. Daripada 20 orang CEC yang dipilih, 17 orang daripadanya kaum Cina manakala hanya 3 sahaja dari kaum India manakala tiada seorangpun Melayu yang terpilih.
4. Isu lantikan CEC yang melantik dua orang Melayu sebenarnya bukanlah sesuatu yang menggambarkan demokrasi parti. Ini kerana lantikan tersebut adalah topeng kepada apa yang yang dipersetujui oleh 2,576 orang perwakilan. Iaitu, tolak calon bukan Cina.
5. Lantikan tersebut hanyalah drama politik DAP yang ingin menutup kisah yang pada hakikatnya memang ia merupakan satu parti Chauvinis yang sudah terlalu melarat teruk.
6. Apa-apa cerita yang keluar dari kongres ini dilihat sebagai suatu perkara yang negatif dan tidak dapat untuk dipusing semula oleh mana-mana media pro-pembangkang.
7. Maka kaedah yang paling mudah adalah untuk mematikan cerita kongres DAP ini dan beralih kepada kisah-kisah remeh yang lain.
8. Dan pada waktu ini sekiranya diperhatikan trend kepada keseluruhan blog, portal dan media massa samada pro-kerajaan ataupun pro-pembangkang, sudah tidak ada isu hangat yang diperkatakan.
9. Tiada pendedahan terbaru dan hampir semuanya mengitar semula isu-isu lama. Portal pro-pembangkang hanya menyentuh isu AES secara ringan dan hanya berperanan untuk membawa momentum isu tersebut menuju pilihanraya.
10. Isu Deepak pula sudah disenyapkan setelah pendedahan video Deepak baru-baru ini. Dan komentar-komentar tetap di MalaysiaKini pula mengambil perspektif untuk menyerang Deepak dan bukannya DS Rosmah.
11. 'Media Void' ataupun ketandusan isu ini selain bertujuan untuk mensenyapkan kisah kongres DAP adalah satu indikator kepada satu pendedahan mengejut yang bakal dilakukan oleh portal pro-pembangkang ini.
12. 'Calm before the storm' adalah ungkapan Inggeris yang sesuai digunakan untuk merujuk kepada situasi ini.
13. Apa yang bakal berlaku? Apa isu hangat yang bakal dikeluarkan? Apa serangan seterusnya oleh pihak pembangkang?
14. Dikaitkan dengan artikel yang diterbitkan semasa PAU 2012 yang lalu, (baca di sini) yang bakal keluar adalah kisah adik DS Najib Razak iaitu DS Nazir Razak dan hubung-kait beliau dengan CIMB. Kisah CIMB yang tidak adil kepada pekerjanya sudahpun dimainkan di facebook. Tunggu masa sahaja untuk dikutip oleh MalaysiaKini dan seangkatan dengannya.
15. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.
No comments:
Post a Comment