Dec 21, 2012

#AnwarPenipu : @AnwarIbrahim Tidak Terangkan Keseluruhan Laporan GFI tentang Pengaliran Keluar Wang Tidak Sah @Hdaily09


1. Kenyataan media Anwar Ibrahim kepada Harakah mengenai Laporan Global Financial Integrity (GFI) yang meletakkan Malaysia di tangga ke-3 sebagai negara membangun paling banyak aliran wang haram tidak diterangkan dengan sebaiknya.

2. GFI yang merupakan satu badan yang ditubuhkan untuk mengkaji masalah yang timbul akibat daripada pengaliran kewangan tidak sah dan infrastruktur kewangan yang mendorong ke arahnya.

3. Namun, laporan yang dikeluarkan oleh GFI 2001-2010 yang meletakkan Malaysia di tangga ke-3 tidak diterangkan sepenuhnya oleh DS Anwar Ibrahim.


4. Di dalam senarai yang dibina oleh GFI, ia hanya merujuk kepada negara membangun sahaja dan bukannya negara maju.

5. Keduanya, DS Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Malaysia terletak pada negara ke-3 kerana rasuah, penyelewengan dan ketirisan yang diamalkan oleh kerajaan BN. Perkara ini tidak benar sama sekali. Laporan daripada GFI telah menerangkan mengapa berlakunya pengeluaran wang tidak sah tersebut dengan terperinci. (Laporan Penuh GFI di sini)


6. Jika dilihat dari laporan GFI, hanya negara timur tengah dan Afrika Utara sahaja yang berlaku pengaliran wang tidak sah akibat daripada rasuah dan salah laku.

7. Negara di Asia pula termasuk Malaysia mengalami pengaliran wang tidak sah adalah kerana 'trade mispricing'.

8. Semua negara membangun mengalami masalah 'trade mispricing' ini kerana berurusan dengan negara maju yang menggunakan nilai matawang USD sebagai matawang dagangan.

9. Berikut adalah sebab mengapa 'trade mispricing' ini berlaku:
  • Faktor struktur kewangan seperti persaingan tidak adil tindakan regulatory dan sebagainya
  • Bias sikap oleh agen ekonomi
  • Kesan kalender seperti kesan Januari
10. Kesemua perkara ini memerlukan penerangan yang lebih lanjut daripada pakar ekonomi untuk memahaminya dengan lebih mendalam.

11. Secara mudah, lebih pesat pembangunan dijalankan di sesebuah negara lebih banyak aliran wang tidak sah berlaku akibat daripada dagangan dengan negara maju.

12. Dan hampir kesemua negara yang berada pada kedudukan 10 teratas adalah negara yang mengalami pembangunan yang sangat pesat dalam tempoh 10 tahun sebelumnya terutamanya China yang menduduki tempat pertama akibat daripada polisi pembangunan menjelang Olimpik 2008.

13. Keadaan seperti Malaysia perlu membeli kemudahan dari negara maju pada harga yang lebih mahal daripada harga sebenar merupakan penyebab utama kepada pengeluaran wang tidak sah ini. Manakan tidak kerana terpaksa membayar lebihan transaksi pertukaran matawang serta pembayaran khidmat nasihat pakar untuk pemindahan teknologi ke Malaysia.

14. Perkara seperti ini yang tidak diambil kira oleh DS Anwar Ibrahim sebaliknya beliau menghentam Malaysia kerana rasuah dan penyelewengan kerajaan BN dibawah pimpinan DS Najib Tun Razak.

15. Sebagai bekas Menteri Kewangan beliau memang sedar perkara ini tetapi konsep yang beliau gunakan setiap kali menghentam kerajaan adalah 'rakyat tidak tahu'. Dengan menggunakan konsep sebegini maka amat mudah beliau untuk memanipulasi rakyat dengan cerita-cerita bohong seperti ini.

16. Rakyat sepatutnya sedar dan kaji dahulu kenyataan beliau sebelum termakan dengan hujah beliau yang pada dasarnya kelihatan logik dan rasional tetapi pada hakikatnya tidak benar sama sekali.

17. Gunakan Hak Untuk Bersuara Sebelum Hak Untuk Berfikir!


No comments: